You are currently viewing Limau bali MELOMAS Varieti Baru Untuk Pasaran Sedia Ada Dan Baru (Bahagian 1/2)

Limau bali MELOMAS Varieti Baru Untuk Pasaran Sedia Ada Dan Baru (Bahagian 1/2)


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Limau bali (Citrus maxima (Burm.) Merr. ), sejenis tanaman buah-buahan yang telah diusahakan buat 100 tahun lamanya terutama di Negeri Perak. Namun begitu, kedudukannya masih teguh sehingga kini sebagai buah-buahan yang digemari. Ciri tahan simpan melebihi 4 minggu pada suhu 10°C telah menambah nilai pasarannya kerana peruncit dapat meletaknya di rak jualan untuk jangka masa yang lebih panjang. Limau bali merupakan buah terbesar dalam kumpulan sitrus dan tempat berasalnya adalah Selatan China dan Asia Tenggara (Indonesia, Malaysia dan Thailand).

Buat masa ini, limau bali varieti Tambun manis (PO52) dan Tambun masam yang diusahakan oleh petani di kawasan Tambun, Perak adalah varieti komersial yang lebih dikenali orang ramai dalam negara. Di samping itu, juga terdapat varieti yang dikenali sebagai Shatian (PO51). Varieti yang lebih baru telah diselidiki oleh MARDI sejak tahun 1985 di Kuala Kangsar, Perak dan kejayaannya diistiharkan pada bulan Oktober tahun 1998. Varieti ini dinamakan limau bali Melomas dengan merangkumi ciri-ciri berikut :

•  Bersaiz sederhana (1.0 – 1.5 kg/biji)

•  Bentuk yang agak bulat dan sekata

•  Berkulit nipis, isi merah jambu, bertekstur halus, berjus dan manis

•  Wangi dan tidak rasa pedar selepas dimakan

•  Kulit yang cantik berwarna hijau kekuningan apabila matang

•  Kandungan pepejal larut ialah 10 – 12% dan asid rendah (pH 6.0)

•  Mempunyai anak benih cantuman yang rintang penyakit

Sehingga hari ini, limau bali Melomas mempunyai keluasan tanaman 200 ha yang mana 80% berada di Negeri Perak khususnya di daerah Kuala Kangsar. Perbandingan yang dijalankan antara Melomas dengan Tambun manis dan shatian didapati saiz Melomas mendapat penerimaan terbaik manakala aspek kemanisan & cita rasa, kandungan jus dan kehalusan tekstur adalah setanding antara melomas dengan tambun manis. Perbandingan ini juga menunjukkan Melomas adalah lebih manis, tidak pedar, tekstur lebih halus, kulit lebih nipis dan kandungan asid lebih rendah daripada varieti Shatian.

Bahan Tanaman Melomas

Bahan tanaman terdiri daripada pokok penanti yang dicantum secara baji atau baji sisi. Pokok ini adalah rintang terhadap penyakit Phytophthora: Cleopatra mandarin, Troyer citrange, rangpur lime dan Citrumelo. Pokok penanti yang tumbuh di tapak semaian dipindah ke polibeg berukuran 15 cm x 25 cm apabila berumur 2 bulan. Ketika batang pokok penanti mencapai garispusat 0.5 cm atau sebesar saiz pensil maka ia boleh mula dicantum. Ketinggian cantuman harus berada 30 cm dari aras tanah dan cantuman mengambil masa 3 minggu untuk disempurnakan.


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Cantuman yang berjaya selepas 3 minggu dikumpulkan di kawasan naungan 50% selama 2 – 3 bulan atau sehingga cantuman tersebut telah 2 kali mengeluarkan pucuk. Pada masa inilah ia boleh dipindah tanam ke ladang. Penyiraman air 2 kali sehari dan pembajaan dengan baja NPK 15:15:15 berserta baja foliar, Bayfolan dan NPK 11:8:6 diberi sebulan sekali sebagai baja tambahan. Anak pokok perlu disembur racun serangga (dimethoate) dan racun kulat (kuprum oksiklorida) setiap kali anak pokok mengeluarkan pucuk.

Penyediaan kawasan Tanaman

Kawasan tanaman yang dibajak piring 2 kali dan digembur dengan bajak putar menyediakan struktur tanah yang sesuai untuk kebanyakan tanaman termasuk limau bali Melomas. Dengan menggunakan kayu pancang maka jarak dan baris pokok dapat ditentukan. Jarak tanaman berukuran 10 m x 10 m segiempat (100 pokok/ha) atau segitiga (115 pokok/ha) bersama lubang tanaman 60 x 60 x 60 cm adalah disyorkan. Tanah lapisan atas lubang tanaman harus digaul dengan 10 kg baja organik dan 200g serbuk fosfat (CIRP rock phosphate) dan dimasukkan kembali serta dibiar selama 2 minggu.

Anak benih sebelum dipindah tanam di ladang harus dilasak selama 2 minggu bagi menambah kadar penyesuaian diri terhadap tanah ladang nanti. Anak pokok yang baru ditanam seelok- eloknya ditegakkan dengan kayu penyokong.

Pembajaan

Program pembajaan adalah disyorkan di jadual 1. Baja sebatian digunakan secara menabur di bawah kanopi pokok. Begitu juga dengan baja organik. Baja foliar bayfolan atau Grofas boleh digunakan semasa pucuk muda terbit dari pokok.

 

Sambungan ke :  Limau bali MELOMAS Varieti Baru Untuk Pasaran Sedia Ada Dan Baru (Bahagian 2/2)

 

Sumber maklumat :

Mohd Shamsudin Osman dan rakan-rakan, Manual Teknologi Penanaman Limau Bali Varieti Melomas, MARDI, 2010.


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com