
FGV Agri Services Sdn Bhd
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com
Pada 24 April 2025, Mesyuarat Agung Tahunan MOPNA ke-18 telah berlangsung di Hotel Tenera, Bangi, Selangor. Mesyuarat ini disertai oleh ahli-ahli MOPNA dari seluruh negara. Bilik mesyuarat kelihatan dipenuhi oleh mereka.
Mesyuarat ini dirasmikan oleh Presiden MOPNA Tuan Haji Mohd Damanhuri Bin Mohd Jamli. Beliau menyentuh beberapa perkara berkaitan industri sawit Malaysia khususnya tapak semaian sawit. Katanya program tanama semula sawit memainkan peranan penting dalam meningkatkan prestasi sawit. Kini, jumlah keluasan sawit di Malaysia mencapai 5.6 juta hektar. Jika program tanam semula tahunan dijalankan mengikut rancangan 5%, maka sejumlah 280,000 hektar setahun perlu ditanam semula.
Namun, oleh kerana harga minyak sawit global kekal baik pada tahun-tahun kebelakangan ini, kadar tanam semula hanya mencapai 2%. Sektor pekebun kecil sawit dijangka akan menanam semula 77,000 hektar setahun, bermakna jumlah anak benih sawit bermutu dan tulen yang diperlukan ialah 11,396,000 pokok (77,000 ha x 148 pokok/ha). Ahli MOPNA diharapkan dapat meraih peluang ini dan memenuhi permintaan pekebun kecil sawit tersebut.
Pekebun kecil sawit amnya kurang berminat untuk menyertai program tanam semula dalam masa harga minyak sawit global kekal baik. Apabila harga tersebut merosot, mereka pula kesempitan kewangan untuk menanam semula sawit. Gejala umum ini mungkin perlu ditangani dengan peruntukan subsidi tanam semula mengikut keluasan seperti pernah dilancarkan sebelumnya untuk menggalakkan mereka menanam semula. Namun, tegasnya, ini hanyalah pandangan peribadi beliau.
Seterusnya Tuan Presiden menyentuh mengenai tapak semaian sawit tidak berlesen masih wujud di sektor ini dan menyebabkan nama MOPNA tercemar oleh kerana bahan tanaman ditawarkan mereka kurang menjamin dari segi kualiti. Beliau menyeru supaya ahli-ahli MOPNA memaklumkan kes sebegini kepada MPOB atau MOPNA untuk tindakan susulan diambil.
Masalah kekurangan tenaga pekerja di tapak semaian tetap wujud di sektor ini beserta kos operasi semakin meningkat kelihatan membebankan pengusaha tapak semaian sawit. Perkara ini perlu diambil berat oleh semua pihak berkepentingan.

TK Tani Enterprise Sdn Bhd
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
+6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
inaiutamasb@gmail.com
Menyebut mengenai sumber kewangan dari pekebun kecil sawit yang ingin menanam semula, katanya peruntukan pinjaman seluruhan RM100 juta dari Agro Bank untuk tujuan tanaman semula kelihatan tidak cukup untuk menampung jumlah keluasan tanam semula di samping ada permohonan ditolak ekoran tidak menepati kriteria.
Cabaran semasa dan akan datang untuk MOPNA tetap akan tertumpu pada kawalan kualiti anak benih sawit supaya hanya yang bermutu tinggi dan tulen ditawarkan kepada peladang dan pekebun kecil dalam industri sawit.
Akhirnya beliau mengucapkan syabas kepada sekretariat MOPNA yang telah berjaya mengeluarkan Buletin MOPNA buat julung kali dengan mengkongsikan butir-butir berharga untuk semua ahli MOPNA.
MOPNA kali ini menyediakan 5 (lima) ceramah ringkas kepada semua hadirin. Kelima-lima topik ceramah dan nama penceramah adalah seperti berikut :
- Adjuvax 248 : Agriculture Pesticide Performance oleh Encik Mohd Shazreen Bin A. Malik dari FGV Agri Services Sdn Bhd.
- Maklumat Terkini CoPN oleh Encik Nik Khairol Affendi Mohamad dari MPOB.
- Status Pelesenan dan Penguatkuasaan Terkini oleh Tuan Haji Zamri Mohd Salleh dari MPOB.
- Bayovar Rock Phosphate oleh Encik Zul Kamal Bin Asri dari Union Harvest Sdn Bhd.
- Certified Controlled-Release Fertilizer oleh Encik Selvaraju Kandasamy dari Smart Fert Sdn Bhd & Dr. Halimatul Sa’adiah Binti Abdullah dari MPOB.
Mesyuarat Agung Tahunan MOPNA Ke-18 kemudian dilangsungkan dengan lancarnya. Cenderahati juga disampaikan oleh Tuan Presiden dan Timbalan Presiden Encik Tan Kim Tun kepada semua penceramah sebagai rakaman penghargaan. Mesyuarat tamat pada 5.30 petang, Makanan dan minuman petang juga disediakan.

Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com