You are currently viewing Penyakit Moko Dan Panama Tanaman Pisang Di Malaysia Serta Kaedah Kawalan

Penyakit Moko Dan Panama Tanaman Pisang Di Malaysia Serta Kaedah Kawalan

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Tanaman pisang merangkumi 15% daripada keseluruhan keluasan tanaman buah-buahan di Malaysia mencatatkan jumlah 28,247 hektar (2017). Negeri pengeluar terbesar ialah Johor, Pahang, Sabah dan Sarawak. 96.7% pengeluran pisang dalam negara adalah untuk kegunaan domestik manakala hanya 3.3% dieksport. Keadaan ini menunjukkan permintaan terhadap buah pisang dalam negara amat tinggi dan justeru itu penanaman adalah digalakkan untuk menampung pasaran domestik dan juga luar negara.

Namun begitu, penanaman pisang dalam negara masih dibelenggui oleh serangan penyakit dan serangga perosak menyebabkan hasil terjejas. Pada kebiasaan, tanaman pisang hanya dapat dijalankan selama 2-3 pusingan sebelum serangan penyakit berlaku. Di tanah yang sudah dijangkiti penyakit, ia tidak sesuai ditanami pisang lagi buat satu jangka masa yang agak panjang. Keadaan ini selanjutnya membawa kesan negatif terhadap kelestarian tanaman ini.

Dari segi penyakit pisang, penyakit Layu Bakteria (penyakit Moko), penyakit Layu Fusarium (Penyakit Panama), Sigatoka Kuning, Sigatoka Hitam dan Bintik Daun Cordana merupakan penyakit utama manakala serangga perosak umumnya terdiri daripada lalat buah, ulat pengorek batang, ulat makan daun dan ulat makan buah. Artikel ini memberi tumpuan pada aspek penyakit Layu Bakteria dan Layu Fusarium kerana penyakit lain serta serangga perosak amnya dapat diurus melalui kawalan
kimia.

Penyakit Layu Bakteria (Penyakit Moko)

Penyakit ini buat kali pertama menyerang kebun pisang di Pontian, Johor pada 16 Mac 2007 selepas satu kejadian banjir besar di negeri tersebut. Penyakit Layu Bakteria disebabkan oleh Ralstonia solanacearum yang dapat hidup dalam tanah selama 2 tahun. Media sebarannya ialah melalui air, tanah, peralatan ladang dan juga makanisasi. Ia juga boleh disebar oleh serangga.

Simptom penyakit Layu Bakteria sering dikelirukan dengan penyakit Layu Fusarium, tetapi kedua-duanya tetap mempunyai perbezaan ketara. Simptom penyakit Layu Bakteria ialah daun lama pokok menukar ke warna kuning kemudian layu dan melendut ke bawah. Daun mudanya akan menukar menjadi hijau cerah kemudian layu. Pokok muda dan sulur pisang yang dijangkiti penyakit ini juga layu, pucuk daun menjadi hitam, menggulung dan tumbesaran terbantut.

Simptom penyakit Layu Bakteria yang lebih ketara adalah berlaku di dalam batang pokok. Apabila batang dibelah dua, bahagian tengah batang kelihatan telah betukar ke warna perang dan apabila bahagian itu direndam di dalam air akan menampilkan lapisan bakteria. Buah pisang juga menjadi rosak kerana bertukar warna dan reput akhirnya.

Penyakit Layu Fusarium (Penyakit Panama)

Penyakit ini disebabkan oleh sejenis fungi tanah bernama Fusarium oxysporium f. Sp. cubense. Fungi ini mampu hidup dalam tanah sehingga 30 tahun. Media sebarannya ialah air, tanah, peralatan ladang dan mekanisasi. Kemasukannya ke dalam batang pokok pisang ialah melalui sistem akar pokok. Simptom penyakit ini dari segi daun mudah dikelirukan dengan simptom penyakit Layu Bakteria kerana pokok dijangkiti sama-sama menunjukkan daun kuning kemudian layu dan melendut. Namun jika dilihat daripada bahagian dalamam batang pokok didapati simptom penyakit ini memang berlainan daripada penyakit Layu Bakteria iaitu kebanyakan tempat dalam batang pokok itu telah bertukar ke warna perang-kemerahan melainkan bahagian tengah batang sahaja yang kelihatan masih normal.

Jika bahagian terjangkit itu direndam di dalam air ia tidak menampilkan sebarang lapisan fungi. Perkara yang penting ialah buah pisang bagi pokok diserangi amnya tiada perubahan warna dan seolah-olah normal. Penyakit layu fusarium juga amnya tidak menyerang pokok pisang muda dan sulur yang kurang daripada 4 bulan tetapi penyakit Layu Bakteria pula menyerang semua peringkat umur pokok pisang.

Kejahanaman Kedua-Dua Penyakit Pisang

Buat masa ini masih tiada penyelesaian berkesan untuk mengawal kedua-dua penyakit Layu Bakteria dan Layu Fusarium. Kedua-dua penyakit ini juga memberi impak paling besar terhadap penanaman pisang dalam negara atas sebab kadar sebarannya amat cepat dan meluas melalui pelbagai media. Bancian oleh Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 2007 menunjukkan masalah penyakit lain dan serangga perosak bukan masalah yang serius tetapi penyakit Layu Fusarium dan Layu Bakteria merebak secara meluas di kebanyakan ladang pisang dalam negara. Bancian tersebut merangkumi negeri Johor mendapati dalam keluasan 3212 ha tanaman pisang itu sebanyak 60.7% diserangi penyakit Layu Bakteria dan 23.5% pula dijangkiti penyakit Layu Fusarium. Dalam statistik tersebut, daerah Batu Pahat dan Pontian paling teruk diserangi penyakit Layu Bakteria masing-masing mencatatkan 650 ha manakala penyakit Layu Fusarium juga paling teruk berlaku di kedua-dua daerah tersebut menjahanamkan 208 dan 209 ha pokok pisang di situ. Daerah lain menunjukkan kadar serangan lebih rendah seperti Kluang, Johor Bahru, Muar dan Kota tinggi. Penyakit Layu Bakteria tidak terdapat di daerah Segamat dalam bancian tersebut.

Penyakit Layu Bakteria mewujudkan serangan paling tinggi ke atas kultivar pisang Awak Abu (100%), Masak Hijau (100%) dan Pisang Abu (100%) tetapi ketiga-tiga kawasan dibanci ini masing-masing merangkumi keluasan 1-2 ha sahaja. Kultivar Nipah dengan keluasan 1457 ha diserangi diikuti oleh Berangan diserangi dalam keluasan 274 ha. Keluasan 130.4 ha Rastali juga diserangi. Pendek kata hampir kesemua 16 kultivar pisang adalah rentan terhadap penyakit Layu Bakteria melainkan kultivar Boyan dengan keluasan 16.4 ha yang bebas daripada serangan penyakit ini.

Bagi penyakit Layu Fusarium pula, pisang Berangan paling teruk diserangi melibatkan keluasan 458 ha diikuti Nipah 178.3 ha, Rastali 33.2 ha, Emas 27.35 ha, Kapas 17.9 ha, Nangka 12.9 ha dan lain-lain lagi sekali gus menyatakan hampir kesemua 16 kultivar rentan terhadap penyakit ini kecuali Awak Abu, Masak Hijau dan Abu yang bebas daripada serangan tetapi keluasan bancian untuk ketiga-tiga kultivar ini hanyalah di antara 1-2 ha sahaja. Banci ini memberi isyarat penting bahawa kelestarian tanaman pisang akan terus terjejas sekiranya tiada langkah diambil untuk menanganinya.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Pengurusan Penyakit

Beberapa langkah telah diambil oleh Jabatan Pertanian Malaysia untuk menangani maslaah jangkitan penyakit ini termasuklah yang berikut :

1. Menggunakan bahan tanaman bebas penyakit khususnya anak benih kultur tisu yang memperoleh tisu daripada induk bebas penyakit.

2. Langkah memantau

3. Penyemakan ladang.

4. Perkhidmatan pengesanan dan penentuan penyakit.

5. Latihan pekebun.

Penjelasan Pengurusan Penyakit

1. Pihak Jabatan akan memastikan hanya bahan tanaman bebas penyakit dibekalkan kepada penanam melalui penyemakan pusat pengeluaran bahan tanaman tersebut termasuk pusat tisu kultur.

2. Semua bahan tanaman diimport mesti mendapat pensijilan bebas penyakit daripada pihak berkuasa.

3. Tapak kekal pengeluaran buah-buahan oleh Jabatan Pertanian Malaysia (TKPM) yang menanam pisang akan dipantau di samping juga melatih penanam menjalankan pantauan sendiri ke atas penyakit tersebut. Jika terdapat simptom penyakit berkenaan, tanaman tersebut hendaklah dihapuskan segera demi mencegah penyebaran ke tempat lain.

4. Pegawai dari Jabatan juga menyediakan perkhidmatan pengesanan dan penentuan penyakit ini kepada penanam melalui kunjungan tetap ke ladang mereka. Tujuannya ialah mengesan penyakit ini dari tahap awal supaya tindakan susulan dapat diambil sebelum kejadian menjadi serius.

5. Latihan diberikan kepada penanam pisang agar mereka faham akan hakikat penyakit ini serta mempraktikkan amalan pertanian baik bagi membendung penyakit ini dari merebak. Dalam sesi latihan ini, pegawai akan menitikberatkan kepentingan penggunaan bahan tanaman bebas penyakit, penjagaan kebersihan pengairan di ladang, memusnahkan pokok berpenyakit dengan kadar segera dan jika dan jika perlu, menjalankan kuarantin ke atas ladang jangkitan untuk mengurangkan pergerakan pekerja, kenderaan serta menjaga kebersihan dan menyah kuman segala peralatan ladang.

Akhirnya tumbesaran pokok pisang juga hendak dipantau selalu supaya pokok tumbuh subur sebagai satu kaedah mengurangkan kejadian penyakit. Hal ini boleh dilakukan melalui penjagaan tanah supaya tidak masam serta memastikan kandungan bahan organik adalah mencukupi di dalamnya. Tanah yang sihat akan memupuk tanaman yang sihat. Penanam juga dinasihatkan supaya mengelakkan penanaman pisang di tanah yang sudah mempunyai sejarah jangkitan penyakit ini sebelumnya kerana fungi fusarium mungkin dapat hidup dalam masa panjang sehingga 30 tahun di dalam tanah.

Sumber Maklumat :

Mokhtarud-din Hussain et al., Status of banana cultivation and disease incidences in Malaysia, Department of Agriculture Malaysia.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Sila kongsi kepada kawan :