You are currently viewing Teknik Penanaman Sawit Dalam Lubang Besar Lebih Sesuai Untuk Tanah Pedalaman

Teknik Penanaman Sawit Dalam Lubang Besar Lebih Sesuai Untuk Tanah Pedalaman

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Pada tahun 1996, Pusat Penyelidikan Golden Hope pernah membuat dua eksperimen bagi menilai keberkesanan lubang besar tanaman (1.2m x 1.2m x 0.9m) di ladang sawit. Satu eksperimen itu mengambil tempat di tanah pedalaman di Melaka dan satu lagi di tanah pesisir pantai Selangor.

Hasil eksperimen itu mendapati jumlah hasil dan tumbesaran sawit di tanah pedalaman bagi 3 tahun kutipan hasil pertama (4 – 6 tahun selepas ditanam) adalah lebih baik daripada lubang biasa (konvensional). Keadaan ini disebabkan oleh daya pegangan air dan nutrien yang lebih baik bagi lubang besar tanaman. Satu penemuan lain ialah penanaman di lubang besar walaupun ditokok dengan baja juga tidak menunjukkan kesan yang ketara. Di tanah pesisir pantai pula, penanaman dalam lubang besar tidak mendatangkan kesan yang baik menandakan kaedah ini tidak perlu dijalankan di tanah tersebut.

Sehubungan itu, penaburan buah tandan kosong sawit ke dalam lubang besar di kedua-dua jenis tanah tersebut tidak menunjukkan kesan hasil dan tumbesaran yang lebih baik. Memandangkan kaedah penanaman dengan lubang besar memberi kesan baik di tanah pedalaman, kaedah ini turut diamalkan oleh banyak ladang Golden Hope di tanah pedalaman.

Kos pengendalian lubang besar lebih mahal daripada lubang biasa sebanyak RM370/ha (148 pokok). Namun, oleh kerana jumlah hasil sawit untuk 3 tahun kutipan pertama meningkat sebanyak 3.5 tan/ha, justeru ia adalah satu amalan yang berbaloi. Kaedah ini tidak disyorkan untuk kegunaan di tanah pesisir pantai kerana tidak menunjukkan kesan baik seperti diingini.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

 

Sumber maklumat :

Kumaran R. et al., Big planting hole technique of oil palm on inland and coastal soils, 2002, AGRIS.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com