Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Rumput pait (carpet weed), nama saintifik Axonopus compressus, wujud sebagai rumput yang kurang bersaing dengan tanaman kekal untuk mendapat nutrien dan air. Lantaran itu ia dianggap sebagai rumput bermanfaat untuk digunakan sebagai tumbuhan penutup bumi. Rumput ini berpotensi digunakan di ladang sawit belum matang unutk mengawal pertumbuhan rumpai lain. Namun begitu, kesan rumput pait juga perlu ditinjau dari segi kebekesanan berbanding tumbuhan kekacang penutup bumi.
Satu kajian perbandingan telah dijalankan di UPM ke atas tanaman sawit berumur 4 tahun untuk selama 9 bulan. Hasil kajian itu menunjukkan rumput pait mengambil masa 3 bulan sahaja untuk mencapai penutupan 100% di kawasan penanaman manakala tumbuhan kekacang Mucuna bracteata mengambil 9 bulan baru mampu mencapai penutupan 100%. Bagi pengeluaran biojisim, rumput pait menghasilkan 593g/m2, 740g/m2 dan 912g/m2 antara bulan penanaman ke-4, ke-6 dan ke-9 berbanding pengeluaran biojisim oleh Mucuna bracteata pada 192g/m2, 460g/m2 dan 589g/m2 antara bulan yang sama. Jelas kelihatan rumput pait juga berprestasi lebih tinggi dalam aspek ini.
Dari segi kawalan rumpai liar, rumput pait berjaya mengurangkan kadar kerimbunan dan biojisim rumpai sebanyak 100 kali ganda pada bulan ke-4 dan ke-6 berbanding Mucuna bracteata yang hanya mengurangkan kerimbunan rumpai sebanyk 20 kali ganda dan biojism sebanyak 10 kali ganda antara bulan ke-4 sehingga bulan ke-9. Jika rumput liar A. Intrusa tumbuh dalam kawasan rumput pait, ia boleh dihapuskan dengan semburan titik ke atas rumpai liar tersebut. Justeru itu, kedua-dua rumput pait dan
Mucuna bracteata memang boleh dijadikan tumbuhan penutup bumi yang baik, tetapi akar rumput pait tidak memiliki kulat rizobium untuk menghasilkan rizom. Kulat rizobium mampu menetap nitrogen dari udara untuk dijadikan baja hijau pokok sawit. Justeru itu Mucuna bracteata menjadi pilihan utama sebagai tumbuhan penutup bumi di ladang jika dibandingkan dengan rumput pait.
Sumber maklumat :
Batoul Samedani et al., “Weed Suppressive Ability of Cover Crops, Mucuna Bracteata and Soft Grass, Axonopus Compressus in Oil Palm Plantation”, PIPOC 2011, pp. 12-15.
Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my