You are currently viewing Rekod Saiz Buah Avocado Dalam Guiness World Records Dipecahkan!

Rekod Saiz Buah Avocado Dalam Guiness World Records Dipecahkan!


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com

Buah avocado semakin menarik minat orang ramai kerana ia adalah buah-buahan yang sangat berkhasiat. la pernah disenaraikan dalam Guiness World Records pada 25 Sept 1998 sebagai buah-buahan PALING BERKHASIAT di dunia.

la juga sejenis buah-buahan yang memiliki lebih 100 spesies dengan bentuk buah yang berbeza-beza daripada bulat, bujur sehingga lonjong. Buah avocado berwarna hijau atau coklat semasa mentah kemudian menukar ke warna ungu atau ungu gelap apabila matang.

Walaupun buah avocado mempunyai beberapa bentuk berlainan, tetapi saiz buah ini umumnya tidak besar. Saiz buah avocado terbesar yang disenaraikan dalam Guiness World Records adalah seberat 2.37 kg (5 IB 3.6 oz) yang dipegang oleh USA seorang warganegara bernama Pamela Wang. Saiz ini adalah sebanyak 14 kali ganda saiz purata buah avocado yang berada pada 170 gram sebiji.


Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my
Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/

Menurut Pamela, buah ini berasal dari spesies Daily 11 iaitu salah satu spesies avocado yang umumnya lebih besar daripada spesies lain. Beliau menemui buah ini semasa dalam perjalanan di Bandar Kealakekuan Hawaii untuk mengutip suratkhabarnya. Buah ini jatuh dari sepohon pokok avocado berumur melebihi 40 tahun.

Rekod ini belum dapat dipecahkan selama 8 tahun. Rekod sebelumnya bersaiz 2.19 kg (4 IB 13.2 oz) yang dipegang oleh Gabriel Ramirez Nahim di Venezuela. Namun begitu, pada 14 Disember 2018 lalu, sebiji buah avocado bersaiz 2.55 kg (5.6 lb) telah dikemukankan oleh Mark, Juliane dan Loihi Pokini (kesemua warganegara USA) di Kahului, Hawaii, dan buah ini berjaya memecahkan rekod lama yang dipegang oleh Pamela wang.


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my