You are currently viewing Tumbuhan Bermanfaat Terbaik Untuk Kawalan Ulat Bungkus Dan Ulat Pemakan Daun Sawit

Tumbuhan Bermanfaat Terbaik Untuk Kawalan Ulat Bungkus Dan Ulat Pemakan Daun Sawit

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Beberapa perosak daun kelapa sawit seperti ulat bungkus (bagworms) dan ulat pemakan daun didapati mampu merosakkan daun sawit. Kerugian hasil sawit setinggi 40 – 50% pernah dilaporkan akibat serangan tersebut. Penggunaan racun kimia bagi menangani perosak ulat ini sering menimbulkan kesan negatif khasnya membunuh sama sekali serangga bermanfaat yang merupakan pemusuh semula jadi (pemangsa) ulat-ulat tersebut.

Kaedah budaya justeru itu berpotensi diamalkan di ladang sawit bagi mengurangkan populasi ulat dan seterusnya mengawal serangan. Kaedah tersebut ini terdiri daripada beberapa tumbuhan bermanfaat yang mengeluarkan nektar sebagai sumber makanan pemangsa. Tumbuhan seperti Euphorbia heterophylla, Antigonon leptotus, Turnera unifolia, Cassia cobanensis dan Turnera sp. merupakan pilihan tersebut.

Satu kajian pernah dijalankan untuk menentukan mana satu jenis tumbuhan yang paling menarik kepada pemangsa ulat. Hasil kajian itu menunjukkan bahawa Euphorbia heterophylla diikuti oleh Antigonon leptotus adalah paling berkesan.

Kajian itu dijalankan di sebuah ladang seluas 117 ha. Ladang itu ditanami pokok sawit berumur 8 tahun dan ladang itu juga mengalami serangan ulat bungkus berulang-ulang selama 5 tahun. Ujian keberkesanan E. heterophylla dalam pengawalan serangan ulat bungkus telah dijalankan di kebun ini dengan menanam tumbuhan ini dalam barisan sepanjang 440 meter di tengah-tengah barisan pokok sawit. Tumbuhan Antigonon leptotus juga ditanami di lokasi setiap 10 meter dalam barisan E. heterophylla itu.

10 bulan selepas menanam E. heterophylla, populasi ulat bungkus (M. plana) dapat dikawal dengan baik berbanding plot kawalan yang tidak ditanami tumbuhan ini. Kesan kawalan ditunjukkan melalui pengelakan populasi ulat bungkus tertinggi dalam serangannya yang berulang. 10 bulan selepas tumbuhan ini dibangunkan, aktiviti ulat bungkus di zon kiri dan kanan berjarak 450 meter masing-masing berjaya dikurangkan secara signifikan.

E.Heterophylla jelas kelihatan adalah tumbuhan paling popular untuk menarik paling banyak pemangsa ulat bungkus dan pemakan daun pokok sawit. Menurut data, tumbuhan ini menarik sejumlah 22 spesies serangga bermanfaat yang bertindak sebagai pemangsa ulat bungkus dan pemakan daun manakala Antigonon leptotus menarik sejumlah 17 spesies serangga bermanfaat. Di antara kedua-dua jenis tumbuhan ini, E. heterophylla lebih digemari oleh serangga dewasa ulat bungkus serta ulat pemakan daun manakala Antigonon leptotus lebih menarik kepada serangga tidak merbahaya seperti rama-rama, lebah madu dan lain-lain lagi. Keadaan ini selanjutnya menyarankan bahawa E. heterophylla boleh digunakan sebagai agen kawalan biologi ke atas serangga pemakan daun dan ulat bungkus.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Antigonon leptotus juga boleh ditanam dengan kadar yang rendah sedikit sebagai suplimen kepada tumbuhan E. heterophylla. Perbezaan wujud di antara kedua-dua jenis tumbuhan ini, iaitu E. hetrophylla hanya mempunyai kitaran hidup di antara 3 – 4 bulan manakala Antigonon leptotus adalah tumbuhan memanjat yang hidup sepanjang tahun.

Penanaman E. heterophylla dilakukan dengan menggunakan biji benih. Proses penanaman tumbuhan ini menampil prestasi berbeza-beza mengikut jenis tanah serta keadaan sekitaran. Tumbuhan ini memerlukan kawasan terbuka, nilai pH tanah melebihi 5 dan dibekal dengan baja kimia secukupnya. Sesetengah jenis tanah malah memerlukan baja organik berupa tinja haiwan bagi memastikan pertumbuhannya yang canggih.

Memandangkan E. heterophylla menampil kesan paling optimum dalam kawalannya ke atas ulat bungkus dan ulat pemakan daun lain, pengusaha tanaman digalakkan untuk menanamnya di ladang sawit masing-masing untuk mengelak dari serangan ulat bungkus dan ulat pemakan daun. Langkah ini selanjutnya akan menjimat kos kawalan perosak serangga yang berasaskan racun kimia. Inilah satu kaedah kawalan bersepadu yang mesra alam.

 

Sumber maklumat :

Ho Cheng Tuck and The Chong Lay, “The use of Euphorbia heterophylla L. for natural reduction of leaf pests damage to oil palm”, 1999 PIPOC, PORIM.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Sila kongsi kepada kawan :