Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my
Website: www.aarsb.com.my
Pokok sawit matang yang diserangi penyakit Ganoderma (reput pangkal batang) akan mati dalam masa beberpa tahun jika rawatan tidak diberikan. Menurut satu kajian di Indonesia, pokok seumpama ini akan mengeluarkan akar baru di bahagian pangkal pokok. Akar baru ini dikenali sebagai akar udara yang tumbuh di atas permukaan tanah. Akar udara sawit amnya akan berhenti mengembang sebelum mencapai paras tanah. Keadaan ini ini amat merugikan. Lantaran itu, penanam jika boleh mengambus tanah di pangkal batang pada masa tersebut, ia akan membenamkan akar seterusnya meningkatkan kadar hidup pokok sakit.
Satu kajian lain di Indonesia ke atas pokok sawit berumur 20 tahun mendapati akar udara yang tumbuh dalam kambusan tanah setinggi 30 cm di pangkal pokok itu mampu tumbuh sehingga ketinggian 25cm dari permukaan tanah. Setiap akar udara berpotensi mengembang sepanjang 21 meter, justeru itu kambusan tanah akan menghasilkan banyak akar udara untuk membekal nutrien dan air kepada pokok sakit. Bahagian akar yang reput akibat serangan Ganoderma akan pula digantikan oleh akar baru selanjutnya memanjangkan hayat pokok sakit. Oleh yang demikian, kaedah mengambus tanah di pangkal pokok dengan ketinggian 30cm dianggap sebagai salah satu cara untuk merawat serangan Ganoderma ke atas pokok.
Sebelum ini terdapat laporan yang mengatakan pokok sakit tetap memberi hasil lebih tinggi daripada pokok normal. Kejadian ini berlaku akibat pokok sakit terus hidup dan tidak menumbang. Kaedah kambus tanah di pangkal wujud sebagai sau cara paling baik untuk mengelakkan pokok sakit tumbang.
Sebelum pokok sakit dikambus tanah, jika bahagian terjangkit yang terletak di pangkal batang itu dapat dibesihkan dengan pisau ataupun kapak, dijangka pokok berkenaan akan dapat hidup lebih lama lagi malah memulih daripada jangkitan penyakit. Di daerah Lampung, Indonesia yang mana 951 pokok sawit daripada keseluruhan 44,619 pokok ditanam telah dijangkiti penyakit Ganoderma, melalui penerapan kaedah ini semua pokok sakit telah pulih sepenuhnya. Butir-butir lanjut mengenai aspek ini diturunkan di bawah :
1. Membersihkan semua bahagian terjangkit di pokok kemudian dibiarkan 5-7 hari tanpa sebarang rawtan lain.
Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my
Website: www.aarsb.com.my
2. Semua sisa daripada bahagian jangkitan hendaklah dibakar.
3. Mengambus tanah di bahagian pangkal pokok yang belum dijangkiti penyakit kemudian meletak seketul umpan tikus di sebelah untuk mengelak gangguan tikus pada waktu malam.
4. Selepas 5-7 hari, jika bahagaian yang terbiar itu diselaputi oleh satu lapisan spora berwarna hijau, maka boleh dikatakan kulat trichodema spp. sudah wujud di situ. Kulat trichodema spp. bermanfaat dalam kawalan penyakit Ganoderma. Pada masa yang sama, tanah boleh dikambus di bahagaian jangkitan yang telah dibersihkan itu dengan tanah untuk memupuk pertumbuhan akar baru. Kulat trichoderma selain boleh dibiarkan wujud dengan sendiri, ia juga boleh ditokok tambah oleh penanam dalam amalan ini bagi menyembuhkan pokok sakit.
Sumber maklumat :
Memet Hakim, T.R. Pasaribu and T.W. Darmono, “Yield and Ganoderma Management Through Optimization of Maintenance of Oil Palm Root System”, Proceedings 1998 International Oil Palm Conference, Editors Angga Jatmika et al., IOPRI & GAPKI.