Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia. Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Dalam dunia pertanian, baja dan nutrien sering dianggap sebagai “makanan tambahan” yang sentiasa membawa kebaikan kepada tanaman. Namun hakikatnya, seperti manusia, tanaman juga boleh “keracunan” jika menerima nutrien secara berlebihan. Keracunan nutrien ini bukan sahaja menjejaskan pertumbuhan, malah boleh mengurangkan hasil, merosakkan akar dan dalam kes tertentu menyebabkan tanaman mati. Isu ini kerap berlaku apabila pembajaan dibuat tanpa memahami keperluan sebenar tanah dan tanaman.
Antara nutrien yang paling kerap menyebabkan masalah apabila digunakan berlebihan ialah nitrogen (N). Nitrogen memang penting untuk pertumbuhan daun dan batang, tetapi lebihan nitrogen akan menyebabkan tanaman terlalu “subur daun”. Daun menjadi hijau gelap, lembut dan berair, pembentukan bunga dan buah akan terganggu. Tanaman juga menjadi lebih mudah diserang penyakit kulat dan serangga, kerana tisu yang lembut mudah rosak. Dalam jangka panjang, akar menjadi lemah dan tanaman mudah rebah.
Fosforus (P) pula jarang menyebabkan keracunan secara langsung, tetapi lebihan fosforus dalam tanah boleh mengganggu penyerapan nutrien lain, terutamanya zat besi (Fe), zink (Zn) dan mangan (Mn). Akibatnya, walaupun nutrien tersebut ada dalam tanah, tanaman tetap menunjukkan simptom kekurangan seperti daun menguning dan pertumbuhan terbantut. Keadaan ini sering mengelirukan petani kerana mereka menyangka tanaman kekurangan baja, lalu menambah baja lagi dan memburukkan keadaan.
Kalium (K) juga penting untuk pembentukan buah dan ketahanan tanaman, tetapi lebihan kalium boleh menekan penyerapan magnesium (Mg) dan kalsium (Ca). Ini menyebabkan simptom seperti hujung daun kering, pertumbuhan akar terjejas dan kualiti buah menurun. Dalam tanaman buah-buahan, lebihan kalium boleh menyebabkan buah nampak cantik dari luar tetapi kualiti dalaman kurang baik.
Bagi nutrien mikro, risiko keracunan sebenarnya lebih tinggi walaupun digunakan dalam kuantiti kecil. Boron (B) ialah contoh klasik. Keperluannya sangat sedikit, tetapi lebihan boron boleh menyebabkan tepi daun menjadi terbakar, daun gugur dan pertumbuhan terhenti. Kuprum (Cu) dan zink (Zn) juga boleh menjadi toksik jika terkumpul, terutamanya dalam tanah yang sering menerima semburan atau baja mikro tanpa kawalan.
Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336
Website: www.hextar.com
Selain itu, amonia dan garam daripada baja tertentu, terutamanya baja kimia yang digunakan berlebihan, boleh meningkatkan kemasinan tanah. Ini menyebabkan tekanan osmosis pada akar yang mana tanaman sukar menyerap air walaupun tanah kelihatan lembap. Akhirnya, tanaman layu seolah-olah kekurangan air.
Kesimpulannya, lebih banyak baja tidak semestinya lebih baik. Setiap nutrien ada peranan dan had selamatnya. Pembajaan yang bijak bermula dengan ujian tanah, pemahaman keperluan tanaman dan penggunaan baja secara seimbang. Dengan pendekatan ini, tanaman bukan sahaja sihat, malah hasil yang diperoleh juga lebih stabil dan berkualiti.
Sumber : Platform Profesional
Nota : Untuk Rujukan Sahaja
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com










