Pengeluaran pisang sedunia diancam oleh penyakit layu Fusarium (Penyakit Panama) yang disebabkan oleh Fusarium oxysporum f. Sp. cubense (Foc). Di Malaysia, Foc Tropika Race 4 (Foc-TR4) merupakan penyakit paling serius kerana kebanyakan ladang pisang Cavendish telah dimusnahkan pada tahun 90-an. Strain TR4 dapat menjangkiti pelbagai jenis pisang dan plantain dan ini menyukarkan pengurusan penyakit secara efektif. Namun begitu, kaedah pengurusan penyakit ini tetapi dibentangkan dalam artikel ini semoga penanam di sektor ini boleh mendapat manfaat untuk menentang penyakit ini.
Pendahuluan
Tanaman pisang telah dikenal pasti sebagai tanaman penting yang boleh dikembangkan dalam Polisi Makanan Agro (2011-2020) bersama tembikai, betik, belimbing dan mangga. Dari segi keluasan tanaman, pisang menduduki tempat kedua di Malaysia dengan keluasan 28,247 ha (2017) selepas tanaman durian. Keluasan ini merangkumi hampir 15% keseluruhan jumlah keluasan tanaman buah-buahan di Malaysia. Jumlah pengeluaran pisang di Malaysia ialah 334,268.00 tan (2017). Jumlah nilai pengeluaran pisang pada tahun 2016 ialah RM541.64 juta. Dalam jumlah nilai ini, RM34.2 juta adalah untuk eksport iaitu bersamaan 6.3% manakala 93.7% untuk penggunaan domestik. Negara-negara pengimport pisang Malaysia ialah Brunei, Singapura, Hong Kong dan Timur Tengah.
Foc-TR4 memberi impak yang besar kepada tanaman pisang di Malaysia kerana lebih 50% tanaman pisang ditanami adalah kultivar Berangan dan Cavendish yang rentan terhadap penyakit ini. Keadaan ini menjadi lebih kritikal kerana kedua-dua kultivar pisang ini jugalah dieksport. Foc sejenis fungi dalam tanah. Spora Foc yang mula-mula jangkit pada akar sekunder dan tertiari pokok pisang akan bercambah dan membiak, akhirnya menusuk masuk ke dalam sistem akar kemudian merebak ke seluruh pokok pisang. Diagram 1 berikut memberi gambaran proses penjangkitan Foc ke atas pokok pisang. Perkara yang gerun ialah Foc mampu hidup di dalam tanah melebihi 30 tahun dan akan menjangkiti akar tanaman pisang yang bakal ditanami di situ.
Foc merebak melalui rizom pisang dalam tanah. Bahan tanaman pisang umpamanya sulur pokok yang umumnya digunakan dalam penanaman akan mengandungi Foc jika tanah itu sudah dijangkiti penyakit ini sebelumnya. Air yang digunakan dalam sistem pengairan juga salah satu media menyebaran penyakit selain juga tayar kenderaan yang masuk ke ladang pisang, peralatan yang digunakan, pakaian, kasut dan lain-lain lagi semuanya berpotensi merebakkan penyakit ini. Justeru itu, penyebaran penyakit ini amnya agak pantas di kawasan jangkitan. Satu kajian baru telah melaporkan nematod (Pratylenchus sp.) dan kumbang (Cosmopolites sordidus) juga penyebar penyakit ini. Beberapa jenis rumpai juga didapati terjangkit oleh penyakit ini. Jika pengurusan rumpai tidak dijalankan, maka kadar jangkitan akan meningkat. Kesemua ini memberi implikasi penyakit ini memang memberi cabaran besar dalam pengurusan.
Untuk mengawal penyebaran penyakit Foc, Jabatan Pertanian Malaysia serta banyak institusi pertanian di negara lain telah mengambil beberapa langkah seperti berikut:
1. Penggunaan bahan tanaman kultur tisu bebas penyakit.
2. Pemantauan sistem pengairan di kawasan jangkitan agar hanya air bersih dan bebas penyakit digunakan.
3. Menyah kuman segala peralatan di ladang pisang serta tayar kenderaan yang memasuki ladang.
4. Mengenakan sekatan terhadap orang yang keluar masuk ke ladang jangkitan.
5. Kuarantin ke atas bahan tanaman pisang diimport.
Kaedah Kawalan 1 Penggunaan Bahan Tanaman Kultur Tisu
Anak benih pisang yang dihasilkan secara kultur tisu dianggap sebagai pendekatan paling efektif untuk menangani maslaah penyakit ini. Anak benih ini menggunakan tisu induk bebas penyakit justeru menghasilkan bahan tanaman yang juga bebas penyakit Foc. Selain itu, anak benih kultur tisu juga dilengkapi dengan daya rintangan lebih tinggi terhadap ancaman penyakit Foc membolehkan penanaman dijalankan dalam jangka masa lebih panjang. Ini kerana langkah telah diambil semasa pemilihan tisu induk dalam proses kultur tisu. Dalam pembiakbakaan transgenik, pokok Rastali yang berjaya merempuhi serangan Foc telah dipilih untuk digunakan dalam penghasilan bahan tanaman yang dikenali Rastali Mutiara sebagai kultivar yang berdaya merintangi penyakit ini.
Kaedah Kawalan 2 : Penggunaan Agen Kawalan Biologi
Sejens fungi tanah bernama F. Oxysporum (Fo) yang tidak berjangkit terhadap tanamna pisang telah dikenal pasti dalam proses penyaringan sebagai agen kawalan biologi. Fungi ini hidup dalam habitat tanaman pisang dan didapati ia berkesan menentang jangkitan Foc. Namun begitu, penggunaan fungi Fo kena berhati-hati kerana terdapat kategori fungi tertentu yang memburukkan keadaan jangkitan Foc.
Di antara kesemua agen kawalan biologi, Bacillus sp. dianggap lebih berkesan daripada yang lain kerana mampu menurunkan simptom jangkitan Foc melebihi 80%. Oleh itu, fungi ini sudah dirumus dalam bentuk kompos yang diperkasakan untuk digunakan dalam penentangan Foc di negara China. Pada hakikat, banyak kajian mengenai keberkesanan agen kawalan biologi terhadap Foc di Malaysia masih di peringkat kajian dalam rumah kaca.
Kaedah Kawalan 3 : Pemuliharaan Tanah
Penaburan Nitrate (NO3) di ladang jangkitan Foc didapati berjaya mengurangkan simptom jangkitan penyakit ini manakala penaburan ammonium (NH4) pula meningkatkan simptomnya. Ini kerana Foc gemar terhadap tanah masam justeru nutrien ini mungkin kurang sesuai untuk digunakan dalam keadaan ini. Sebaliknya penggunaan nitrate akan dapat meningkatkan nilai pH untuk mengurangkan kemasukan Foc ke dalam akar pokok pisang.
Menurut sumber, penaburan nutrien yang mengandungi nitrate umpamannya calcium nitrate telah berjaya menurunkan simptom Foc-TR4 sebanyak 40% dalam kajian rumah kaca tetapi malangnya nilai pH pula tidak diambil sebelum dan selepas rawatan tersebut. Sungguhpun begitu, keadaan ini jelas menunjukkan tanah penyekat penyakit (disease suppressive soil) memang mengandungi pelbagai fungi bermanfaat terhadap tanaman dan tindak balasnya dengan pH tanah adalah berbaloi untuk dikaji selanjutnya.
Biojisim dari tanaman lain seperti buah tandan kosong sawit dan jerami padi juga menunjukkan potensi tertentu dalam kawalan Foc-TR4 walaupun buat masa ini belum ada keputusan konkrit diperolehi. Biojisim amnya diperkasakan dengan agen kawalan biologi justeru itu mendatangkan kesan kawalan tertentu. Di negara China, sejnis fungi B. Amyloliquefaciens sudah digunakan sebagai kompos di ladang dan menunjukkan kesan positif dalam menentang Foc.
Bahan rujukan :
Wong, C.K.F et al., “Research, challenges and future perspectives on the management of fusarium wilt of banana in Malaysia : A review”, Malaysian Journal of Science 38(2):47-66, August 2019.
Simple Farm Sdn Bhd
E-mail : mrbanana@simple-farm.com