Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Satu kajian yang melibatkan beberapa agensi kerajaan Negeri Perak telah dijalankan untuk meninjau potensi dan kesan integrasi ternakan lembu kacukan Brakmas di ladang kelapa sawit yang pokoknya berusia 6 tahun. Kajian dijalankan mulai tahun 2003 sehingga 2009 di Ladang Jaya Baru, Seberang Perak.
Kawasan sawit seluas 374.5 hektar (Blok ABC) telah digunakan untuk memasukkan lembu kacukan Brakmas mengikut rancangan yang ditetapkan manakala Blok D seluas 166.0 hektar tidak dimasukkan lembu antara tahun 2003 – 2006, lembu hanya dimasukkan antara tahun berikutnya, iaitu 2006 – 2009. Langkah ini bertujuan membolehkan perbandingan dibuat kemudian.
Jumlah lembu kacukan Brakmas yang dipelihara di ladang sawit tersebut adalah mengikut piawai kajian yang mana salah satunya melibatkan pemindahan lembu pada setiap hari dalam masa 3 bulan untuk melengkapkan satu pusingan bagi membolehkan rumput di petak ragutan tumbuh semula di samping mengelakkan kerosakan tanah serta memutuskan pusingan cacing usus. Pergerakan lembu dalam petak adalah dikawal dengan pagar berelektrik.
Dalam pada itu, kepadatan lembu pada setiap lot telah diambil berat dengan cara menentukan luas kawasan ragutan melalui melalui jumlah berat lembu dan potensi berat kering rumput ragutan. Langkah ini diambil demi mengelakkan terlampau ragutan pada lot tertentu sedangkan lot lain mungkin bersemak pula ekoran kekurangan ragutan oleh lembu.
Begitu juga dengan aspek pembajaan baja hanya digunakan selepas lembu berpindah tempat. Rumput untuk ragutan pula dipastikan supaya tempoh sisa racun rumpai sudah berlalu demi mengelakkan gangguan ke atas kesihatan lembu ternakan.
Hasil Kajian
Pada tahun 2004, iaitu setahun selepas lembu kacukan Brakmas dimasukkan ke ladang berpokok 6 tahun usianya, petak di Blok ABC yang mempunyai lembu menunjukkan pengeluaran hasil buah tandan segar purata segar purata sebanyak 31.2 tan/ha/tahun berbanding dengan 28.5 tan/ha/tahun di Blok D yang tiada lembu pada ketika itu.
Bagi Blok D yang lembu hanya dimasukkan pada tahun 2006 telah menunjukkan peningkatan hasil buah tandan segar mulai tahun 2007 dan mengekalkan hasil melebihi 30 tan/ha/tahun pada dua tahun berikutnya. Semua blok yang mempunyai lembu telah berjaya mengekalkan hasil melebihi 30 tan/ha/tahun pada tahun 2009.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Kesimpulan
Integrasi ternakan lembu kacukan Brakmas dengan tanaman kelapa sawit didapati memanfaatkan pengeluaran hasil buah tandan segar dengan peningkatan 2 – 4 tan/ha/tahun serta mengekalkan hasil melebihi 30 tan/ha/tahun (di kawasan kajian). Kos merumput juga dapat dikurangkan dengan adanya lembu menjalankan ragutan rumput.
Bahan kumuhan ternakan merupakan pula baja organik yang menyuburkan tanah di ladang. Ternakan yang dipelihara akan menyumbangkan pendapatan yang lumayan kepada peladang apabila ternakan dipasarkan. Justeru, kaedah ini kelihatan berdaya maju serta berpotensi dari segi ekonomi.
Lembu Brakmas : baka lembu ini mengandungi darah 50% Brahman dan 50% Kedah – Kelantan. Warna kulitnya adalah putih kelabu dan mempunyai badan ini sederhana besar. Baka lembu pedaging dibangunkan oleh MARDI dan didapati sesuai untuk diternak secara komersial. Ini kerana ia mudah dikendali tanpa banyak rawatan oleh sebab daya ketahanan yang tinggi terhadap persekitaran tropika serta serangan penyakit, parasit luaran dan dalaman.
Lembu Brakmas jantan dewasa mempunyai berat badan di antara 450 – 500kg/ekor manakala induk betina adalah seberat 300 – 350kg/ekor. Berat badan purata meningkat sebanyak 0.75 – 1.0kg sehari dalam sistem fidlot dan kecekapan penukaran makanan (FCR) ialah 6.4kg makanan/kg kenaikan badan. Berat lembu jantan berumur 24 tahun sudah mencapai berat badan 300 350kg/ekor.
Sumber Maklumat :
1. Wan Zaki dan rakan – rakan, “Projek Lembu Kacukan Brakmas Secara Integrasi Di Ladang Sawit Satu Pembangunan Teknologi Yang Berpotensi Untuk Berkembang”, Prosiding Confertech 2010 – Persidangan kebangsaan Pemindahan Teknologi 2010, MARDI.
2. Johari Jiken Abdullah, Manual Teknologi Penggandaan Lembu Brakmas Di Ladang Kelapa Sawit, MARDI, 2005.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd