You are currently viewing Belimbing Menjadi Buah-Buahan Pilihan AS Sebagai Strategi Pelbagaian Tanaman

Belimbing Menjadi Buah-Buahan Pilihan AS Sebagai Strategi Pelbagaian Tanaman

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Florida di Amerika Syarikat (AS) terkenal dengan pengeluaran limau. la merangkumi 44% pengeluaran limau di negara tersebut serta juga hub pengeluaran jus buah-buahan yang penting di negaranya. Florida kini sedang mengkaji untuk menanam belimbing sebagai buah-buahan alternatif kepada tanaman limau dan avocado kerana kedua-dua tanaman ini sedang diancam oleh serangan penyakit secara meluas.

Industri limau di AS kini sedang ‘berperang’ dengan citrus greening disease yang disebarkan oleh kutu Asian Citrus Psyllid. Pokok limau yang dijangkiti penyakit ini akan menghasilkan buah hijau yang cacat serta berperisa pahit sehingga tidak boleh digunakan lagi. Limau yang disebutkan ini termasuklah oren, jika tidak boleh dimakan segar, maka hilanglah langsung nilai pasaran.

Florida juga banyak menanam avocado. Industri ini dianggarkan bernilai USD 50 juta. Avocado di situ juga diancam oleh sejenis penyakit yang dikenali sebagai Laurel Wilt. Beberapa tahun lalu, beribu-ribu pokok avocado sudah mati akibat serangan penyakit ini. Sebab itu, Florida kini sedang giat mencari penyelesaian terhadap masalah ini supaya sara hidup para petani tidak terganggu berikutan serangan yang semakin serius itu. Mempelbagaikan tanaman buah-buahan adalah salah satu alternatif yang ditimbangkan.

Langkah ini kelihatan baik kerana penanaman buah-buahan lain seperti belimbing dapat mengurangkan kebergantungan terhadap limau dan avocado selain juga dapat mengurangkan serangan penyakit di tanah asal. Belimbing dipilih sebagai buah-buahan alternatif kerana ciri-cirinya memenuhi kehendak pihak berkuasa serta pihak berkepentingan di Florida. Ciri-ciri ini termasuk buah belimbing mengandungi jus yang tinggi justeru sangat sesuai untuk industri jus. Lagipun, tanaman ini sesuai terhadap pelbagai jenis tanah dengan kata lain ia kurang cerewet dalam penanamannya.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Namun, belimbing sebenarnya bukan tanaman paling sesuai untuk ditanami di Florida kerana sesetengah tempat bercuaca sejuk sedikit serta kering bagi tanaman ini. Belimbing juga tanpa sebarang risiko serangan perosak, di antaranya lalat buah akan menjadi ancaman utama yang perlu diawasi.

Atas sebab ini, Universiti Antarabangsa Florida telah membuat kajian dalam kultur tanaman ini, antara solusi yang digunakan ialah menanam tumbuhan kekacang bagi memelihara suhu dalam tanah supaya sistem akar belimbing tidak terjejas oleh kesejukan cuaca.

Belimbing kini berada dalam senarai pemilihan Florida juga disebabkan oleh daya rintangan tanaman ini yang agak tinggi terhadap cuaca buruk. Tambahan, hasil buah belimbing juga tinggi jika bekalan air dan pembajaan mencukupi diberikan. Hasil buah sebatang pokok matang mampu menghasil 180kg buah setahun. Ini satu prestasi yang memikat hati mereka.

Belimbing walaupun bukan buah-buahan tradisi di AS, tetapi potensi dan sambutan terhadapnya sudah meningkat saban hari khususnya di Florida Selatan yang mana penduduknya semakin gemar terhadap buah-buahan ini kerana kandungan khasiat yang tinggi, kandungan jus yang banyak serta bentuk buah yang unik. Kesemua ciri ini akan menjadikan tanaman ini bakal wujud sebagai buah-buahan yang penting di AS. Buat masa ini, AS adalah antara 10 pengeluar belimbing yang utama di dunia.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Sila kongsi kepada kawan :