You are currently viewing Tupai dan Buah Durian

Tupai dan Buah Durian

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Tupai adalah makhluk perosak yang gemar makan buah durian. Kononnya ia mempunyai deria menghidu yang sangat peka sehingga mampu memilih baka durian berkualiti untuk dimakan. Dalam satu musim durian, kerugian buah akibat serangan tupai boleh meningkat sehingga 15.6% (Chiow 1976). Berikutan harga durian yang bertambah baik pada tahun-tahun kebelakangan ini, penanam kelihatan lebih serius lagi menangani masalah serangan ini. Penanam akan menggunakan senapang untuk menembak tupai dan langkah ini kelihatan paling baik untuk mengurangkan populasi serta menakutkan mereka.

Jika durian ditanam bersama koko, serangan tupai akan bertambah serius kerana buah koko sangat enak untuk dimakan. Menurut sumber, terdapat 3 jenis tupai di Malaysia iaitu C. Canisep, C. Nigrovittatus dan C. Notatus.

Selain menggunakan senapang, terdapat cara lain untuk mengawal tupai iaitu menggunakan umpan pisang bertoksik atau pun memasang satu keping zink berukuran 3 kaki panjang pada batang pokok untuk mengelakkan tupai memanjat pokok. Tupai boleh melompat sejauh 7-9 kaki, oleh itu semakin panjang kepingan zink itu semakin baik kesannya.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Juga ada cara lain untuk mengawal tupai termasuk meletak buah-buahan seperti pisang di satu lokasi khas untuk dimakan oleh tupai. Apabila perut tupai sudah kenyang, mereka akan hilang minat untuk menyasarkan buah durian. Ada pihak beranggapan langkah ini akan menarik kedatangan lebih banyak tupai ke ladang. Anggapan ini tidak benar kerana koloni tupai juga mempunyai wilayah penjelajahan masing-masing. Mereka dipercayai tidak akan jejak keluar daripada wilayah mereka kerana mungkin takut diserangi tupai-tupai lain.

Langkah terakhir ialah menjarakkan tanaman sehingga 10 meter ke atas. Pada jarak ini hujung pelepah pokok tidak akan bertindih selanjutnya mengurangkan kemampuan tupai melompat dari satu pokok ke satu pokok lain.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Sila kongsi kepada kawan :