You are currently viewing Tanam Bawahan Sawit Kelebihan dan Keburukan

Tanam Bawahan Sawit Kelebihan dan Keburukan

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Kajian awal mengenai kaedah tanam bawahan sawit (underplanting) menyatakan jika anak pokok sawit yang ditanam secara bawahan dibiarkan sehingga 4 tahun baru menebang pokok tua di sebelahnya menyebabkan hasil terkumpul untuk 8 tahun pertama kutipn hasil menjadi lebih rendah sebanyak 25%. Keadaan ini memberi implikasi pokok tua tidak harus dikekalkan terlalu lama. Dalam satu kes lain yang menerapkan kaedah penebangan 1/3 pokok tua semasa menanam bawahan, satu tahun selepas tanam menebang lagi 1/3 pokok tua diikuti 2 tahun kemudian selepas tanam menebang baki 1/3 pokok tua juga memerlukan 7 tahun baru boleh mendapat hasil yang sama dengan cara pembersihan pokok tua sekali gus. Kedua-dua kes ini menyatakan keburukan tanam bawahan sawit.

Namun begitu, Nazeeb dan rakan-rakan (1988) serta Loong dan rakan-rakan (1990) dalam kajian masing-masing mengemukakan beberapa kelebihan tanam bawahan sawit dengan tujuan menunjukkan kaedah penanaman ini juga ada kelebihan walaupun Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) tidak menggalakkan penanaman secara bawahan ekoran peningkatan risiko penyakit Ganoderma dan serangan kumbang badak. Oleh yang demikian, di kawasan yang pernah ada kejadian Ganoderma serta risiko serangan kumbang badak, niat untuk menanam secara bawahan mungkin perlu digantikan dengan kaedah pembersihan pokok tua sama sekali semasa tanam semula.

Balik semula ke perkara tanam bawahan sawit, tempoh 3 tahun pertama kutipan hasil sawit terkumpul amnya lebih rendah antara 13 tan – 22 tan/ha berbanding penanaman secara pembersihan semua pokok tua, tetapi hasil tahun ke-4 sudah tidak ada perbezaan yang ketara di antara kedua-dua kaedah ini. Inilah hasil kajian daripada Thailand pada tahun 1989. Terutama kaedah menebang 50% pokok tua selepas 6 bulan menanam anak pokok sawit kemudian menebang lagi 50% pokok tua selepas 2 tahun menanam anak pokok sawit memberi hasil terbaik dalam menanam secara bawahan.

Buah tandan yang diperolehi dalam 5 tahun pertama kutipan hasil di bawah tanam bawahan adalah lebih ringan. Bilangan buah tandan pula tidak banyak berbeza. Keadaan ini yang menyebabkan hasil terkumpul berkurangan ekoran pertumbuhan vegetaif pokok muda menghadapi saingan nutrien dan air di peringkat umur ini. Selepas itu hasilnya kembali normal.

Kaedah tanaman bawahan sawit boleh diolah dalam pelbagai cara. Ada penanam yang memangkas pelepah pokok tua supaya meningkatkan kadar kemasukan kemasukan cahaya matahari ke arah pokok sawit muda. Dengan cara ini, masa penebangan pokok tua boleh dilanjutkan untuk 9 bulan lagi demi tetap mengutip hasil. Malah ada penanam memangkas pelepah pokok tua sehingga hampir botak dengan tujuan melanjutkan penebanganan pokok tua selama 18 bulan. Kaedah ini walaupun meningkatkan upah, tetapi hasil pokok tua tetap ada dan ia boleh digunakan untuk pembayaran upah. Terdapat lebihan pendapatan yang boleh diperolehi selepas menolak upah tersebut.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Tanam bawahan juga boleh menggunakan anak benih sawit berumur lanjut (iaitu melebihi 14 bulan). Didapati kaedah ini meningkatkan hasil terkumpul untuk 9 tahun pertama sebanyak 7%. Jika anak benih ini ditanam secara pembersihan pokok tua sama sekali, ia memberi hasil lebih tinggi sehingga 18%. Pendek kata, bertanam dengan anak benih berumur lanjut ada kelebihannya kerana ia memberi hasil lebih tinggi serta kadar tumbesaran pokok yang lebih baik sehingga tahun penanaman ke-11.

 

Sumber maklumat :

1. Palat Tittinutchanon and R. H. V. Corley, “Replanting Oil Palms by Underplanting with Various Thinning and Pruning Techniques : An Experiment and Practical Experience in Southern Thailand”, Proceedings of Agriculture Conference, IOPRI, 2002, pp. 407-413.

2. Loong, S. G., Nazeeb, M., Letchumanan, A. & Wood, B. J., 1990. Underplanting as a means to shorten the non-productive period of oil palm, In: Proc. 1989 Int. Palm Oil Dev. Conf. – Agriculture, Eds B. S. Jalani et al., Palm Oil Res. Inst. Malaysia, Kuala Lumpur, pp. 159-168.

3. Nazeeb, M., Loong, S. G, & Wood, B. J., 1988. Trials on reducing the non-productive period at oil palm replanting. In: Proc. 1987 Inst. Oil Palm Conf.-Progress and Prospects, Eds. A. Halim Hassan et al., Palm Oil Res. Inst. Malaysia, Kuala Lumpur, pp. 372-390.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Sila kongsi kepada kawan :