Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Seperti dinyatakan selalu, kebanyakan baka durian tidak memperolehi kadar pembentukan buah yang tinggi sesudah pendebungaan diri. Pendebungaan diri dimaksudkan sebagai proses pendebungaan antara bunga betina dan debunga daripada pokok yang sama. Pada hakikat, pendebungaan seumpama ini amnya berjaya di peringkat awal tetapi putik buah tidak dapat mengekal di atas pokok, sebaliknya akan gugur secara pra-matang. Ada juga putik buah yang berjaya membesar ke peringkat matang tetapi banyak buah seperti ini berbentuk cacat atau tidak normal. Pihak Thailand pernah menjalankan eksperimen berkenaan dan memperolehi hasil kajian yang sama seperti disebutkan itu.
Pihak Thailand menggunakan empat baka utama (Monthong, Chanee, Kradum Thong dan Phang Manee) di negaranya dalam eksperimen itu untuk meninjau kadar pembentukan buah. Pendebungaan terbuka didapati hanya memperolehi buah ke peringkat matang di antara 0% – 1.4%. Pendebungaan diri oleh Monthong, Chanee, Phang Manee juga lemah dengan masing-masing menghasilkan buah ke peringkat matang sebanyak 7.7%, 3.6% dan 0% sahaja. Keadaan ini menunjukkan dilema dalam pendebungaan diri oleh tanaman durian.
Namun, apabila debunga daripada lain baka digunakan, umpamanya debunga baka Kradum Thong ke atas bunga betina Monthong, kadar pembentukan buah meningkat ke aras 27.2%. Perkara yang sama berlaku apabila debunga Kradum Thong digunakan ke atas bunga Chanee, kadar pembentukan buah meningkat ke 16.3%. Justeru itu, pihak Thailand menggalak petaninya menggunakan debunga Kradum Thong sebagai sumber untuk mendebungakan pokok durian lain baka melalui pendebungaan berbantu. Di Malaysia, sejak dulu lagi sudah ada penyelidik menjalankan eksperimen ke atas baka D24 untuk meninjau keberkesanan pendebungaan tersebut. Penemuan itu menunjukkan pendebungaan berbantu antara lain baka berjaya memperolehi buah yang lebih besar serta lebih seragam.
Satu penemuan baru telah diperolehi dalam eksperimen itu iaitu pendebungaan diri sebenarnya tidak menghalang tiub debunga bercambah di atas stigma bunga dan kemudian menganjur ke bahagian rahim bunga betina. Namun, selepas 2 – 3 minggu, putik buah akan gugur. Keadaan ini menunjukkan durian mempunyai tabiat ketidakserasian pendebungaan yang bertindak lewat (late-acting self-incompatibility). Sebab-musabab bagi perkara ini belum ada penjelasan kukuh sehingga hari ini. Hanya boleh dikatakan pendebungaan diri telah menyebabkan ketidakserasian berlaku dan mengakibatkan putik buah gugur. Inilah penerangan yang dapat diberikan setakat ini.
Sumber maklumat :
1. Chitose Honsho et al., Marked improvement of fruit set in Thai durian by artificial cross-pollination, Scientia Horticulturae, 2004.
2. Abdul Razak Shaari et al., Some aspects of pollination and fruit set in durian (Durio zibethinus, Murr.) Cultivar D24, (1985).
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com