All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com
Website: www.allcosmos.com
Melon, satu famili buah yang berasal dari Cucurbitaceae merangkumi timun, peria, labu dan rockmelon. Di Malaysia, melon yang paling biasa dijumpai selain timun dan peria ialah rockmelon dan honeydew. Muskmelon juga sejenis rockmelon dan di antaranya jenis cataloupe adalah yang paling terkenal. Muskmelon walaupun kulitnya bercorak jaring tetapi ia juga termasuk honeydew yang berkulit licin. Selain itu, melon Persian dan melon Santa Claus juga berisa manis dan agak popular di rantau lain.
Cataloupe wujud dalam dua jenis, satunya dari Amerika Utara (Cucumis melo var. Reticulatus) berkulit yang sememangnya berjaring manakala sejenis lagi ialah baka Eropah (Cucumis melo var. Cantalupensis) berkulit lebih licin sedikit serta buahnya berwarna hijau cetek dan dipisahkan oleh belang-belang hijau tua. Baka melon yang lebih popular di Malaysia adalah jenis Amerika Utara, yang berbeza hanya dari segi warna kulit sahaja. Baka ini sudah pun disebar ke Jepun, selepas pembiakbakaan ia menjelma menjadi baka berkualiti tinggi serta dengan harga premium di pasaran.
Secara amnya, rockmelon dipercayai berasal dari negara Asia Barat atau India. Pada abad ke-15 ia disebarkan ke benua Amerika. Pada hakikat, sejarahnya boleh dirujuk ke zaman lebih silam lagi dan perkara ini menunjukkan buah-buahan ini sebenarnya sudah kuno dalam sejarah pemakanan manusia. Satu persoalan sudah wujud di sini iaitu kenapa buah ini hanya popular di Malaysia pada tahun-tahun kebelakangan ini? Perkara ini rasanya berlaku ekoran daripada kitaran masa yang bersesuaian dengan trend semasa. Bukanlah begitu trend durian pada masa kini yang juga berlaku mengikut arus seumpama ini? Apa bezanya durian pada 20 tahun lalu dengan durian sekarang dari segi kualiti?
Memandangkan rockmelon semakin popular di pasaran serta dianggap sebagai buah premium khasnya dari segi harga, justeru ada baiknya jika kita meninjau beberapa aspek mengenai tabiat tanaman ini terutama dari segi pembungaan dan pendebungaan.
Setiap pokok rockmelon mempunyai bunga jantan dan dwijantina yang tumbuh secara berasingan di atas pokok yang sama. Bunga jantan hanya memiliki stamen dan debunga manakala bunga dwijantina memiliki kedua-dua organ jantan dan betina. Namun, pendebungaan masih perlu bergantung kepada serangga khasnya lebah madu. Angin bukanlah agen pendebungaan yang cekap bagi tanaman ini. Pendebungaan secara manual juga boleh diterima tetapi kecekapannya belum setanding dengan pendebungaan oleh serangga.
Sama seperti tanaman melon lain, 40 hari selepas ditanam, pokok akan mula berbunga. Antara 55 – 60 hari selepas ditanam, 50% pokok sudah mula berbunga. Tempoh musim bunganya merentang lebih kurang 43 hari, bermaksud dalam tempoh ini, bunga baru dapat kelihatan setiap hari.
Bunga jantan tumbuh lebih banyak di atas pokok berbanding bunga dwijantina. Setiap hari, bunga akan berkembang pada 6.00 pagi. Waktu kemekaran bunga jantan lebih awal satu jam daripada bunga dwijantina. Karung debunga akan pecah selepas 15 minit bunga mekar. Setiap bunga hanya berkesan selama 12 jam. Bunga jantan akan menutup pada 6.00 petang kemudian mula layu. Bunga dwijantina menutup lebih lewat satu jam daripada bunga jantan. Sisa bunga yang layu akan kekal di atas pokok selama beberapa hari.
Menurut laporan, pengeluaran bunga jantan adalah lebih banyak daripada bunga dwijantina pada nisbah 6-19 1. Keberkesanan debunga berlangsung sepanjang masa pengembangan bunganya, namun pada 4.00 pm, kecekapannya mencapai tahap optimum kerana percambahannya didapati paling tinggi di masa ini.
Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Satu fakta penting ialah hanya debunga daripada bunga jantan berupaya menjayakan proses pendebungaan dan membentuk putik buah, dengan kata lain, debunga daripada bunga dwijantina tidak akan menghasilkan putik buah dan jika ada pun, buah terhasil itu juga kurang berkualiti. Ini kerana tiub debunga adalah lebih panjang dan faktor ini bermanfaat untuk meningkatkan pembentukan putik buah. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika pokok rockmelon menghasilkan lebih banyak bunga jantan berbanding bunga dwijantina di atas setiap pokok. Keadaan ini juga mendorong peningkatan proses pendebungaan oleh serangga.
Lebah madu Apis cerana dan Apis florea merupakan dua jenis serangga yang paling cekap dalam pendebungaan rockmelon. Ada juga serangga lain mengunjungi bunga tanaman ini tetapi jumlahnya jauh lebih rendah berbanding lebah madu.
Daripada kajian yang dijalankan, didapati pendebungaan manual berjaya menghasilkan 100% putik buah. Bagaimanapun, berat buahnya lebih ringan berbanding pendebungaan secara terbuka. Ini bermaksud pendebungaan oleh serangga lebih cekap kerana menghasilkan buah yang lebih berat. Ini kerana lebih banyak kunjungan telah dilakukan oleh serangga justeru mengoptimumkan proses pendebungaan. Proses pendebungaan yang lebih sempurna, umpamanya, jumlah debunga lebih banyak dibawa ke stigma oleh serangga adalah jawapannya.
Didapati juga untuk membanyakkan kadar pembentukan putik buah, setiap bunga hendaklah dikunjungi 15 – 20 kali oleh serangga. Pencapaian jumlah kunjungan ini akan menghasilkan 10 biji buah di atas setiap pokok. Sebaliknya jika kunjungan tersebut hanya dalam lingkungan 1 – 2 kali, maka tiada putik buah yang akan terbentuk atau hanya memperolehi buah yang kurang berkualiti jika ada.
Kadar pendebungaan rockmelon yang paling tinggi didapati tercapai dalam tempoh masa 4.00 pm- 6.00 pm kerana tempoh ini membawa kejayaan 76.6% berbanding 2.00 pm 4.00 pm yang setakat 60% kejayaan. Lebah madu Apis cerana dan Apis florea masing-masing menyumbang kepada 93.33% dan 83.33% kejayaaan dalam pembentukan putik buah. Justeru itu, menternak lebah madu merupakan satu amalan yang dapat memanfaatkan penanaman rockmelon.
Bahan rujukan :
Revanasidda et al, ‘Floral biology and pollination in Cucumis melo L., a tropical and monoecius cucurbit’, Journal of Asia-Pacific Entomology 22, 2019 (215-225).