Simple Farm Sdn Bhd
E-mail : mrbanana@simple-farm.com
Website: www.mrbanana.com.my
Pernahkah menemui tembikai jari? la merupakan sejenis tembikai sangat kecil bersaiz lebih kurang satu jari manusia. Habitat asal bagi tumbuhan ini ialah di benua Amerika dan merupakan tumbuhan liar tetapi semakin popular di kalangan pemain agro pelancongan ekoran potensinya di bidang tersebut. Tembikai jari boleh dimakan segar ataupun dirumus bersama salad dan dimakan.
Rupa bentuk tembikai jari walaupun hampir serupa tembikai, tetapi cita rasa buahnya semacam timun, justeru jangan salah tanggap buah-buahan ini mengikut bentuk buah. Dengan kata lain, menikmati tembikai jari adalah semacam merasai timun kerana bau dan rasa lebih menepati buah timun daripada buah tembikai biasa.
Tembikai jari merupakan tumbuhan liar dan mudah hidup secara menjalar di pagar-pagar justeru ia dianggap sangat berpotensi digunakan sebagai satu tarikan di bidang agro pelancongan. Selain itu ia juga boleh ditanami di kawasan sekolah, bangunan pejabat serta kawasan tinggal khalayak ramai yang mahukan kehijauan kerana tumbuhan ini kuat merebak serta kuat juga menutupi kawasan kosong. Oleh yang demikian, penanaman tumbuhan ini kadangkala turut dijalankan untuk memelihara kelembapan tanah.
Kelebihan tembikai jari bagi kita ialah ia adalah tumbuhan tropika justeru boleh dikultur di alam kita. Keperluan suhu udara adalah di antara 20 – 30°C dan hayat hidup pokok dijangkakan di antara 4 – 5 bulan. Tumbuhan ini gemar kelembapan tetapi tidak tahan menakung air serta sesuai hidup di tanah gembur. Pangkasan tidak perlu dilakukan semasa menanam, baginya menjalar-jalar di pagar atau pelantar yang dibina malahan boleh ditanami dalam pasu dan melihat pertumbuhannya yang canggih menjelang pembungaan.
Tembikai jari lebih elok ditanam di tapak semaian atau trey anak benih berpetak 72 atau 105 sebelum memindah tanam. Apabila berumur 30 hari, anak benih itu layak dipindah tanam ke ladang. Tumbuhan ini peka terhadap suhu udara, jika terlau rendah akan menyebabkan pertumbuhan banyak bunga betina serta kurang bunga jantan. Jarak tanaman adalah elok jika diberikan di antara 40 – 50 cm.
Walaupun tembikai jari menyerupai timun, namun morfologi pokok agak berbeza daripadanya. Pencabangannya adalah kuat sehingga sukar membezakan mana satukah batang dan dahan. Apabila ketinggian pokok mencapai 10 cm, maka ia boleh dididik untuk menjalar ke atas sehingga menutupi keseluruhan bahagian atas pagar atau rangka penyokong.
40 – 50 hari selepas ditanam, pembungaan akan bermula. Bunga jantan dan betina tumbuh secara berasingan dan suhu udara jika terlalu rendah akan menyebabkan bunga jantan tidak menjadi-jadi. Oleh yang demikian, perkara ini hendaklah diambil perhatian. Jika ditanam di kawasan terbuka, maka lebah madu akan membantunya menjalankan pendebungaan silang. Manakala penanaman dalam bilik hijau akan memerlukan bantuan manusia untuk menjalankan pendebungaan berbantu atau menternak lebah madu dalam bilik hijau tersebut untuk tujuan yang sama.
Setiap dua minggu, tanaman ini perlu dibekal baja sekali, lebih elok dijalankan melalui fertigasi bagi membekal air dan baja foliar sekali gus. Rumusan baja yang sesuai ialah 15/15/15. Dari segi kawalan penyakit dan perosak, didapati tumbuhan ini agak kuat dalam merintanginya. Kulapuk berdebu merupakan penyakit utama bagi tumbuhan ini manakala lalat putih adalah perosak utamanya. Kawalan lalat putih hendaklah dijalankan lebih awal sebelum serangan berlaku.
20 hari selepas pendebungaan berjaya, buah tembikai jari boleh dikutip. Setiap pokok mampu memberi hasil buah lebih 100 biji. Buah boleh dipetik berturut-turut, misalnya memetik sekali pada setiap minggu. Pemetikan buah hendaklah dilakukan dengan cepat supaya buah lain boleh membesar selanjutnya dan meningkatkan hasil keseluruhan.
Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd