You are currently viewing Tebu Kuning Digemari Kerana Jusnya Berkualiti

Tebu Kuning Digemari Kerana Jusnya Berkualiti

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Beberapa varieti tebu sedang ditanam sebagai tebu jus, termasuk varieti tebu gula Ragnar. Tebu kuning telah dipilih daripada enam varieti tebu jus yang dikaji di Bukit Selambau dan di Stesen Gajah Mati, Kedah pada tahun 1984.

Pilihan ini berdasarkan ciri-ciri seperti warna yang menarik, cita rasa yang tersendiri, saiz ruas serta diminati ramai. Tebu kuning berpotensi menghasilkan 70.2 tan tebu sehektar jika tanaman ini diurus dengan baik. Kandungan seratnya rendah (7.05%) dan kandungan sukrosnya sederhana (12.78%). Bagi pengguna, ciri kandungan gula secara sederhana memikat hati mereka dan dianggap berkualiti untuk pengeluaran jus.

Tebu kuning adalah jenis tumbuh menegak dan mudah tumbang apabila hampir matang. Tebu ini matang dalam tempoh 7 – 10 bulan selepas ditanam. Kadar percambahan dan pertumbuhan awalnya amat baik. Tebu kuning tidak berbunga walaupun selepas 2 tahun ditanam. Ketinggian pokok boleh mencapai 3 m di bawah penjagaan yang rapi. Sekiranya pokok tebu kuning menghadapi kekurangan air, pokoknya akan “matang” sebelum sampai tempoh matang. Batangnya juga akan menjadi kuning sebelum sampai ketinggian berekonomi. Ruas tebu menjadi pendek dan jus tebu yang dihasilkan kurang manis. Jika tidak dituai, batang tebu akan bertukar daripada kuning ke warna jingga serta lebih berpulur.

Batang tebu kuning muda berwarna hijau dan bertukar ke warna kuning semasa matang. Daun tuanya hendaklah dibuang untuk mengelakkan air hujan atau embun bertakung di celah daun tua yang akan mengakibatkan mata tunas bercambah. Keadaan ini akan menyebabkan pertumbuhan menegak terbantut.

Tebu kuning rentan terhadap serangan beberapa jenis penyakit termasuklah penyakit bulir hitam yang disebabkan oleh kulat Ustilago scitaminea, karat daun yang disebabkan oleh kulat Puccinia kuehnii Btl. Dan penyakit bakar daun yang disebabkan oleh kulat Stagonospora sacchari. Kulit batangnya yang lembut amat disukai oleh ulat pengorek batang seperti Proceras sacchariphagus, Eucosma isogramma dan Sesamia inferens.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Tebu kuning dituai bersama-sama dengan akarnya dan dipasarkan terus. Tebu yang bermutu mempunyai ruas yang panjang dan besar serta dapat menghasilkan banyak jus dengan kemanisan sederhana. Tebu kuning dapat menghasilkan 1.54 liter jus daripada 5kg tebu. Kulit tebu kuning adalah lembut dan ini amat sesuai untuk pemerahan jus secara kecilan dan juga sebagai tebu kunyah.

Perlu diambil perhatian bahawa tebu kuning induk sahaja yang memberi hasil menggalakkan, manakala ratun tidak disyorkan untuk ditanam kerana hasilnya tidak ekonomi. Di samping itu, penanaman tebu kuning memerlukan penjagaan yang lebih rapi daripada tebu gula. Tebu kuning juga tidak tahan terhadap kekurangan air justeru pengairan sangat penting untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

 

 

Sumber maklumat :

R. Siti Zainab dan B. Baharuddin, “Tebu Kuning-Varieti Tebu Jus”, Teknologi Pelbagai Tanaman, MARDI, 1994.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Hextar Fert Sdn. Bhd.
No. 64, Jalan Bayu Laut 4/KS09, Kota Bayuemas, 41200 Klang, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
Tel: +603 3003 3333
Fax: +603 3003 3336

Website: www.hextar.com

Sila kongsi kepada kawan :