Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Kandungan air dalam buah belimbing adalah sebanyak 70 – 90%. Keadaan ini menandakan tanaman ini memerlukan air yang banyak. Air digunakan dalam pelbagai tindak balas kimia dalam pokok, kekurangan air menyebabkan tumbesaran dan pengeluaran hasil terjejas.
Menurut sumber, setiap pokok matang belimbing memerlukan 20 liter air sehari manakala yang belum matang ialah 10 liter sehari. Air berlebihan juga tidak munasabah kerana akan mengaktifkan pertumbuhan vegetatif seperti pencabangan dan pengeluaran daun, pokok seterusnya akan mengabaikan pengeluaran hasil buah. Terutama apabila di peringkat putik buah, air berlebihan akan menggalak pertumbuhan vegetatif yang meningkatkan kadar guguran putik buah. Kekurangan air juga menyebabkan bunga gugur awal serta pembentukan buah yang kecil.
Sehubungan itu, belimbing adalah buah-buahan tropika yang tipikal kerana tindakan memangkas akan memupuk pengeluaran pucuk dan daun baru, kemudian pembungaan akan bermula dua minggu selepas itu. Oleh itu, amalan ini sering digunakan oleh petani dalam pemupukan bunga dan buah untuk memenuhi permintaan di pasaran. Bagi memudahkan operasi kerja di kebun nanti, ketinggian pokok hendaklah dikawal melalui cantasan bahagian tengah pokok serta menggalak pencabangan dahan mendatar.
Pangkasan amnya dilakukan selepas kutipan hasil. Semua dahan berlebihan yang terlindung daripada pancaran cahaya matahari, pucuk air dan ranting berpenyakit serta layu semuanya dipangkas supaya peredaran udara dan kemasukan cahaya matahari ditingkatkan. Dengan cara ini, produktiviti pokok dapat diperkasa, ditambah dengan pembajaan dan pengairan, hasil lumayan bolehlah dinanti-nantikan.
Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my
Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/
Bahan rujukan :
1.Zabedah Mahmood et al., Manual Teknologi Penanaman Belimbing, MARDI, 2013.
2.Panduan Pengeluaran Belimbing, Pentunting M. Abd. Rahman et al., MARDI, 1992.
Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia. Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my









