You are currently viewing Nutrisi Tanaman Dan Racun Perosak Edaran Brightonmax Berkesan Meningkatkan Prestasi Tanaman Terung

Nutrisi Tanaman Dan Racun Perosak Edaran Brightonmax Berkesan Meningkatkan Prestasi Tanaman Terung

Encik Tan Jung Loong telah mengusahakan kebun terung selama 4 tahun. Teknik kulturnya semakin meningkat dan kini telah menjadi seorang pekebun yang berhasil tinggi di Seberang Prai, Pulau Pinang.

Sebuah kebun terungnya seluas 3 ekar yang terletak di Permatang Pauh telah menggunakan kaedah penanaman dengan bungkusan media dan memasang sistem pengairan titisan. titisan. Setiap bungkusan media hanya ditanami satu pokok. Dengan jarak tanaman 5 x 2 kaki, kebun tersebut sudah diusahakan dengan 5,000 pokok terung.

Menurutnya, terung boleh dikutip hasil selepas 2 bulan ditanam. Mengenai tempoh kutipan hasil ia bergantung pada pengurusan tanaman yang disediakan. Baginya, tempohan kutipan hasilnya adalah dalam lingkungan 3 – 4 bulan. Pada musim besar, beliau berdaya mengutip hasil terung sehingga lebih 40 bakul (satu bakul mengandungi 30 kg hasil).

Katanya, penggunaan bungkusan media umumnya akan memperolehi hasil yang lebih sebanyak 3 – 4 kali ganda berbanding yang ditanam di atas tanah. Ini disebabkan oleh penyampaian nutrisi yang lebih rapi melalui sistem titisan serta ketiadaan serangan perosak tanah. Namun begitu, untuk mendapatkan tumbesaran pokok yang baik, pokok harus diberikan khasiat tumbuhan. Dalam hal ini, beliau telah menggunakan produk Acrecio iaitu sejenis pengaktif biologi tumbuhan serta Excel CaB yang merupakan sejenis nutrisi tumbuhan yang bermutu tinggi.

Acrecio dikeluarkan oleh Syarikat De Sangosse dari Perancis. Ciri utama bagi produk ini ialah ia mengandungi 4 jenis bahan aktif serta dengan nisbah NPK yang bersesuaian. Bahan-bahan aktif ini ialah Acreciactiv, asid humic, asid amino L-Tryptophan dan asid amino L-Methionine yang dapat membantu pengembangan sistem akar bagi meningkatkan pengambilan nutrisi dengan pantas serta merintangi stres yang dialami oleh pokok. Dengan mengelakkan daripada kejadian ini, pokok terung telah membesar dengan cepat.

Excel CaB pula mengandungi nutrisi kalsium, magnesium dan boron yang tinggi. Bahan ini dapat meningkatkan pembesaran buah serta mengurangkan kejadian buah rekah atau cacat. la juga berdaya meningkatkan daya rintangan tanaman terhadap serangan perosak dan selanjutnya meningkatkan hasil.

Kawalan serangga perosak juga satu aspek yang penting kerana tanpa kawalan yang wajar, kualiti terung juga akan merosot. Dalam hal ini, Encik Tan menggunakan racun kulat edaran Brightonmax untuk mengawal secara semburan sebanyak satu kali pada setiap 12 minggu. Racun kulat tersebut berdaya mengawal serangan kulat Oomycetes yang selalu membawa penyakit reput buah Phytophthora pada terung. Di samping itu, sanitasi kebun juga perlu diambil berat, misalnya daun yang dipangkas hendaklah dikeluarkan dari kebun supaya tidak menjadi tempat pembiakan kulat.

Seorang pekebun lain iaitu Encik Zhong Ling pula mengusahakan kebun terung dan beliau menanam terung bulat (juga dikenali terung bulat Bangladesh). Kebun beliau di Kepala Batas adalah seluas 5 ekar. Dalam keluasan ini sebanyak 8,000 pokok terung telah ditanam. Beliau telah menggunakan racun serangga edaran Brightonmax Sdn Bhd untuk mengawal perosak serangga. Racun serangga yang mengandungi perawis aktif formetanate hydrochloride digunakan oleh Encik Zhong Ling untuk mengawal kutu trip pada terung. Produk ini akan membunuh perosak serangga melalui satu sistem kawalan yang sistematik termasuk sentuhan serta serangan ke atas perut serangga bagi mencapai kesan pembunuhan. Perawis aktif formetanate hydrochloride ini mempunyai struktur molekular yang amat unik kerana ia mempunyai struktur “formamidines” di suatu cabang dan struktur “carbamate” di cabang yang kedua. Oleh itu, formetanate hydrochloride mempunyai dua jenis mod tindakan pembunuhan serangga iaitu ciri tindakan yang dipunyai oleh kumpulan “formamidines” dan juga ciri tindakan yang dipunyai oleh kumpulan “carbamate”. Ciri yang unik ini amat penting dalam mengatasi masalah kerintangan serangga terhadap racun.

Encik Zhong Ling juga menggunakan Excel CaB untuk meningkatkan mutu buah. Menurut beliau, selepas penggunaan Excel CaB, buah terung bulat kelihatan lebih besar dan warna buah lebih menarik. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Brightonmax Sdn Bhd di talian : 07-595 3580/595 3680.