You are currently viewing Pembajaan Sawit Di Tanah Pesisir Pantai Secara Menabur Atau Menanam Lebih Baik?

Pembajaan Sawit Di Tanah Pesisir Pantai Secara Menabur Atau Menanam Lebih Baik?

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Tanah boleh digolongkan kepada 6 kategori. Tanah pesisir pantai adalah salah satu. Jenis tanah ini berasal daripada tanah sedentari yang mendap mengikut tempoh berlainan. Misalnya siri tanah Bengawan di Sabah adalah salah satu contoh. Tanah ini berwarna kelabu serta dengan kadar saliran air yang kurang baik. Maka itu penanaman sawit di atas tanah ini perlu meningkatkan kadar saliran air ditambah denga amalan pembajaan yang sesuai akan membolehkan prestasi tanaman di situ berada di tahap yang memuaskan.

Namun, apakah cara pembajaan terbaik untuk tanaman sawit di atas jenis tanah ini? Keadaan ini barang kali boleh dijelaskan melalui eksperimen yang pernah dijalankan. Amalan pembajaan yang biasa ialah menanam baja ataupun menabur. Jenis baja yang digunakan ialah sama ada baja tunggal, baja campuran ataupun baja sebatian.

Baja tunggal terdiri daripada satu atau dua sumber baja, umpamanya ammonium sulphate adalah salah satu jenis baja tunggal yang mengandungi nitrogen dan sulfat. Kalium klorida (KCI) juga sejenis baja tunggal yang mengandungi kalium dan klorin.

 

Baja campuran pula merangkumi beberapa sumber nutrien tetapi campuran tersebut tidak melibatkan percampuran secara kimia. Kebaikan peggunaan baja campuran ialah penjimatan pusingan membaja kerana beberapa sumber nutrien sudah dicampurkan untuk ditabur dalam satu pusingan. Harga baja campuran juga lebih murah daripada baja sebatian. Kelemahan baja ini ialah ia tidk tahan disimpan lama ekoran kualiti mungkin akan menurun akibat percampuran nutrien sekali.

Baja sebatian pula mencampurkan pelbagai nutrien sekali di dalam rumusan secara proses kimia, malah banyak baja jenis ini sudah dikategorikan sebagai baja seimbang iaitu mengandungi hampir kesemua nutrien yang diperlukan oleh tanaman sawit. Dengan cara ini, penjimatan pusingan membaja sekali lagi dapat direalisasikan. Kebiasaan baja sebatian hanya perlu ditabur 3 kali setahun.

Menurut sumber, baja sebatian mengandungi beberapa ciri seperti berikut :

1. Mutu sumber nutrien yang tinggi serta seimbang.

2. Mampu meningkatkan hasil dan kualiti buah sawit.

3. Setiap aplikasi pembajaan dapat membekal nutrien yang lengkap kepada tanaman sawit.

4. Aplikasi pembajaan dipermudahkan.

5. Menjimat pusingan membaja, tenaga buruh serta kos pengangkutan.

6. Aplikasi boleh dijalankan secara manual ataupun mekanisasi.

7. Tahan disimpan.

8. Harga berpatutan dan menepati ciri ekonomi.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Pembajaan secara menanam amnya menggunakan baja rembesan perlahan. Dengan cara ini pusingan membaja dapat dikurangkan. Didapati kaedah pembajaan ini sesuai untuk tapak semaian sawit serta sawit belum matang. Aplikasi baja rembesan perlahan secara menanam untuk tanaman sawit dewasa perlu mengambil kira kesesuaian keadaan setempat serta kos dalam hubungannya dengan pengeluaran hasil kerana kos baja ini amnya lebih mahal daripada baja sebatian.

Selain daripada baja-baja yang diterangkan di atas, terdapat jenis baja lain seperti kompos, baja organik malah baja sebatian yang turut dirumus bersama mikrob. Dengan kata lain, tiada sebarang masalah memperolehi baja baik untuk tanaman sawit, yang penting ialah pemilihan jenis serta kaedah pembajaan yang sesuai.

Beberapa hasil eksperimen mengenai kaedah pembajaan boleh digunakan sebagai rujukan biarpun hasil tersebut tidak konsisten di antara satu sama lain. Eksperimen yang lebih baru datang daripada Zin et al (2006) iaitu eksperimen pertama mengenai perkara ini yang dikendalikan oleh MPOB. Hasil ekpserimen ini menyimpulkan bahawa kaedah pembajaan secara menabur adalah lebih baik daripada menanam baja kerana hasil sawit pada tahun kutipan hasil ketiga lebih tinggi sebanyak 4.5 tan. Demi menilai kesahihan hasil eksperimen ini, pihak MPOB menjalankan eksperimen kali kedua pada tahun 2011.

Eksperimen kali kedua ini dijalankan di Pusat Penyelidikan MPOB Lahad Datu, Sabah untuk tempoh selama 7 tahun iaitu semasa pokok berumur 5 tahun sehingga 11 tahun. Taburan hujan tahunan di kawasan ini ialah 2,522mm. Ini satu aras yang mencukupi untuk tanaman sawit. Baja sebatian (NPKMg) dengan kadar 3kg/pokok/kali sebanyak 3 kali setahun ditabur di lokasi antara luar bulatan merumput dan hujung kanopi. Baja yang sama juga ditanam ke dalam 4 poket di bawah pokok pada kadar 9kg/pokok/tahun dibahagikan secara saksama. Hasil eksperimen tersebut kemudian dinilai mengikut parameter hasil buah tandan segar, pertumbuhan vegetatif dan kandungan nutrien di dalam daun.

7 tahun eksperimen ini mendatangkan hasil buah tandan segar sawit lebih tinggi sebanyak 13% dan 12% lebih banyak bilangan buah tandan segar di plot pembajaan menabur. Keadaan ini dipercayai datang daripada permukaan sentuhan yang lebih luas bagi kaedah pembajaan ini. Dari segi pertumbuhan vegetatif, pembajaan secara menabur turut memberi kesan yang lebih baik sedikit berbanding pembajaan menanam sebagaimana dapat dilihat dalam aspek bilangan pelepah, ketinggian pokok, garis pusat batang pokok, keluasan daun serta berat pelepah yang lebih tinggi. Kandungan nutrien di dalam daun pula tidak mencatatkan perbezaan yang ketara di antara kedua-dua kaedah pembajaan.

Walaupun pembajaan secara menabur memberi kesan yang lebih baik, namun lokasi pembajaan tetap satu syarat keberkesanan yang penting. Dalam keadaan ini, baja hendaklah ditabur dalam bulatan merumput sekiranya pokok masih pokok masih belum matang. Penaburan baja bagi pokok berumur 3 – 5 tahun elok dilakukan di hujung kanopi manakala pokok dewasa pula boleh ditabur di lokasi pertumbuhan akar penyerap nutrien yang amnya berada di lorong perantaraan pokok atau longgokan pelepah tetapi bukan di lorong menuai.

Situasi semasa dalam negara yang memperlihatkan kewujudan kekurangan tenaga buruh secara serius di ladang sawit khasnya, akan memupuk pengusaha tanaman menggunakan kaedah pembajaan secara menabur. Pembajaan dengan baja sebatian mampu menjimat 2 – 3 pusingan membaja setahun malah mampu memastikan perolehan nutrien yang cukup untuk tanaman sawit masing-masing. Pembajaan menabur dengan baja tunggal hanya akan memberatkan lagi tanggungan mereka kerana pusingan membaja sehingga 6 – 7 kali/tahun diperlukan.

Pembajaan menabur akan mendatangkan kesan yang lebih tinggi lagi sekiranya biojisim dapat dibekalkan kepada pokok. Umpamanya menyungkup tanaman sawit dengan buah tandan kosong atau menanam tumbuhan kekacang akan merealisasikan kesan positif tersebut. Selain itu, perhatian hendaklah diberikan kepada keadaan hakisan tanah serta membina teres di kawasan bercerun merupakan kaedah sampingan yang akan turut meningkatkan prestasi tanaman sawit di situ.

Secara umumnya, walaupun kaedah pembajaan secara menanam kurang membawa kesan jika berbanding dengan pembajaan secara menabur, tetapi di lokasi penanaman tertentu, kaedah ini masih perlu digunakan. Umpamanya di kawasan bercerun, aplikasi baja secara menanam dapat mengurangkan kehilangan baja oleh air hujan. Di kawasa terpencil yang menghadapi masalah tenaga buruh, kaedah menanam baja juga boleh dipraktikkan. Pembajaan secara menanam tidak harus menggunakan baja tunggal kerana Zin et al (2006) sudah membuktikan hasil buah tandan segarnya lebih rendah sebanyak 37.5% berbanding baja sebatian.

 

Bahan rujukan :

Ahmad Afandi Murdi et al., “Peletakan Baja Yang Berkesan Untuk Sawit Matang Di Tanah Lanar Sungai”, Prosiding Pekebun Kecil Sawit 2012, MPOB.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Sila kongsi kepada kawan :