You are currently viewing Pokok Cempedak Berhasil Tinggi Melalui Pembajaan Yang Sesuai

Pokok Cempedak Berhasil Tinggi Melalui Pembajaan Yang Sesuai

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Encik Tan seorang pemborong buah – buahan dan juga penanam yang berpengalaman. Kebunnya diusahakan dengan pelbagai jenis tanaman termasuk rambutan, limau bali Tambun, nanas dan juga cempedak. Keluasan tanaman cempedak agak besar di kebunnya. Kami membuat lawatan kerja ke situ untuk menghayati hasil usahanya yang ditampilkan melalui pokok cempedak yang berbuah dengan banyak. Dari wajah Encik Tan yang bersenyum sepanjang masa, kami dapat rasai perasaan keceriaan beliau terhadap kebunnya ini.

Pokok cempedak dikebunnya sedang berada di tahap pengeluaran yang genting. Keadaan ini dapat diperhatikan melalui panorama pembuahan yang banyak di atas hampir setiap pokok. Di peringkat masa ini, pembajaan merupakan amalan paling penting untuk mendapat hasil buah berkualiti seperti buah yang cukup manis, besar dan sebagainya. Beberapa kultivar cempedak telah ditanami di kebun ini termasuk durian cempedak, kuang dan juga cempedak nangka.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Beliau menggunakan rumusan baja sebatian 10/5/20 + Humid Asid + Organik serta 8/8/15/2 + TE + Humid Asid. Kedua – dua jenis baja ini membekal kalium yang mencukupi tanpa mengabaikan nutrien N dan P untuk keperluan tumbesaran pokok. la digunakan sebelum pokok berbunga dan juga selepas berbunga terutama semasa putik buah sedang mengembang.


Menurut kata Encik Tan, pembajaan 8/8/15/2 + TE + Humid Asid akan mengurangkan gejala isi buah menjadi keras, oleh itu dalam proses pembesaran buah, beliau akan menabur 3kg/pokok/kali pada setiap 10 hari. Ditambah dengan baja organik terkandung di dalam sekali gus menghasilkan buah berkualiti tinggi yang turut dibantu oleh pembalutan buah untuk mengelakkan serangan serangga perosak. Justeru itu, buah cempedaknya menunjukkan nilai kosmetik yang tinggi apabila balutan itu ditanggalkan.

Di kebun ini, pokok durian cempedak berumur 6 – 7 tahun yang ditanam berjumlah 100 lebih pokok termasuk juga pokok cempedak kuang. Menurut beliau, cempedak tidak mengahadpi masalah pasaran kerana buah ini dengan mudah sahaja dapat dipasarkan. Di samping itu, harga kebun cempedak juga baik di sekitar RM3.00/kg. Tanaman ini kelihatan telah menjana pendapatan yang agak lumayan kepada beliau.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com