Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Terung, nama Inggeris bagi tanaman ini ialah brinjal, ada yang suka mengelarnya sebagai eggplant. Pemupukan hasil tanaman ini sering dikaji oleh penyelidik termasuk dari Indonesia yang merupakan 10 pengeluar terung utama di dunia. Pada tahun 2017 2018, pihak Indonesia pernah menjalankan satu eksperimen bagi membandingkan kesan fertigasi dan pembajaan konvensional (baja butiran secara menabur). Eksperimen ini menggunakan beberapa rawatan seperti berikut :
1.T1-75% rekemendasi pembajaan standard melalui fertigasi.
2.T2-100% rekomendasi pembajaan standard melalui fertigasi.
3.T3-125% rekomendasi pembajaan standard melalui fertigasi.
4.T4-150% rekomendasi pembajaan standard melalui fertigasi.
5.T5-100% rekomendasi pembajaan standard melalui penaburan baja butiran.
Rekomendasi pembajaan standard yang dimaksudkan ialah NPK 150:75:75kg tidak kira secara fertigasi atau penaburan baja butiran. Hasil eksperimen tersebut diturunkan seperti berikut :
Kesan Terhadap Ketinggian Pokok
30 hari dan 60 hari selepas rawatan pembajaan, pokok T5 mengalami ketinggian pokok paling optimum. Tetapi 90 hari, 120 hari dan tempoh kutipan hasil selepas pembajaan, pokok T4 pula paling cepat meninggi diikuti oleh pokok T3, T2 dan T1. Di peringkat masa ini, pokk T5 pula berkedudukan paling belakang dalam peninggian pokok. Hasil eksperimen ini menunjukkan pembajaan fertigasi telah membekal nitrogen (N) kepada pokok dengan lebih cekap berbanding pembajaan konvensional terutama nutrien ini wajib untuk pokok di peringkat pembesaran bagi menjalankan fungsi pemecahan sel dan peningkatan tumbesaran.
Kesan Terhadap Bilangan Pencabangan Pokok
Dalam eksperimen ini, didapati pembajaan konvensional berjaya memupuk pencabangan pokok yang lebih banyak di peringkat awal iaitu 30 hari selepas pembajaan dengan mengeluarkan 5.50 cabang baru. Trend ini terus kekal di peringkat 60 hari, 90 hari, 120 hari dan tempoh kutipan hasil, masing-masing mencatatkan pencabangan baru sebanyak 12.90 batang, 13.10 batang, 14.23 batang dan 14.95 batang. Namun jika dibandingkan dengan rawatan lain khususnya pokok di T4 dan T3, kelihatan kedua-duanya memberi kesan lebih baik lagi dengan penghasilan cabang baru di antara 17.15 21.10 batang. Sekali lagi pembajaan secara fertigasi terbukti lebih unggul dalam pemupukan pengeluaran cabang baru.
Kesan Terhadap Pengeluaran Daun Pokok
Pokok di T4 mencatatkan bilangan pengeluaran daun sebanyak 85.1 helai berbanding rawatan T5 (pembajaan konvensional) pada 77.0 helai daun. Inilah prestasi terunggul. Walaupun pembajaan konvensional mampu memupuk pengeluaran daun yang paling banyak di peringkat 60 hari selepas pembajaan, tetapi trend ini didahului oleh T4 selepas 90 hari menyatakan fertigasi adalah amalan lebih unggul berbanding yang konvensional dalam aspek pengeluaran daun pokok.
Kesan Terhadap Jumlah Hasil Buah Pokok
Pokok di T1, T2, T3, T4 dan T5 masing-masing mengeluarkan hasil buah 71.85 biji, 85.15 biji, 98.35 biji, 98.60 biji dan 70.78 biji. Dari sini jelas kelihatan T4 paling cekap untuk mengeluarkan buah yang paling banyak berbanding kaedah konvensional dengan julat ynag berbeza secara ketara. Perbezaan antara T3 dan T4 tidak jauh berbeza.
Justeru itu, memandangkan T3 menggunakan 125% rekomendasi pembajaan standard manakala T4 pula 150% rekomendasi pembajaan standard serta menunjukkan prestasi yang tidak jauh berbeza, maka disarankan T3 sebagai kaedah pembajaan paling cekap. Pendek kata, eksperimen ini menyatakan kaedah fertigasi lebih unggul daripada kaedah konvensional dalam pemupukan tumbesaran dan pengeluaran hasil terung.
Sumber maklumat :
SS Hadole et al., Effect of fertigation on growth, quality and yield of brinjal, Journal of Pharmacognosy and Phytochemistry, 2020.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336