Palm King Marketing Sdn Bhd
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd
Website: www.klspalmking.com
Penanam durian bertujuan mendapatkan hasil buah. Inilah motif penanaman durian. Justeru itu, kitaran pengeluaran hasil yang dimaksudkan sebagai pertumbuhan vegetatif dan pengeluaran hasil perlu diolah supaya dapat mengeluarkan hasil buah yang diingini. Apabila buah sudah gugur kesemuanya, maka kitaran itu dikira sudah lengkap. Kitaran pembuahan akan bermula seterusnya.
Dalam manipulasi kitaran pengelauran hasil durian, aspek tumbesaran pokok, pembungaan dan pembuahan supaya menghasilkan kualiti buah yang dikehendaki amat penting. Prosedur ini juga termasuk bagaimana mengolah pembuahan supaya matang lebih awal untuk memperolehi harga hasil buah yang lebih tinggi. Kesemua prosedur ini termasuklah pangkasan pokok, pengairan, pembajaan, kawalan perosak dan penyakit, penjarangan bunga, pendebungaan berbantu, penjarangan putik buah, kawalan pertumbuhan pucuk baru semasa pembuahan dan kiraan jumlah hasil yang boleh diperolehi.
Teknik yang dibentangkan di sini sebahagian besar berasal daripada kajian dari pihak Thailand kerana negara itu sudah menceburi penyelidikan mengenai durian lebih awal daripada Malaysia. Walaupun durian bukan berasal dari Thailand tetapi dibawa masuk ke situ dari Timur Selatan Myanmar pada tahun 1787 serta dibawa masuk ke Thailand Selatan dari Malaysia, namun oleh kerana penduduknya telah lama mengusahakan tanama ini sehingga menjadi negara pengeksport durian terbesar di dunia, maka tahap penyelidikan di bidang ini bukan sahaja lebih tinggi malahan juga lebih lengkap.
Secara amnya, satu kitaran pengeluaran buah durian merangkumi 7 peringkat seperti ditunjukkan di rajah berikut:
1. Peringkat buah matang-kutipan hasil-lepas tuai
2. Peringkat Pengeluaran pucuk baru
3. Peringkat penyediaan pembungaan
4. Peringkat pengumpulan makanan
5. Peringkat inisiasi bunga
6. Peringkat pembungaan dan putik buah
7. Peringkat pembesaran buah
1. Peringkat Buah Matang-Kutipan Hasil-Lepas Tuai
Bergantung kepada kaltivar durian yang ditanam, buah akan matang dan gugur pada 3 – 5 bulan selepas pembungaan bermula. Di Thailand, Buah dipetik dari pokok sebelum matang sepenuhnya. Di Malaysia, Indonesia dan Filipina, buah matang akan gugur dengan sendiri. Buah akan habis gugur dalam masa lebih kurang 10 minggu mengikut corak tertentu iaitu pengguguran yang sedikit dalam minggu pertama, kemudian gugur dengan banyak pada minggu kedua dan ketiga. Selepas itu pengguguran buah menjadi berkurangan sehingga ke peringkat akhir.
Selepas tamat kutipan hasil, pokok durian hendaklah diberikan baja 16/16/16 dan tahi lembu dengan kadar segera untuk menguatkan pokok. Dahan yang rosak, layu dan berpenyakit hendaklah dipangkas untuk memupuk pengeluaran pucuk baru.
a. Kutipan Hasil
• Buah durian dibiarkan gugur dengan sendiri apabila sudah masak.
• Buah tidak harus dibiarkan gugur ke permukaan tanah supaya tidak menjadi kotor, menyentuhi bahan tercemar seperti sisa bahan kimia atau dijangkiti penyakit tanah.
• Menyimpan rekod berkenaan hasil yang dikuitp seperti kuantiti dan harga pasaran.
• Mengenal pasti pokok yang berhasil tinggi dan pokok yang kurang berhasil untuk tindakan diambil selanjutnya.
·
Dengan kata lain, selepas sahaja kutipan hasil buah, pokok hendaklah diberikan baja NPK yang seimbang dengan secukupnya serta diikuti dengan pangkasan pokok.
b. Pangkasan
• Semua dahan pokok hendaklah dikemaskan melalui pangkasan.
• Semua dahan atau cabang pokok berpenyakit hendaklah dipangkas.
• Bahagian hujung pada dahan yang dipangkas hendaklah disapu dengan copper oxide bagi melindungi bahagian itu daripada serangan penyakit.
c. Pembajaan
(Rumusan baja yang ditulis dalam bahagian ini hanyalah untuk rujukan am sahaja.
• Selepas pangkasan dahan pokok, dicadangkan membaja dengan menggunakan rumusan 15/15/15, 16/16/16 atau 20/20/20.
• Kadar pembajaan (biasanya 2-3 kg/pokok) adalah mengikut kecergasan pokok.
• Membaja di lokasi bawah hujung kanopi pokok.
• Membaja dengan baja organik pada kadar 10-20 kg/pokok bergantung pada saiz pokok. Menggunakan baja foliar atau (baja ekspres) terhadap buah belum matang yang terdapat di atas pokok.
• Semak tanah untuk mengesan gejala jangkitan phytophthera dan anai-anai.
d. Menjaga Kebersihan Ladang
• Membakar segala dahan yang mati dan layu yang ada di permukaan tanah.
• Tanam atau bakar segala buah yang reput. Mengalirkan air jika terdapat air bertakung di ladang.
• Memperbaiki sistem pengairan di ladang jika perlu.
• Merumput.
(Berikut adalah baja foliar yang dapat memberi kesan ekspres supaya buah belum matang yang berada di atas pokok dapat dipercepatkan kematangan).
Formula Ekspres 1
• Glucose sugar – 600 g
• Humic acid – 20 cc
• Semburan foliar 1:2:1-60 g
• Air – 20 liter
Formula Ekspres 2
• Malt sugar – 20 cc
• Humic acid – 20 cc
• Semburan foliar 15:30:15 – 60 g
• Air 20 liter
2. Peringkat Pengeluaran Pucuk Baru
Selepas kutipan hasil buah, pokok kebiasaan akan mengeluarkan pucuk baru. Sekiranya didapati pengeluaran pucuk baru adalah lemah atau pengeluaran hasil sebelumnya adalah tinggi, maka baja nitrogen perlu ditokok tambah melalui pembajaan di tanah dan juga dengan semburan baja foliar. Pengairan di masa ini juga penting untuk memupuk kesihatan pokok. Di Thailand, ramai penanam durian menggunakan pengairan paip atau renjisan untuk penyampaian air dan juga nutrien kepada pokok mereka.
• Membaja dengan baja nitrogen untuk merangsang pengeluaran pucuk baru.
• Gunakan baja mengandungi Nitrogen (N) yang tinggi seperti 15:0:0 atau 46:0:0 pada kadar 40-50 g/20 liter air. Ini dilakukan melalui sistem pengairan yang ada di ladang.
• Menambah zat makanan tumbuhan atau baja ekspres yang lain bagi merangsangkan lagi pengeluaran pucuk baru.
• Semak tanah untuk mengesan sebarang tanda jangkitan phytophtera dan anai-anai. Langkah hendaklah diambil segera sekiranya terdapat kesan serangan.
• Pokok perlu disiram air sekiranya cuaca sangat panas.
Simple Farm Sdn Bhd
E-mail : mrbanana@simple-farm.com
Website: www.mrbanana.com.my
Formula ekspres 1
• Glucose sugar – 600 g
• Humid acid – 20 cc
• Semburan foliar 1:2:1-60 g
Formula ekspres 2
• Malt sugar – 20 cc
• Humuc acid – 20 cc
• Semburan foliar 15:30:15 – 60 g
• Air – 20 liter
3. Peringkat Penyediaan Pembungaan
Dua bulan sebelum pembungaan, pembajaan dijalankan untuk memupuk daun muda menjadi matang, mengelak pucuk baru keluar semasa pembungaan serta memperkasakan inisiasi bunga. Di masa ini, baja yang digunakan hendaklah mengandungi fosforus (P) dan kalium (K) yang tinggi serta dengan nitrogen (N) yang rendah. Selain menjalankan pembajaan di atas tanah, baja foliar yang hanya dengan kandungan fosforus dan kalium yang tinggi tanpa nitrogen hendaklah disemburi pada pokok. Boron juga perlu disemburi. Musim kering yang tiba selepas penghabisan pembentukan pucuk baru di peringkat masa ini akan dapat menghadkan pertumbuhan vegetaif pokok. Bagaimanapun, pengairan secukupnya hendaklah diberikan untuk memperkasakan inisiasi bunga. Langkah-langkahnya adalah seperti berikut :
• Membaja untuk menggalak pembungaan.
• Gunakan baja mengandungi fosforus (P) dan kalium (K) yang tinggi, rumusan seperti 9/24/24, 8/24/24 atau 12/24/12 adalah dicadangkan.
• Membaja pada kadar 2-5 kg/pokok bergantung pada kecergasan pokok.
• Memangkas dahan yang cacat daripada pokok.
• Semak pokok untuk mengesan tanda serangan kumbang pengorek batang pokok.
• Merumput secara manual atau mekanikal tanpa menggunakan racun kimia.
4. Peringkat Pengumpulan Makanan
• Mengawal pengambilan air oleh pokok.
• Semak dan kawal serangan labah merah (red mites) atau kumbang.
• Jika terdapat bunga tumbuh berlebihan, maka bunga di hujung dahan hendaklah dibuangkan.
5. Peringkat Inisiasi Bunga
• Bunga berlebihan di atas pokok hendaklah dipangkas.
• Hanya bunga yang sama umur dikekalkan di atas pokok, bunga yang tidak sama umur dipangkas.
• Apabila bunga sudah mencapai saiz seperti telur ikan, pengairan hendaklah ditingkatkan.
• Mengurangkan pengairan apabila bunga mekar.
• Jika angin kencang bertiup, maka pengairan hendaklah diteruskan.
• Semak dan kawal labah merah, sembur air untuk meningkatkan kelembapan udara bagi mengawal labah merah.
• Gunakan racun kimia seperti propagyte atau jenama lain yang seusia jika serangan labah merah adalah serius.
6. Peringkat Pembungaan dan Putik Buah
• Mengurangkan kadar pengairan kepada 1/3 kadar normal untuk selama 7-10 hari sebelum bunga mengembang (mekar).
• Selepas itu meningkatkan kembali kadar pengairan untuk memupuk kadar pembentukan buah.
• Melakukan pendebungaan manual jika perlu.
• Semak dan kawal bunga reput atau debunga yang menjadi kering.
• Menyimpan rekod mengenai tarikh pembungaan untuk menganggarkan tarikh kutipan hasil akan datang.
• Putik buah di hujung dahan hendaklah dipangkas.
7. Peringkat Pembesaran Buah
Untuk meningkatkan kualiti buah di peringkat masa ini, baja hendaklah ditabur di atas tanah mengikut nisbah 1:1:1.5 serta semburan baja foliar yang mengandungi kalium yang tinggi.
• Meningkatkan kadar pengairan sebanyak 10% daripada kadar normal.
• Memangkas buah yang terlalu kecil atau buah yang bentuknya cacat.
• Jika angin kencang bertiup atau cuaca kering wujud di peringkat masa ini, maka kadar pengairan hendaklah ditingkatkan.
• Pembajaan dijalankan bagi memupuk pembesaran buah dan daun.
• Pembajaan mengikut rumusan 12/12/17/2 atau 4/16/24 pada kadar 2-3 kg/pokok selepas 60 hari bunga mengembang.
• Membaja dengan potassium sulphate 50% pada kadar 0.5 kg/pokok pada 30 – 45 hari sebelum buah masak.
• Membaja dengan baja foliar ekspres terhadap daun yang kurang elok dengan glucose sugar, humic acid atau dengan semburan foliar bernisbah 1:2:1 atau rumusan 15/30/15.
Akhir kata, inilah cara dan langkah yang dicadangkan untuk memperkasakan pengeluaran buah durian dalam kitarannya.
Sumber maklumat :
Durian Info, maklumat laman web.