You are currently viewing Memilih Dan Mengenal Pasti Sulur Pisang Supaya Tidak Tersalah Menanam

Memilih Dan Mengenal Pasti Sulur Pisang Supaya Tidak Tersalah Menanam

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Tanaman pisang mengekalkan kesinambungannya melalui penghasilan sulur-sulur. Menurut sumber, serumpun pisang mampu menjana 5 – 20 sulur. Sehingga hari ini, masih ramai pekebun menggunakan sulur di bawah pokok induk untuk dijadikan bahan tanaman. Langkah ini dapat menjimat daripada membeli anak benih dari luar. Sungguhpun begitu, sulur mungkin berisiko membawa penyakit tanaman, justeru ramai pekebun kini menggunakan bahan tanaman kultur tisu kerana ia lebih selamat daripada jangkitan penyakit.

Bukan semua sulur boleh diguna pakai. Sulur pisang tergolong kepada sulur air, sulur pedang, sulur dara dan sulur mini mengikut morfologinya. Umumnya pekebun hanya mengekalkan sulur pedang di bawah pokok dan sulur selebihnya disingkirkan. Sulur pedang tumbuh terus daripada akar utama pokok induk justeru mendapat agihan sumber makanan yang lebih sempurna serta berpotensi membesar dengan baik. Sistem akarnya juga lebih sihat dan besar, oleh itu lebih berpotensi berbuah dengan canggih. Sulur pedang tumbuh berdekatan dengan pokok induk, namun pengembangan daunnya hanya mencapai tahap lebih sempurna selepas mencapai ketinggian tertentu. Tidak seperti sulur air yang awal-awal sudah tumbuh canggih dengan daun yang besar dan sempurna. Pekebun baru mudah terkeliru oleh sulur air dan memilihnya sebagai bahan tanaman kerana corak pertumbuhannya lebih canggih daripada sulur pedang.

Sulur air tidak tumbuh daripada akar utama pokok induk, sebaliknya dihasilkan oleh akar sekunder justeru prestasi tumbesaran dan pengeluaran hasil waktu matang amnya lebih rendah berbanding sulur pedang. Sistem akar sulur air juga kelihatan lebih kecil dan lemah. Kenapa kadar tumbesaran sulur air di peringkat awal ini kelihatan lebih baik daripada sulur pedang ? Tiada jawapan diperolehi mengenai hal ini.

Sulur air juga boleh mengeluarkan hasil malahan tempoh matangnya juga lebih cepat berbanding sulur pedang. Malangnya sulur air tidak mampu berhasil setaraf dengan sulur pedang. Kualiti pisang yang dihasilkan juga lebih rendah. Dengan kata lain, hasil dan kualiti buahnya lemah secara ketara berbanding sulur pedang. Oleh yang demikian, pemilihan sulur air sebagai bahan tanaman adalah tidak tepat.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Sulur dara (maiden sucker) adalah sulur yang akan membentuk pokok pisang tetapi pokok ini tidak akan berbuah. Corak tumbesarannya serupa dengan pokok biasa, cuma tidak berbuah. Maka itu, pokok pisang yang tidak berbuah amnya diberikan gelaran ini. Sulur mini pula merupakan sulur terbantut dengan saiz pokok sering dalam keadaan sebegitu sahaja. Pokoknya kerdil malahan daunnya juga tidak mengembang. Saiz sulur mini kadangkala akan mengekal dalam peringkat “baby” tanpa gejala membesar. Bagaimanapun, sulur mini juga mungkin akan tumbuh menjadi sulur pedang bergantung kepada keadaan.

Potensi pertumbuhan sulur dari pokok induk adalah bergantung kepada kesuburan pokok induk. Biasanya tunas sulur akan wujud di bahagian sistem akar pokok induk. Apabila tunas ini mendapat agihan sumber makanan yang mencukupi dari pokok induk, sulur akan terbit. Mengikut sumber, hanya 6 – 40% tunas sulur akan berjaya membentuk sulur bergantung kepada kedapatan nutrien secukupnya serta juga bergantung kepada topografi. Kononnya bilangan sulur bagi pokok induk adalah lebih rendah di kawasan tanah tinggi berbanding tanah rendah. Pengurusan sulur adalah penting bagi menjamin hasil yang lebih menggalakkan.

 

Sumber maklumat :

ProMusa, improving the understanding of banana.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Sila kongsi kepada kawan :