Antara teknologi yang diperkenalkan oleh MARDI terhadap kawalan masalah padi angin ialah melalui Sistem Pengeluaran Clearfield yang menghasilkan varieti padi kebal atau toleran terhadap racun rumpai daripada kumpulan kimia imidazolinone. Selepas semburan racun ini ke sawah yang telah ditanami padi Clearfield akan mampu mengawal pertumbuhan keseluruhan spesies rumpai terutamanya padi angin, tetapi membenarkan vareiti padi Clearfield hidup dengan sihat.
Sementara itu, teknologi ClearWR pula merujuk kepada teknik penggunaan racun rumpai pracambah diubah suai agar populasi padi angin di sawah dapat dikurangkan. Teknologi ini disasarkan terhadap penghapusan benih padi angin dalam tanah yang mengamalkan penanaman sistem tabur terus basah.
Salah satu faktor kemunculan padi angin di sawah ialah persaingan dengan tanaman padi di semua peringkat pertumbuhan dan menyebabkan kerugian besar besar terhadap petani.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Untuk menangani masalah padi angin, sepanjang peringkat penanaman padi bermula dari penyediaan tanah sehingga penuaian padi hendaklah berwaspada terhadap kehadiran benih padi angin kerana pertumbuhannya sangat pantas dan akan mewujudkan infestasi besar di sawah. Padi angin mudah tanggal daripada tangkai dan jatuh ke bawah tanah. Justeru itu semasa penyediaan tanah, benih tersebut hendaklah dihapuskan melalui pembajakan tanah dengan sempurna bersama langkah-langkah bersepadu yang lain.
Padi angin juga telah mencemari bank benih padi dan keadaan ini amat merunsingkan kerana benih padi ini akan digunakan oleh petani semasa memulakan penanaman.
Aspek ini juga diberi perhatian utama kerana masalah yang berlaku ini akhirnya mampu menggagalkan teknologi yang terhasil. Umpamanya teknologi ClearWR yang bertumpu kepada kawalan bank biji benih padi angin dalam tanah akan terjejas sekiranya ada kecemaran benih padi angin di dalam.
Dalam kajian MARDI secara rawak ke atas beg benih padi sah 20kg/beg mendapati 1.4% benih padi angin sudah terkandung di dalamnya. Nilai ini walaupun kelihatan kecil tetapi jumlah benih padi angin mencapai 12,000 biji. Penemuan ini hanya berdasarkan padi angin yang mempunyai beras berwarna perang dan hitam, belum termasuk padi angin yang sama warna dengan padi kultivar. Keadaan ini menyatakan langkah lebih ketat perlu diambil ketika menghasilkan benih padi sah. Pencemaran benih padi angin di dalam benih padi sah mampu menjejaskan keberkesanan teknologi Clearfield dan ClearWR serta mendatangkan kerugian besar memandangkan pembangunan setiap teknologi memakan belanja yang besar serta mengambil masa bertahun-tahun.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350