Ramai pekebun durian suka berbincang tentang cara “naikkan rasa” buah melalui baja khas. Ada yang tambah kalium tinggi, ada yang guna unsur surih mahal, malah ada yang percaya baja tertentu boleh buat isi lebih lemak, pahit manis atau warna lebih cantik. Tetapi kalau dilihat dari sudut pasaran sebenar, usaha terlalu tumpu meningkatkan cita rasa melalui tokokan baja kadangkala menjadi perbuatan sia-sia. Bukan sebab baja tidak berfungsi langsung, tetapi sebab pengguna biasa tidak akan membayar lebih hanya kerana rasa itu meningkat sedikit sahaja.
Dalam dunia sebenar, majoriti pembeli durian bukanlah penghayat makanan profesional. Kebanyakan orang beli durian berdasarkan tiga perkara mudah — jenama varieti, rupa buah dan harga. Kalau nampak label Musang King, Duri Hitam atau D24, mereka terus ada gambaran tertentu tentang rasa. Mereka jarang bertanya sama ada buah itu menerima tambahan magnesium, silikon atau baja khas “premium formula Thailand”.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Hakikatnya, pengguna hanya mahu durian yang “sedap cukup-cukup”. Bila rasa sudah melepasi tahap memuaskan, peningkatan kecil selepas itu sukar dihargai oleh pembeli biasa. Pekebun mungkin bangga kerana dapat bezakan rasa lebih berkrim 10% atau aroma lebih tajam sedikit, tetapi ramai pelanggan tidak sedar pun perbezaannya. Mereka tetap makan sambil berkata, “sedap juga.”
Masalah lebih besar ialah kos. Baja berkualiti tinggi sekarang bukan murah. Ada program pembajaan premium yang menelan belanja ribuan ringgit sehektar setahun. Bila kos meningkat, pekebun berharap harga jualan juga naik. Tetapi pasaran durian tidak semudah itu. Pembeli di gerai tepi jalan tetap akan tanya satu soalan klasik: “Boleh kurang lagi tak?”
Durian sebenarnya lebih banyak dipengaruhi faktor lain seperti cuaca, umur pokok, pengurusan air dan waktu menuai. Kadang-kadang pokok yang dibaja biasa sahaja boleh hasilkan buah sangat sedap apabila musim panas cantik. Sebaliknya pokok yang diberi baja mahal mungkin tetap menghasilkan buah sederhana jika hujan terlalu kerap. Sebab itu ramai pekebun lama lebih percaya kepada pengurusan kebun secara menyeluruh berbanding mengejar “formula ajaib” rasa durian.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Dalam pasaran eksport pula, konsistensi lebih penting daripada cita rasa ekstrim. Pembeli luar negara mahu isi cantik, saiz seragam dan penghantaran stabil. Mereka tidak semestinya mahu rasa terlalu kompleks sampai hanya “otai durian” boleh faham. Jika buah nampak elok dan mencapai standard tertentu, itu sudah memadai untuk dijual.
Bukan bermaksud pembajaan tidak penting. Pokok tetap perlukan nutrien mencukupi untuk sihat dan menghasilkan buah berkualiti. Tetapi ada beza antara pembajaan keperluan pokok dengan pembajaan yang terlalu mengejar “rasa premium”. Kadangkala pekebun lebih untung jika fokus kepada pengeluaran stabil, kawalan penyakit dan pengurusan kebun yang kemas.
Akhirnya, dalam bisnes durian, pengguna membayar untuk keyakinan dan pengalaman keseluruhan, bukan semata-mata peningkatan rasa yang terlalu halus untuk disedari.
Sumber : Platform Profesional
Nota : Untuk Rujukan Sahaja









