You are currently viewing Pembajaan Tanaman Pisang Ke arah Pengeluaran Hasil Lumayan

Pembajaan Tanaman Pisang Ke arah Pengeluaran Hasil Lumayan

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Palm King Marketing Sdn Bhd
No 40, Jalan Hasta 1, Kawasan Perusahaan Batu 12, 42500 Telok Panglima Garang, Selangor, Malaysia
Tel: +603-3191 6535
Email: info@klspalmking.com
Facebook: Palm King Marketing Sdn Bhd

Website: www.klspalmking.com

Tanaman pisang memerlukan pembajaan bertepatan dengan peringkat tumbesaran supaya hasil menggalakkan boleh diperolehi. Dalam keadaan ini, baja hijau dalam bentuk 15/15/15 atau setimpal ditabur di bawah pokok pada bulan pertama selepas menanam. Kadarnya ialah 450g/pokok. Kemudian pada bulan ketiga dan seterusnya, baja biru dengan rumusan 12/12/17/2 pula digunakan ke atas setiap pokok dengan dos yang sama. Seterusnya bulan ke-lima hingga keenam, baja biru tersebut diteruskan pada kadar 500 – 600g/pokok.

Adalah digalakkan supaya pembajaan dijalankan secara berperingkat iaitu 3 – 4 kali setahun untuk mengurangkan pembaziran melalui larut lesap. Aplikasi baja adalah mengikut peringkat pertumbuhan. Bagi pokok dewasa, baja ditabur di sekeliling pokok berjarak 1m dari pangkal pokok. Bagi pokok ratun pula, baja boleh ditabur di antara barisan pokok kerana keseluruhan permukaan tanah akan dipenuhi dengan akar. Bagi tanah curam, baja lebih baik ditanam ke dalam tanah bagi mengurangkan kadar larut-lesap.

Spektrum penerimaan nilai pH tanah agak besar bagi tanaman pisang iaitu di antara 3.5 – 9.0. Namun untuk mendapat hasil menggalakkan, nilai pH di antara 5.5 – 8.0 adalah digalakkan. Pada pH rendah, tanaman pisang mudah dijangkiti penyakit layu Panama. Bagi meningkatkan pH tanah, kapur seperti batu kapur magnesium hancur boleh digunakan.

Dalam keadaan tertentu, daun tanaman pisang mungkin menampil gejala-gejala khasnya pertukaran warna akibat kekurangan nutrien. Pekebun hendaklah berupaya mengesan apakah nutrien yang kurang supaya merawatnya segera dengan baja. Beberapa simptom boleh dikenal pasti melalui tinjauan ke atas daun pokok.

Bagi pokok yang kekurangan nitrogen (N), pokoknya akan terbantut, daunnya kecil dan berwarna hijau pucat. Tangkai daun pendek dan kurus. Pengeluaran sulur terhad. Persaingan dengan rumpai boleh mengaruh kekurangan N. Pada hakikat, N sangat diperlukan bagi mendapat pertumbuhan yang elok. Pokok kekurangan nittogen ini boleh dirawat dengan penaburan baja ammonium nitrat, ammonium sulfat atau urea pada kadar 300 – 450 kg/ha setahun.

Pokok kekurangan fosforus (P) pula akan memperlihatkan pokok yang juga membantut kerana pengeluaran daun yang kurang. Mula-mula daun menjadi hijau tua kemudian kekuningan diikuti dengan nekrosis. Jika kandungan fosforus terlalu rendah, pertumbuhan awal akan terhenti beberapa minggu selepas ditanam dan akan mati kemudiannya. Kaedah rawatan bagi simptom ini ialah gunakan unsur P daripada super fosfat atau CIRP sekurang-kurangnya 100 kg/ha setahun.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Kekurangan kalium akan menyebabkan kadar pertumbuhan pokok terjejas. Daun lebih kecil daripada biasa. Daun hijau akan menjadi kuning bermula dari hujung daun dan merebak ke pangkal. Warnanya kuning dan akan kelihatan seperti terbakar yang merebak hingga daun menjadi kering. Daun keringnya biasanya berdiri tegak. Gunakan MOP atau kalium sulfat pada kadar 500 – 600 kg K20/ha setahun untuk memperolehi hasil yang baik.

Kekurangan magnesium (Mg) akan menjadikan daun lama kelihatan pucat dan kuning bermula dari tepi daun hingga ke bahagian tengah daun. Di bahagian tangkai daun terdapat tanda ungu kehitaman yang jelas. Gunakan kieserite pada kadar 25 50g Mg0/pokok/tahun untuk merawat gejala ini.

Akhirnya kekurangan kalsium (Ca) dapat dikesan melalui urat daun mula menjadi tebal terutama berhampiran dengan tulang (midrid) daun dan kemudian terdapat kekuningan atas urat di bahagian tepi daun. Gunakan batu kapur magnesium hancur pada kadar 3 tan/ha untuk menambah kalsium dalam tanah agar simptom ini boleh pulih ke tahap normal.

Cadangan pembajaan di atas ini sesuai untuk tanaman pisang mas. Bagi jenis pisang yang menghasilkan buah yang lebih besar seperti pisang Cavendish, kadar aplikasi baja hendaklah dilaraskan mengikut keadaan memandangkan saiz buah pisang mas lebih kecil justeru dipercayai keperluan baja mungkin lebih rendah sedikit berbanding pisang bersaiz besar.

 

Sumber maklumat :

Ramlah Mohamad dan Rukayah Aman (Penyunting), Panduan Penanaman Pisang Mas, MARDI, 1992.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Simple Farm Sdn Bhd
Tel : 011-10709708 / 012-7699702
E-mail : mrbanana@simple-farm.com

Website: www.mrbanana.com.my

Sila kongsi kepada kawan :