Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Pelepah sawit tumbuh secara berputar, oleh itu penanam perlu menggunakan corak penanaman segi tiga sebagai kaedah terbaik untuk menampung tanaman ini. Kaedah ini akan membolehkan tanaman sawit mendapat kadar cahaya matahari dan ruang yang lebih banyak. Dalam kaedah ini, jarak antara barsian sawit adalah lebih rendah daripada jarak pokok dalam barisan. Jika jarak antara barisan pokok ialah 9.0m, maka ia dikalikan dengan 0.0866 dan mendapat jarak pokok dalam barisan iaitu 7.79m. Inilah formula yang digunakan dalam kiraan tersebut. Jadual 1 di bawah memberi satu gambaran untuk menyatakan perkara ini. Pemilihan jarak tanaman sawit bergantung kepada beberapa faktor seperti di bawah :
1. Kesuburan Tanah: Tanaman sawit yang tumbuh di atas tanah subur akan menghasilkan pokok yang lebih rimbun serta pelepah yang lebih panjang. Oleh yang demikian, jarak tanaman hendaklah lebih besar atau renggang berbanding tanaman di tanah tidak subur.
Di Malaysia, rekomendasi jarak tanaman di tanah subur ialah 9.1m. Dengan jarak ini, satu hektar dapat memuatkan 136 pokok sawit. Di tanah sederhana subur, jarak ialah 8.8m untuk menampung 148 pokok/ha manakala tanh tidak subur berjarak 8.5m memuatkan 160 pokok/ha.
Tanah subur dikategorikan sebagai tanah bersaliran baik, lapisan sulferik terletak lebih daripada 100cm dari permukaan tanah (jika ada) serta gembur. Tanah seumpama ini biasanya terletak di pesisir pantai dan juga di sesetengah tanah pedalaman. Tanah tidak subur bermakna tanah yang tidak memiliki saliran baik dan tanah itu juga mengandungi lapisan sulferik dalam lingkungan 50cm dari permukaan tanah. Nilai pH tanah juga lebih rendah daripada 3.5 serta berlapisan jarosit.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
2. Bentuk Muka Bumi Tanah berkecerunan tinggi amnya menggunakan jarak pokok yang tinggi berbanding tanah landai atau rata. Teres perlu dibina untuk tanah seumpama ini. Tanah teres umumnya dianggap sebagai tanah yang sederhana subur. Jarak tanaman dalam teres sila lihat jadual 2.
3. Baka Sawit : Baka sawit terkini lebih bersifat baka pokok yang lebih katek dengan kadar pertumbuhan ketinggian yang lebih lambat. Pelepah bagi baka tanaman ini juga lebih pendek. Justeru itu, kepadatan lebih tinggi boleh digunakan malah sehingga 200 pokok/ha bergantung kepada keadaan.
4. Faktor Strategi: Kepadatan tanaman yang tinggi akan mengeluarkan hasil sawit yang lebih tinggi di peringkat awal. Selepas itu penanam akan menjalankan penjarangan pokok untuk mengurangkan populasinya supaya mengurangkan saingan. Juga terdapat faktor lain seperti tanah tersebut akan digunakan untuk tujuan pembangunan lain dalam masa tertentu selanjutnya memacu penanaman dijalankan secara padat bagi meraih hasil yang lebih tinggi di peringkat awal. Ladang sawit seumpama akan ini mungkin dibersihkan untuk pembangunan lain dalam masa 10 atau 15 tahun.
Sumber maklumat :
1. R.H.V. Corley, “Planting Density”, Development in Crop Science (1): Oil Palm Research, Editors R.H.V.Corley, J.J.Hardon and B.J.Wood, Elsevier Scientific Publishing Co., 1976.
2. CW S Hartley, “The Establishment of Oil Palm in the Field”, The Oil Palm, 3rd Edition, Longman Group Ltd, 1988.
3. R.H.V.Corley and P.B.Tinker, “The Establishment of Oil Palm in the Field”, The Oil Palm, Blackwell Publishing Co, 2003.
4. P.D. Turner and R.A. Gillbanks, “From Field Planting to Palm Maturity”, Oil Plam Cultivation and Management, ISP, 2003.
5. Esnan Ab Ghani, “Penanaman”, Perusahaan Sawit Di Malaysia: Satu Panduan, Penyunting Esnan Ab Ghani, Zin Zawawi Zakaria, Mohd. Basri Wahid, MOPB, 2004