You are currently viewing Pengalaman Seorang Petani Yang Menggunakan Produk Brightonmax Sdn Bhd

Pengalaman Seorang Petani Yang Menggunakan Produk Brightonmax Sdn Bhd

Encik M. Doraisingam seorang jurutera elektrik yang dahulunya bekerja di Brunei untuk 10 tahun di bidang minyak & gas, kini telah bersara awal menjadi seorang petani di daerah Ipoh, Perak untuk mengerjakan kebun sayurnya yang seluas 6 1⁄2 ekar. Ketika ditemui di kebunnya itu, beliau meluahkan perasaan bersyukur kerana kini kebun sayurnya telah berhasil dengan lumayan melalui penggunaan produk Brightonmax Sdn Bhd.

Untuk perkara ini, beliau berpandangan kebunnya yang berada di paras lebih tinggi daripada aras laut sering menghadapi masalah kekurangan bekalan air. Berdepan dengan keadaan sedemikian, beliau selain menggali kolam untuk menakung air serta menyediakan beberapa tangki hitam yang besar untuk bekalan air di kebun, dengan nasihat pegawai Eksekutif Brightonmax Encik Ting Ming Lee, beliau mula menggunakan produk Excel MgCaB dan Acrecio masing-masing dengan kadar 20 cc kemudian dibancuh bersama dengan baja butiran ke dalam tangki air 18 liter dan disembur ke atas bahagian akar tanaman sayuran.

Menurut pandangan yang diperolehi di kebun, selepas semburan, sayuran timun, petola, peria katak, kacang panjang, bendi dan betik yang ditanami itu tumbuh dengan cepat sebagaimana dapat dilihat di bahagaian pangkal batang yang telah menjadi besar dan subur. Terutama bagi tanaman timun, beliau menjalankan semburan apabila anak benih berumur satu minggu kemudian diulangi pada setiap 3 hari untuk kesemua 6 pusingan. Dengan kata lain, produk Excel MgCaB dan Acrecio digunakan sebanyak 6 kali dalam jumlah 18 hari.

Encik Doraisingam menanam pelbagai sayuran di kebunnya kerana harga sayuran tidak menentu, justeru penanaman pelbagai sayuran dapat mengurangkan risiko harga menjunam rendah terhadap satu-satu jenis sayuran. Misalnya harga timun yang rendah pada masa sekarang dapat disokong dengan harga kacang panjang yang baik pada RM5.00/kg, bendi RM5.50/kg dan peria katak pada RM3.00/kg. Beliau menanam timun sebab harganya pernah mencapai RMRM4.00/kg. Bagaimanapun, bagi beliau, timun selagi dapat memperolehi harga kebun RM0.70/kg sudah dapat menyeimbangkan kos penanaman.

Produk Excel MgCaB yang mengandungi nutrisi Magnesium, Kalsium dan Boron dapat membekalkan tanaman sayuran dengan nutrisi yang amat diperlukan untuk tumbesaran khususnya di kawasan yang menghadapi kekurangan air yang mana masalah stres air pada tanaman sayuran dapat diminimumkan dengan adanya nutrisi yang mencukupi.

Begitu juga dengan produk Acrecio yang turut berfungsi menguatkan sistem akar tanaman sayuran kerana ia mengandungi 4 jenis bahan aktif serta dilengkapi dengan nisbah NPK yang bersesuaian untuk tanaman sayuran. Bahan-bahan aktif ini ialah Acreciactiv, asid humic, asid amino L-Tryptophn dan asid amino L-Methionine yang dapat mempercepatkan pengembangan sistem akar demi pengambilan nutrisi yang lebih pantas serta merintangi stres yang dihadapi oleh tanaman.

Selain itu, tanaman sayuran juga sering mengalami serangan pelbagai serangga perosak dan penyakit. Justeru itu, untuk mengawal serangan kutu thrip dengan baik, maka dicadangkan menggunakan racun yang mengandungi bahan aktif Formetanate hydrochloride 58.3% serta Zoxamide 33% + Cymoxanil 33% bagi mengawal penyakit Kulapuk Downy. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Brightonmax Sdn Bhd di talian 07-595 3580 / 595 3680.

Sila kongsi kepada kawan :