You are currently viewing Mikrob Pengurai Kalium Membantu Pengeluaran Hasil Dan Kualiti Mango

Mikrob Pengurai Kalium Membantu Pengeluaran Hasil Dan Kualiti Mango

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my

Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/

Di tanah bertekstur kasar, berpasir serta kering, tanaman mango tidak dapat tumbuh dengan baik kerana kandungan bahan organik dan enzim dalam tanah amat kurang. Keadaan ini menyebabkan aktiviti mikroorganisma menjadi tidak aktif. Hasil dan kualiti mango akan terjejas dalam keadaan seumpama ini. Justeru itu, aplikasi kalium yang dianggap mampu menggalak hasil dan kualitinya perlu dijalankan. Namun, nutrien dalam tekstur kasar tanah mudah larut resap. Keadaan ini akan meningkatkan kos pembajaan.

Oleh yang demikian, satu kajian telah dijalankan di negara China ke atas perkara ini untuk menilai penggunaan kalium di plot tanpa sumbangan dari mikrob pengurai kalium (Bacillus cereus) dan di plot yang mendapat sumbangan mikrob pengurai kalium. Kajian ini dijalankan selama 3 pusingan penanaman. Data kesuburan tanah, rembesan unsur kalium dan hasil mango juga dikumpul untuk dianalisis.

Hasil Kajian

Eksperimen itu mendapat keputusan memberangsangkan iaitu tanaman mango di plot yang mendapat sumbangan mikrob pengurai kalium memperolehi tumbesaran paling maksimum. Mikrob ini telah meningkatkan kesediaan nutrien N, P, K, aktiviti dehydrogenase dan fosfat alkali masing-masing pada 10%, 7%, 18%, 54% dan 52%.

Tambahan, mikrob ini juga meningkatkan pengeluaran hasil mango sebanyak 23%, 27% dan 23% dalam pusingan penanaman 1, 2 dan 3. Kadar aplikasi kalium kimia dapat dijimatkan 50% jika digunakan bersama mikrob pengurai kalium kerana didapati tahap hasil dan kualiti mango hampir setanding dengan kadar penggunaan kalium kimia 100%.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my

Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/

Kadar rembesan unsur kalium dalam eksperimen ini dianggarkan di anatara 0.18 – 0.64mg/kg tanah/hari. Mikrob pengurai kalium mampu meningkatkan rembesan unsur kalium secara signifikan dan selanjutnya menambahkan hasil dan kualiti mango. Pelbagai sumber kalium memberi hasil mango di antara 9.14 – 17.14 tan/ha bergantung kepada grednya. Semakin rendah kandungan unsur kalium di dalam suatu sumber itu maka semakin rendah hasil diperolehi. Justeru itu, kalium kimia tetap dianggap sebagai gred kalium yang baik.

Namun, bagi menurunkan kos, gred yang mengandungi 8.2% unsur kalium boleh digunakan pada kadar 50% berbanding kalium kimia tetapi hendaklah digunakan bersama mikrob pengurai kalium supaya meningkatkan hasil dan kualiti mango. Dengan cara ini, kadar aplikasi kalium kimia dapat dijimatkan kerana selepas aplikasi, hasil dan kualiti mango adalah hampir setanding dengan penggunaan kalium kimia 100%.

 

Sumber maklumat :

Jiyue Wang et al., “Potassium source and biofertilizer influence K release and fruit yield of mango (Mangifera indica L.): A Three-Year Field Study in Sandy Soils’, Sustainability, MDPI, 2022.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com