You are currently viewing Dos Baja Untuk Pokok Durian Belum Matang

Dos Baja Untuk Pokok Durian Belum Matang

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Di Indonesia, durian masih belum dikeluarkan secara besar-besaran. Kebanyakan durian di pasaran masih durian import dari Thailand. Pengeluaran hasil durian di negara itu adalah berbeza mengikut daerah. Daerah Jawa Barat mengeluaran hasil paling tinggi mencatatkan 159.060 tan setahun diikuti oleh daerah Jawa Timur, Sumatera Utara dan Jawa Tengah masing-masing dengan pengeluaran hasil 11.213 tan, 79. 659 tan dan 73.842 tan setahun. Menururt sumber, jumlah keseluruhan pengeluaran hasil durian di Indonesia hanyalah 682.323 tan setahun (BPS, 2011). Salah satu sebab yang menyebabkan pengeluaran hasil yang rendah adalah amalan pembajaan yang tidak menepati standard pengeluaran hasil termasuk dos pembajaan yang dibekalkan kepada pokok durian.

Oleh yang demikian, satu kajian telah dijalankan di Indonesia pada November 2012 hingga Februari 2013. Durian tempatan iaitu klon Jingga dan Arab berumur 3 tahun dengan jarak tanaman 7m x 8m telah digunakan dalam kajian ini untuk meneliti keberkesanan pokok terhadap beberapa dos baja NPK (16/16/16). Dos 90g/pokok, 135g/pokok dan 180g/pokok masing-masing digunakan pada pokok durian Jingga dan Arab. Parameter untuk membandingkan prestasi pokok selepas penaburan baja ialah panjang dan garis pusat batang pokok, jumlah cabang primier dan jumlah daun pada setiap pokok.

Hasil kajian menunjukkan durian Jingga memperolehi panjang batang yang lebih besar berbanding durian Arab di plot yang menggunakan dos baja yang sama. Durian Arab pula menunjukkan tindak balas yang paling baik pada dos baja 180g/pokok. Ternayata di sini bahawa pokok durian memberi tindak balas yang berbeza mengikut baka. Dari aspek garis pusat pula, durian Arab ternayata lebih responsif terhadap pemberian NPK berbanding durian Jingga.

Pemberian baja NPK juga meningkatkan jumlah cabang pokok khususnya durian Jingga dan diikuti durian Arab. Dengan dos baja 135g/pokok, durian Jingga menghasilkan
jumlah cabang paling tinggi. Bagaimanapun, dos baja ini tetap sesuai dengan durian Arab jika berbanding dengan dos baja 90g/pokok dan 135g/pokok. Keadaan ini menunjukkan bahawa pokok durian belum matang memerlukan baja nitrogen (N) dalam proses pertumbuhan.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Simple Farm Sdn Bhd
Tel : 011-10709708 / 012-7699702
E-mail : mrbanana@simple-farm.com

Website: www.mrbanana.com.my

Durian Arab yang diberikan baja 180g/pokok menunjukkan jumlah pengeluaran daun yang paling banyak manakala durian Jingga menghasilkan jumlah daun tertinggi pada dos baja 90g/pokok biarpun perbezaan yang wujud itu tidak ketara dengan dos baja yang lain.

Sebagai kesimpulan, untuk durian Jingga berumur 3-4 tahun, dos baja 135g/pokok akan menghasilkan prestasi pertumbuhan pokok yang paling baik manakala durian Arab ialah 180g/pokok. Melalui analisis tanah dan daun, dos baja ini sudah mencukupi bagi melestarikan pertumbuhan pokok durian di peringkat umur tersebut untuk tempoh selama 3 bulan. Pernyataan ini juga mengimplikasi keperluan sebenar baja untuk pokok durian belum matang adalah lebih rendah daripada rekomendasi komersial secara umum. (Nota : Tiada maklumat yang lanjut dari penulis mengenai dos baja yang sesuai untuk tempoh setahun).

Sumber maklumat :

Hanif Fatur Rohman et al., “Pemupukan NPK Pada Tanaman Durian (Durio zibethinus Murr.) Lokal Umur 3 Tahun”, Jurnal Produksi Tanaman Vol. 1 No. 5, Novermber-2013.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Sila kongsi kepada kawan :