Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Salah satu masalah utama dalam penanaman durian terletak pada aspek keperluan air. Air yang sama ada tidak mencukupi atau berlebihan akan mempengaruhi kadar bunga, pembuahan malah meningkatkan kadar guguran putik buah. Perkara ini dirumitkan berikutan keperluan air di pelbagai peringkat bunga dan putik buah adalah berbeza-beza. Berikut ini diturunkan satu hasil kajian berkenaan daripada penyelidik Malaysia sebagai penilaian kepentingan air dalam peringkat pembungaan dan pembuahan.
Eksperimen tersebut dijalankan ke atas baka durian D24 berumur 8 tahun. Tujuan eksperimen ialah menilai bekalan air terhadap pembungaan, pembuahan dan kadar guguran putik buah. Eksperimen ini dimulai melalui pemasangan 1 – 4 batang penyembur air di bawah setiap pokok, setiap satu penyembur itu dihidupkan pada waktu
pagi dengan membekal 1/2 jam air berjumlah 25 liter. Dengan cara cara ini, 4 batang penyembur air di bawah pokok akan mendapat bekalan air 100 liter sehari manakala 2-3 batang masing-masing mendapat 50 liter dan 75 liter sehari. Rawatan air bermula pada dua minggu sebelum musim bunga bunga bermula dan berlangsung terus-menerus selama 60 hari daripada tarikh tersebut.
Kesan ke atas Kadar Bunga
Hasil eksperimen itu menunjukkan bahwa pokok yang dipasang sebatang penyembur air mengalami kekurangan air manakala yang dipasang 4 batang penyembur air mengalami kelebihan air. Keadaan ini menyebabkan kedua-dua rawatan ini menghasilkan kadar bunga yang paling rendah. Dalam pada itu, pokok yang dipasang 2 – 3 batang penyembur air berjaya memperolehi kadar bunga paling banyak. Daripada sini, jelas kelihatan bekalan air secara munasabah memupuk kadar pembungaan yang lebih optimum.
Kesan ke atas Kadar Pembuahan
Namun, kadar pembuahan dalam kesemua rawatan itu kelihatan tidak dipengaruhi oleh kelembapan tanah. Keseluruhannya, kadar pembentukan buah mencapai kadar 76 – 88% (nota pengarang: penemuan ini berlaku ke atas baka D24. Tidak pasti sama ada baka lain juga berdepan dengan hasil eksperimen yang sama seperti ini).
Kesan ke atas Kadar Guguran Putik Buah
Hasil eksperimen ke atas aspek guguran putik buah pula menunjukkan pokok yang memasang sebatang penyembur air mengalami guguran putik buah sehingga 100% pada 5 minggu selepas putik buah terbentuk. Pokok yang memasang 2 – 4 batang penyembur air juga mengalami kadar guguran putik buah yang tinggi di antara 97 – 99% iaitu tidak jauh berbeza dengan yang sebelumnya.
Penjelasan yang barangkali boleh diberikan ke atas hasil eksperimen ini ialah bekalan air melalui 1 – 4 batang penyembur air itu tidak dihalusi, sebaliknya ia diberikan pada kadar yang sama mengikut jumlah batang penyembur air yang ada. Pada hakikat, keperluan air oleh pokok dalam pelbagai peringkat pembungaan (sebelum berbunga, semasa berbunga dan peringkat pembungaan akhir) adalah berbeza-beza. Keadaan ini mungkin menyebabkan kadar guguran putik buah yang tinggi. Penjelasan lain yang boleh diberikan juga termasuk baka D24 mungkin kurang peka terhadap kelembapan tanah. Kalau tidak, pokok bisa berdepan dengan kadar guguran putik buah yang banyak dalam eksperimen tersebut?
Bahan rujukan :
M. Masri, Flowering, Fruit Set and Fruit Drop of Durian (Durio zibethinus Murr.) under Different Moisture Regimes, J. Trop. Agric and Food Science, 1999.
Agroharta Fertilizer Sdn Bhd
Tel : 603-3341 2288
Fax : 603-3341 8219
E-mail : admin@agroharta.com.my