You are currently viewing Dunia Durian Orang Asli

Dunia Durian Orang Asli

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Di semenanjung Malaysia, wujud 3 kaum orang asli iaitu kaum Negrito, Senoi dan Melayu Proto dengan jumlah populasi di sekitar 178,197 orang (2016). Setiap kaum mempunyai bahasa tersendiri. Setiap kaum pula terbahagi kepada 6 suku masing-masing. Mereka ini kebanyakan tinggal di kaki bukit banjaran Titiwangsa. Banjaran ini melunjur dari Kedah hingga Johor serta dilindungi oleh hutan hujan tropika. Dalam hutan yang panjang dan meluas ini tumbuh pula pelbagai tumbuhan semula jadi termasuk durian hutan. Kehidupan orang asli justeru itu sudah sebati dengan tumbuhan ini kerana buahnya sering dijadikan sumber makanan enak mereka.

Kerajaan juga membangunkan Jabatan Hal ewal Orang Asli bagi menjaga semua aspek kehidupan mereka agar mereka tidak terpinggir.

Berikutan kemajuan zaman, sebahagian puak orang asli sudah membentuk perkampungan mereka dan kehidupan mereka semakin mendekati penduduk kampung. Bahkan sebahagian mereka ini sudah memiliki kenderaan seperti motosikal malah kereta. Keadaan ini menyatakan kehidupan mereka sudah bertambah baik. Salah satu faktor penyumbang kepada keadaan positif ini adalah berkaitan dengan durian yang kini semakin bernilai di pasaran.

Orang asli mendapatkan buah daripada pokok durian hutan manakala orang kampung mendapatnya daripada durian kampung. Perbezaan kedua-dua jenis durian ini ialah satu adalah tumbuhan semula jadi manakala yang satu lagi adalah pokok yang ditanam. Orang asli bergantung kepada pokok durian semula jadi sebagai salah satu sumber makanan mereka. Sebahagian durian hutan bermutu sudah dibawa keluar oleh orang kampung dan ditanami di dusun masing-masing. Malah ada baka tertentu kini sudah bangkit sebagai durian bermutu, di antaranya ialah Musang King yang pada asalnya merupakan sejenis durian hutan. Melalui kultur agonomi yang lebih teliti, baka ini kini wujud sebagai durian terkenal di dunia.

Daripada statistik tahun 2018, durian kampung masih merangkumi 38.85% daripada keseluruhan durian di Malaysia. Peratus 38.85% ini mewakili sejumlah 612,200 pokok. Kesemua pokok ini ada yang ditanami di kampung manakala sebahagian masih tumbuh di pinggir hutan yang dikawal oleh orang asli.

Sebahagian perkampungan orang asli sudah mempunyai kemudahan jalan raya. Untuk
sampai ke destinasi itu, seseorang pemandu mungkin perlu memandu 2 – 3 jam. Jalan tersebut tentu berlekuk serta licin semasa hujan menyebabkan mereka yang telah masuk ke kampung orang asli terpaksa bermalam di situ. Oleh kerana durian berharga, mereka sudi bermalam di perkampungan untuk mendapatkan durian yang boleh dijual kepada orang luar dengan harga lebih tinggi sesudah membelinya daripada orang asli. Trend seumpama ini agak lumrah berlaku. Justeru itu, tidak dapat dinafikan bahawa kehangatan durian semasa ini turut memanfaatkan orang asli.

Empat bulan lalu, satu akhbar tempatan pernah melaporkan perkampungan orang asli Pos Titom di Kuala Lipis, Pahang sudah mendapat keuntungan besar ekoran kutipan hasil durian hutan yang berlaku di luar musim. Secara anggaran, perkampungan tersebut memperolehi 600 1,000kg/hari buah durian runtuh, tempoh kutipan hasil tersebut berlangsung selama 3 – 4 minggu dan menceriakan semua penduduk orang asli di kampung itu.

Seorang pengedar durian kaum orang asli bernama Asun yang berumur 29 tahun, membeli durian daripada puaknya dengan harga RM2 – RM3 kemudian dijual kepada pemborong yang masuk ke kampungnya dengan harga RM3.50 – RM4.00/kg bergantung kepada mutu dan saiz buah. Pendapatan ini amat memgembirakan penduduk orang asli. Kampung Pos Titom kononnya terletak di kawasan pedalaman yang memerlukan pemandu mengembara 2 – 3 jam baru boleh sampai. Atas tarikan besar yang dibawakan oleh durian, mereka sanggup mengembara ke situ untuk mendapatkan durian. Urus niaga seumpama ini yang berlangsung di antara pemborong dan orang asli sebenarnya telah merapatkan hubungan mereka dan meningkatkan pendapatan orang asli.

Menurut kata Asun, kebiasaannya durian mereka hanya dijual dengan RM0.50 Rm1.00/kg. Ekoran berlakunya pengeluaran hasil di luar musim sudah membolehkan mereka mendapat keuntungan berkali ganda.

Di Hulu Selangor pula, seorang bernama Yee Huat dari puak orang asli Temuan selaku juga Pengerusi Persatuan Pembanagunan Masyarakat Orang Asli di situ menjual durian dari puaknya kepada satu pertubuhan agro-pelancongan yang masuk membelinya kemudian dijual pula kepada orang luar yang berminat mencuba durian hutan. Sebelum itu, durian orang asli dari puak itu hanya dijual di tepi jalan semasa musim durian. Berikutan Covid-19 dan PKP, saluran tersebut sudah terputus.

Namun bersyukur dengan bantuan pertubuhan ini keadaan tersebut tidak terjerumus. Puak orang asli ini mempunyai banyak durian hutan, semasa musim durian, mereka akan menjemput wakil dari pertubuhan itu untuk menikmati. Lama-kelamaan sama-sama sudah membentuk perhubungan yang erat. Pertubuhan itu juga membentuk satu jenama tersendiri untuk durian hutan yang diperolehinya dengan nama Biji Bumi Durian.

Menurut kata pengasas Biji Bumi Durian Encik Teoh, durian hutan di sini ada yang dikenali sebagai durian batu kerana tumbuh di celah-celah batu, ada yang dikenali durian Matahari kononnya diturunkan dari nenek moyang mereka dengan isi berwarna kuning gelap, manis serta sedikit pahit. Cita rasa durian ini malah ada persamaan dengan durian IOI yang dikira bermutu tinggi. Beliau menerus kata bahawa pertubuhannya sudah memperkenalkan durian di sini di media sosial seperti durian Sompo dan durian bukit. Durian bukit kononnya tumbuh dari biji benih durian yang ditinggalkan oleh ahli komunis di hutan selepas makan pada zaman silam lalu.

Orang asli di sini memberi pelbagai nama kepada durian mereka serta ada kayu ukur tersendiri dalam menetapkan harga bagi setiap kultivar. Pemborong durian dari luar sudi membeli durian hutan ini dengan harga RM4 RM5/kg. Pertubuhan Biji Bumi Durian pula berurus niaga dengan mereka secara lebih prihatin, namun mereka tidak dapat memborong semua durian yang ada kerana pertubuhan mereka masih baru. Mereka hanya sanggup menjual lebih kurang 5 tan/musim. Setiap musim durian itu bertempoh di antara 2 – 3 bulan.

Pertubuhan Biji Bumi Durian beryakin, durian hutan bakal akan disambuti oleh orang ramai kerana sesetengah kultivar menampil mutu yang tinggi malah setanding dengan Musang King tetapi dijual dengan harga yang murah. Ekoran tiada satu pengurusan yang sistematik, durian bermut ini kelihatan terpinggir serta kurang diketahui orang ramai. Maka dengan adanya Pertubuhan Biji Bumi Durian, dijangka khalayak ramai bakal dapat menikmati durian hutan yang menampil suatu keunikan berbeza dari durian biasa.

Pendek kata, angin durian yang sudah bertiup ini selain dapat mengeratkan hubungan di antara negara, kehidupan orang asli juga turut mendapat manfaat besar. Dipercayai suatu hari nanti, orang asli mungkin akan menjalankan pembajaan ke atas pokok durian mereka untuk mendapat hasil buah yang lebih tinggi. Amalan agronomi ini selanjutnya akan meningkatkan cita rasa durian. Banyak pokok durian hutan sudah berumur tinggi dan pokok tua amnya menampil isi buah yang lebih sedap. Berikutan amalan pembajaan, mutu durian hutan bakal dihasilkan itu tentu akan berada di aras setanding malah lebih tinggi daripada durian biasa.

 

Bahan rujukan :

1. BH ONLINE, 18-9-21. 2. THO XIN YI, CNA, 22-7-21.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Sila kongsi kepada kawan :