Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Dalam suasana penanaman yang sesuai, pemilihan anak pokok kelapa yang sihat dan cergas adalah asas kejayaan. Apabila anak pokok kelapa yang cergas memasuki peringkat kematangan, ia akan memberi hasil buah dan kopra yang tinggi. Namun begitu, aspek ini hanya dapat diketahui selepas pokok matang. Sekiranya tertanam baka yang kurang berkualiti, penanam akan mengalami kerugian yang besar untuk berpuluh-puluh tahun. Oleh yang demikian, pemilihan anak pokok yang betul-betul berkualiti tinggi amat penting. Lagi pun, kelapa mengeluarkan hasil selepas pendebungaan silang, oleh itu di kawasan terbuka, buah kelapa mungkin sudah tercemar oleh baka kurang berkualiti sehingga meningkatkan risiko penanaman sekiranya bahan tanaman tersebut digunakan.
Oleh yang demikian, anak pokok kelapa perlu melalui proses penakaian beberapa kali sebelum bahan tanaman berkualiti tinggi dapat ditentukan tidak kira F1 atau F2. Di Malaysia, bahan tanaman F1 agak sukar untuk diperolehi melainkan penanam sudi menunggu masa yang agak panjang. Oleh itu, penanam terpaksa menggunakan kelapa F2 untuk ditanam. Sesungguhnya F2 adalah bahan tanaman yang kurang berkualiti jika dibandingkan dengan F1 yang tulen. Namun begitu, melalui langkah pemilihan yang ketat, F2 juga boleh digunakan sebagai bahan tanaman. F2 (generasi kedua) adalah buah kelapa yang dikutip dari bawah pokok kelapa ataupun buah kelapa yang dituai daripada pokok dalam kawasan terbuka.
Kriteria pemilihan kelapa F2 adalah seperti berikut :
1. Pokok induk kelapa (seed garden) untuk tujuan pengeluaran bahan tanaman F2 mestilah pokok kelapa yang berhasil tinggi dengan jumlah pengeluaran hasil melebihi 80 biji setahun (kawasan bergantung pada hujan). Pengeluaran kopra tidak kurang daripada 150 g/biji. Di kawasan yang mempunyai sistem pengairan, hasil pengeluaran tahunan ialah 120 biji. Pokok mesti sihat dan bebas penyakit.
2. Pokok induk mesti berada di peringkat umur yang mengeluarkan hasil tinggi serta memiliki rekod 4 tahun pengeluaran hasil yang tinggi.
3. Pokok induk melebihi umur 60 tahun ataupun daripada pokok kurang berhasil atau mempunyai kadar guguran kelapa belum masak yang tinggi tidak boleh digunakan.
4. Kelapa mesti sudah masak (lebih kurang berumur 12 bulan) baru boleh dipetik. Saiz buah yang tidak normal sama ada terlalu besar atau terlalu kecil juga tidak boleh digunakan.
5. Buah kelapa yang dipilih mesti dikultur dalam tapak semaian mengikut prosedur standard.
6. Anak pokok yang kurang sihat hendaklah dibuang.
7. Memilih anak pokok yang mengeluarkan pucuk dengan lebih awal serta mempunyai 6-8 helai daun di peringkat umur satu tahun. Ukur lilit leher anak pokok hendaklah mencapai 10 cm. Anak pokok yang mencabang lebih awal umumnya berhasil tinggi serta berhasil lebih awal justeru anak pokok seumpama ini mesti dipilih. Kebiasaan, 60 – 65% buah kelapa diperolehi daripada seed garden ini adalah bahan tanaman normal yang boleh digunakan.
Rujukan :
R. Dhanapal et al., “Improved Production Technologies for Higher Productivity”, Improving Productivity and Profitability in Coconut Farming, Editors, George V. Thomas et al., in Proceedings International Conference Coconut Biodiversity for Prosperity, 2010.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com