You are currently viewing GOLDENBAC,Kertas Pelekat Serangga Berkualiti Tinggi Berkesan Memerangkap Serangga Perosak Di Kebun

GOLDENBAC,Kertas Pelekat Serangga Berkualiti Tinggi Berkesan Memerangkap Serangga Perosak Di Kebun

Kebun buah-buahan dan sayuran di kawasan tropika seperti Malaysia menghadapi ancaman serangga perosak yang tinggi. Iklim yang panas dan lembap memanglah suasana digemari oleh serangga yang mana sebahagian serangga tersebut merupakan perosak yang akan mendatangkan kerosakan terhadap hasil tanaman.

Lalat buah adalah salah sejenis perosak signifikan kerana akibat serangannya telah menyebabkan kerugian hasil tanaman yang ketara. Oleh yang demikian, perosak seumpama ini telah menjadi sasaran buruan pekebun dengan apa jua cara yang sedia ada selagi berkesan untuk menghapuskannya.

Namun begitu, selain racun serangga yang lebih memberi kesan secara menyeluruh dan pantas dalam kawalan serangga perosak seumpama ini, kaedah konvensional yang umum digunakan oleh pekebun hanya dapat memburu dalam kuantiti tertentu sahaja dan bukannya pendekatan untuk jangka masa panjang kerana kesan yang kurang menyeluruh.

Dalam keadaan serangan lalat buah yang serius, kaedah kawalan yang lebih efektif adalah diperlukan. Percubaan seperti ini pernah diusahakan oleh Encik Liew yang merupakan seorang pekebun tanaman longan di Chui Chak, Perak yang menghadapi serangan ganas lalat buah sehingga kerosakan buah longan dan juga jambu batu tanpa biji mencecah 70%.


GOLDENBAC Mengurangkan Populasi Serangga Perosak

Buah longan dan jambu batu yang telah diserangi lalat buah itu akan rosak di bahagian isi buah. Buah juga akan reput dan gugur ke lantai. Untuk mengawal serangan perosak tersebut, mereka telah menggunakan kertas pelekat serangga berkualiti tinggi berjenama GOLDENBAC keluaran syarikat BionTech Ir, Taiwan dan diedarkan oleh syarikat Brightonmax Sdn Bhd dengan menunjukkan kesan yang amat positif. Selepas pemasangan GOLDENBAC di lokasi yang disyorkan pada pokok longan dan jambu batu, lalat buah serta serangga perosak lain seperti afid, kutu dan kumbang telah diperangkap pada kuantiti yang memberangsangkan. Kesan tersebut telah berjaya menyelamatkan hasil tanaman mereka dan selanjutnya melestarikan pengeluaran hasil buah longan dan juga jambu batu selepas itu.

Sebelum itu mereka juga pernah diperkenalkan dengan produk seumpama ini yang berupa kertas pelekat serangga berwarna kuning biasa, bagaimanapun kesannya adalah rendah kerana kualiti glue dan kertas yang rendah menyebabkan ia mudah menggulung, melekit tangan serta hanya boleh digunakan maksimum selama 7 hari di kebun kemudian mesti ditukar dengan yang baru. Tambahan daya penarikan serangga juga rendah iaitu sekadar mampu memerangkap serangga yang berada dalam jejari (radius) 1 meter sahaja. Lagi pun pada waktu hujan, kertas pelekat serangga tersebut setakat boleh digunakan maksimum 2 – 3 hari sahaja kerana tidak tahan terhadap air hujan.

Mereka kemudian diperkenalkan dengan GOLDENBAC; selepas memasangnya di kebun longan dan juga jambu batu didapati kesannya amat positif ekoran mutu produk yang jauh lebih baik daripada produk sebelumnya. Beberapa keistimewaan GOLDENBAC telah menarik minatnya untuk meneruskan pengggunaan selain daripada kesan pemburuan serangga yang tinggi.

Keunikan GOLDENBAC

Ciri-ciri tersebut termasuk GOLDENBAC adalah double-sided, mudah dibuka dan mudah digunakan. Ia tidak melekit tangan dan tidak menggulung justeru amat memudahkan penggunaan. GOLDENBAC adalah berwarna kuning cerah berkilau dalam kategori fluorescent yellow, ciri ini berjaya menarik serangga dalam kawasan jejari di antara 3 – 6 meter, iaitu jauh lebih tinggi daripada produk serupa di pasaran yang hanya berkesan untuk menarik serangga dalam jejari 1 meter sahaja.

Untuk maklumat umum, dalam lingkungan jejari ini, lalat putih dan afid (dalam jejari 3 meter), kutu dan kumbang (dalam jejari 3 -5 meter) dan lalat melon (dalam jejari 5 – 6 meter) dapat diperangkap apabila ia ditarik oleh gelombang yang dijanakan oleh warna kuning berkilau GOLDENBAC.

Kalau dibandingkan dengan kertas pelekat serangga biasa di pasaran, jelas kelihatan GOLDENBAC bersaiz lebih besar dan mempunyai kuasa pelekatan serangga yang tinggi sehingga ia mampu memerangkap serangga bersaiz lebih besar serta dengan kuantiti yang lebih tinggi. Memandangkan kualiti kertas dan glue adalah bermutu tinggi, maka ia boleh digunakan selama 30 hari atau lebih di kebun tanpa menghadapi gangguan air hujan kerana ia adalah produk kalis air hujan dengan kata lain, air hujan tidak akan mengurangkan keberkesanannya di kebun.

GOLDENBAC disyorkan untuk digunakan di kawasan penanaman terbuka ataupun dalam rumah hijau mengikut kaedah-kaedah rekomendasi supaya mendapat kesan optimum. Umpamanya dalam rumah hijau yang seluas 30 meter x 6 meter, sebanyak 20 keping GOLDENBAC sudah cukup untuk mendapat kesan pemerangkapan serangga yang baik.

Begitu juga di kawasan penanaman terbuka, GOLDEBAC dipasang di lokasi strategik supaya bersehaluan dengan arah penerbangan dan ketinggian pelompatan atau penerbangan serangga. Sebarang serangga yang terperangkap di situ tiada berpeluang untuk melepaskan diri. Justeru itu, GOLDENBAC adalah kaedah kawalan serangga perosak terkini yang mampu membantu pekebun memperkasakan pengeluaran hasil pertanian mereka melalui pengurangan populasi serangga perosak di kebun masing-masing.

Untuk maklumat lanjut mengenai GOLDENBAC, sila hubungi Bightonmax Sdn Bhd di talian 07-595 3580 / 595 3680.

Sila kongsi kepada kawan :