You are currently viewing Limau bali MELOMAS Varieti Baru Untuk Pasaran Sedia Ada Dan Baru (Bahagian 2/2)

Limau bali MELOMAS Varieti Baru Untuk Pasaran Sedia Ada Dan Baru (Bahagian 2/2)

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan Teknologi 3/6, Taman Sains Selangor 1, Kota Damansara, 47810, Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my

Website: www.aarsb.com.my

Sambungan dari :  Limau bali MELOMAS Varieti Baru Untuk Pasaran Sedia Ada Dan Baru (Bahagian 1/2)

 

Pengairan

Sistem pengairan harus dilengkapi di ladang sama ada dengan menggunakan pemercik mikro atau titisan. Terutama di musim kering melebihi 1 minggu pengairan harus dijalankan bagi mengelak masalah kekurangan air yang akan menjejaskan hasil dan kualiti buah. Begitu juga selepas pembajaan, pengairan akan mempercepatkan resapan nutrien ke dalam tanah dan bekalan air akan memanjangkan tempoh penuaian. Bagi pokok berumur 1 tahun, keperluan air adalah 4.5 liter/pokok/hari. Pokok berumur 2 tahun pula memerlukan 9.0 liter air/pokok/hari. Begitu seterusnya, iaitu penambahan 4.5 liter/pokok/hari berikutan penambahan umur pokok.

Pangkasan

Seperti pokok cempedak atau tanaman lain yang setara, pokok perlu dipangkas untuk membentuk pokok dalam keadaan optimum yang akan memberi manfaat dalam pengeluaran hasil. Cabang pokok dibiarkan setinggi 1 m dari aras tanah dengan 3 – 4 cabang dibenarkan. Pada tahun pertama, pokok dipangkas untuk membentuk pokok yang seimbang dan mudah diurus kelak. Ini dikenali sebagai pangkasan pembentukan.

Kemudian, pangkasan penjagaan dijalankan dengan memangkas dan membuang tunas air, bekas tangkai buah dan bunga, dahan dan ranting layu atau berpenyakit. Langkah ini bertujuan memperbaiki pengudaraan pada pokok dan menambah sisipan cahaya matahari, justeru, meminimumkan kadar jangkitan penyakit serta serangan serangga perosak.

Seterusnya, pangkasan pengaruhan bunga dijalankan pada masa sebulan sebelum tarikh pembungaan. Selepas pangkasan dibuat, semburan campuran minyak putih 92% bahan aktif (450ml minyak putih dalam setiap 18 liter air) dijalankan seminggu sebelum jangkaan terbitan bunga. Semburan ini dibuat dalam musim kering dan daun-daun tua akan luruh dan selanjutnya memupuk keluaran pucuk baru bersama bunga.

Pembungkusan Buah

Putik buah limau bali Melomas sebesar 4 cm – 8 cm (iaitu sebesar bola golf/bola tennis) dibalut dengan sarung kertas kertas dua lapis untuk mengelakkan serangan perosak serangga. Sebelum dibalut, buah disembur dengan campuran racun kulat (jenis berkuprum) dan racun serangga (malathion atau deltametrin). Hanya sebiji buah sahaja dibenarkan dalam satu sarung kertas dan kemudian disapu atau disembur cat sebagai tanda tarikh penuaian apabila buah matang nanti. Jumlah buah yang perlu dibalut dan juga merupakan jumlah buah akan dituai adalah seperti disyorkan di jadual 2.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Kutipan Hasil

Dari peringkat 50% kelopak bunga gugur sehingga buah masak mengambil masa 5 1/2 bulan. Pada kebiasaan terdapat 3 peringkat kematangan buah pada setiap musim, oleh itu buah dikutip berdasarkan warna pembalut kertas yang telah ditandakan sebelum ini. Buah dipetik dengan cara memotong tangkai 5 cm dari bahu buah kemudian kertas ditanggal, buah disusun rapi di dalam bakul sehingga 3 lapis tanpa menjejaskan tangkai buah yang ada atau tergoris buah-buah yang lain.

Buah kutipan kemudian dihantar ke rumah pembungkusan. Di situ buah dicuci dengan air bersih mengandungi 0.01% klorin (100 bsj) kemudian disusun atas rak untuk tujuan mengeringkannya pada suhu bilik yang mengambil masa 2-3 jam. Bagi buah yang tidak dipasarkan segera, ia boleh disimpan dalam bakul plastik ditutupi dengan suratkhabar dan dimasukkan ke dalam bilik sejuk pada suhu 10°C. Dalam keadaan simpanan ini, buah boleh tahan selama 8 minggu tanpa menjejaskan menjejaskan kualiti dan kesegarannya.

Kos dan Pulangan

Analisis yang dijalankan ke atas ‘model farm’ seluas 10 ha beroperasi 15 tahun menunjukkan bahawa penanaman limau bali Melomas berdaya maju. Dengan berdasarkan jumlah hasil tahunan yang dapat diperolehi seperti mana yang disyorkan di jadual 2 serta pada harga purata ladang RM1.60/kg, didapati pulangan bersih terkumpul selama 15 tahun untuk keluasan 10 ha adalah RM1,982,801.

Sebagai ilustrasi lanjut, hasil jualan buah dengan andaian berat purata buah pada 1.2 kg/biji dan harga ladang tersebut tadi, maka pada tahun ke-4 mendatangkan hasil sejumlah RM155,796. Hasil ini meningkat tahun demi tahun, umpamanya, tahun ke-8 mencatatkan jumlah hasil tahunan RM285,627 dan pada tahu ke-12 pula meningkat kepada RM389,491. Hasil purata antara tahun ke-4 hingga tahun ke-15 adalah RM347,000/tahun, manakala kos operasi untuk tempoh 15 tahun adalah berjumlah RM386,202, Modal penubuhan ialah RM163,984 dan merupakan kos sekali sahaja, justeru keseluruhan kos dalam tempoh 15 tahun ialah RM550,202/10 ha.

Projek 10 ha dalam analisis ini yang menunjukkan pulangan bersih hampir 2 juta ringgit dalam tempoh 15 tahun jika dipuratakan kepada ha/tahun untuk selama 15 tahun akan menunjukkan pulangan bersih purata sebanyak 13,219.00/tahun. Prestasi kewangan menunjukkan nilai kini bersih@10% pada RM582,876, kadar pulangan dalaman pada 26%, tempoh balik modal antara 6 – 7 tahun lepas tanam dan nisbah faedah/kos ialah RM2.00 (bermaksud satu ringgit yang dilaburkan akan mendapat balik 2 ringgit), menyatakan kebolehlangsungan projek tersebut yang mampu mendatangkan pulangan baik kepada pengusaha.

 

Sumber maklumat :

Mohd Shamsudin Osman dan rakan-rakan, Manual Teknologi Penanaman Limau Bali Varieti Melomas, MARDI, 2010.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Sila kongsi kepada kawan :