You are currently viewing Chimaera Pokok Ditebang Atau Tidak?

Chimaera Pokok Ditebang Atau Tidak?

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Kebiasaan ada 11 jenis anak pokok sawit yang tidak normal untuk ditanam di ladang. Pertumbuhan anak benih ini tidak menunjukkan corak seperti pokok biasa, umpamanya susunan daun yang rapat atau renggang atau menirus menyebabkan pengeluaran hasil terjejas. Chimaera merupakan salah satu gejala yang menandakan pokok tidak normal.

Pokok sawit dengan gejala Chimaera mudah dikesan kerana sebahagian daunnya berwarna kuning cerah. Menurut eksperimen oleh Sime Darby Research Sdn Bhd, hasil tahunan bagi pokok Chimaera untuk 4 tahun kutipan pertama (Mac 2004 – Feb 2009) merosot sebanyak 53.4%. Penurunan hasil ini adalah yang tertinggi di antara kesemua pokok sawit tidak normal.

Penguningan daun tersebut boleh menjangkaui sehingga 90% menyebabkan kemerosotan proses fotosintesis dan mengakibatkan hasil menurun melebihi 50%. Kadang kala gejala Chimaera boleh sembuh bergantung kepada keadaan genetik pokok. Jika daun baru terus menguning maka menandakan kadar pemulihan pokok tidaklah tinggi. Sama ada penanam akan terus menunggu pokok untuk pulih ataupun menyulam dengan pokok baru adalah bergantung kepada penanam. Kajian menunjukkan setiap penyulaman anak benih baru untuk menggantikan pokok tidak normal memakan belanja RM265.00.

Kejadian Chimaera kebanyakan masa adalah disebabkan oleh genetik. Jika terdapat banyak pokok Chimaera di ladang, keadaan ini mungkin disebabkan oleh mutasi debunga semasa penyimpanan (Turner and Gillbanks, 1974). Sebab lain termasuk rawatan biji benih yang kurang munasabah ataupun berlaku masalah semasa pendebungaan dura dan psisfera. Dipercayai juga ada faktor lain yang menyebabkan kejadian Chimaera.

Menurut kajian oleh Tam (1973), ladang sawit komersial kebiasaan mempunyai 0% – 5% pokok sawit tidak normal dengan membawa penurunan hasil sehingga 63%. Bagaimanapun, berikutan kawalan lebih ketat diambil oleh para pengeluar biji benih sawit dan pengusaha tapak semaian, kejadian Chimaera dijangka telah berkurangan secara ketara. Pembelian anak benih daripada sumber tidak sah juga menyebabkan kejadian ini meningkat.

Kajian juga dibuat ke atas kandungan nutrien pokok sawit tidak normal melalui analisis daun. Kaedah ini dijalankan selepas 8 tahun pokok ditanam kemudian menganalisis daun pokok setiap 6 bulan berjumlah 2 kali. Hasil kajian itu mendapati pokok tidak normal tetap mengandungi tahap nutrien yang normal di dalam daun. Keadaan ini menyatakan daya serapan nutrien oleh pokok tidak normal tetap sama dengan pokok normal termasuk juga pokok Chimaera.

 

Sumber maklumat :

1.Mohaimi Mohamed and Shaharudin Bakar, “FFB Yield Reduction of Abnormal Oil Palm”, Proceedings of the PIPOC 2011, MPOB. 2011.

2.P. D. Turner, Oil Palm Diseases and Disorders, Oxford University Press, 1981.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Sila kongsi kepada kawan :