You are currently viewing Perihal Pembajaan Tanaman Durian

Perihal Pembajaan Tanaman Durian

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Keperluan nutrien untuk tanaman durian pernah dikaji oleh para penyelidik. Kanapathy (1976) melaporkan bahawa anak pokok durian tidak memerlukan baja yang banyak, namun ini tidak bermakna nutrien asas tidak diperlukan untuk pertumbuhan. Menurut laporan Ding (1988), ada kala sebanyak 15% anak benih durian di tapak semaian menunjukkan gejala kekurangan nutrien khususnya magnesium, manganese dan kuprum.

Daripada kajian Chiow (1976), anak pokok durian walaupun tidak dibaja, saiz batang pokok juga tidak jauh berbeza dengan saiz batang anak pokok yang telah diberikan baja. Menurut kajian pembajaan terhadap 4 baka durian, didapati pokok yang telah dibaja menghasilkan buah durian lebih berat sehingga 4 kali ganda berbanding buah daripada pokok yang tidak dibajakan. Daripada sini, jelas kelihatan bahawa pembajaan adalah penting untuk meningkatkan saiz buah durian.

 

Watson (1984) pula menyatakan penggunaan baja organik bersifat tinja haiwan mungkin akan meningkatkan kadar penyakit kanker yang disebabkan oleh serangan kulat P. Palmivora. Fokus pembajaan untuk tanaman ini juga berbeza antara penggunaan baja seimbang sehingga penggunaan baja berkandungan nitrogen tinggi atau berkandungan kalium yang tinggi. Kanapathy (1976) menyarankan penggunaan baja sebatian 18/11/5/2.5 untuk 5 tahun pertama selepas anak pokok dipindah tanam di ladang, kemudian digantikan dengan rumusan baja 13/9/15/3 atau 12/6/22/3 pada tahun-tahun berikutnya. Bagaimanapun, Mohamad Idris (1987) mencadangkan penggunaan baja 15/15/15 sebanyak 3 pusingan setahun sehingga pokok berumur 5 – 6 tahun kemudian digantikan dengan baja berkandungan kalium yang tinggi. Woller dan Idsava (1981) pula menekankan kepentingan baja seimbang untuk tanaman durian dengan mencadangkan pembajaan rumusan 13/13/13 pada tahun pertama selepas pindah tanam di ladang dengan kadar 0.5kg/pokok kemudian meningkat kepada 1.5kg/pokok pada tahun ke-2 dan ke-3. Pada tahun ke-4 dan ke-5 pula, baja berkandungan fosforus tinggi (12/24/12) pada kadar 2kg/pokok digunakan. Jika melihat keadaan penanaman durian di Thailand yang biasa menggunakan kaedah pembajaan titisan, NPK pada nisbah 1:1:1 telah diamalkan di peringkat pembungaan, 2:1:2 di peringkat kutipan hasil kemudian 1:1:1 pada masa 4 bulan selepas kutipan hasil.


Keberkesanan baja terhadap pokok durian selain dinilai melalui tumbesaran dan pengeluaran hasil, ia juga dinilai melalui pengambilan oleh tanaman durian dengan cara menganalisis kandungan nutrien di dalam buah durian. Ng dan Thamboo (1967) pernah menjalankan kajian seperti ini. Menurutnya, kuantiti durian 6720kg yang diperolehi daripada keluasan tanaman satu hektar itu, nilai kandungan nitrogen (16.1kg), fosforus (2.72kg), kalium (27.9kg), kalsium (1.99kg) dan magnesium (3.26kg) telah disimpulkan. Kandungan nutrien ini telah diambil oleh tanaman daripada tanah dan akan diangkut keluar bersama kutipan hasil buah durian. Daripada perangkaan ini, adalah jelas bahawa kandungan nitrogen dan kalium adalah tertinggi berbanding dengan nutrien lain menyatakan kedua-dua nutrien ini diambil oleh pokok pada kadar jauh lebih tinggi daripada nutrien lain. Dengan kata lain, keperluan tanaman terhadap nitrogen dan kalium adalah tinggi dalam proses pengeluaran hasil buah. Antara kedua-dua nutrien ini, jelas kalium adalah lebih penting daripada nitrogen nitrogen memandangkan kandungannya dalam buah adalah lebih tinggi.

Bagi pokok durian belum matang, Yaacob (1983) pernah menjalankan kajian dan mendapati pokok di peringkat umur ini tidak memerlukan kadar baja yang tinggi ekoran sistem akar masih belum besar justeru tidak mampu mengambil nutrien yang banyak. Tambahan, didapati juga buah durian yang dihasilkan pada 2 tahun pertama selepas mula berhasil tidak mengandungi nutrien yang tinggi dengan ertikata lain pembajaan pada kadar yang tinggi tidak diperlukan. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh saiz buah yang lebih kecil di peringkat umur tersebut. Oleh itu, beliau menyarankan pembajaan 2-4kg/tahun dengan rumusan 16/6/22/3 sudah memadai di peringkat umur pokok tersebut.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

Secara perbandingan, keperluan fosforus oleh tanaman durian adalah lebih rendah. Pandangan ini turut disokong oleh Jamil (1992a) yang pernah membuat kajian mengenai kesan baja NPK terhadap pokok durian muda. Katanya nitrogen tidak memberi kesan signifikan terhadap bentuk pokok manakala fosforus pula berkesan dalam meningkatkan ketinggian pokok. Kalium yang lebih memberi kesan terhadap bentuk pokok. Oleh yang demikian, pembajaan kalium dengan kadar lebih tinggi kelihatan lebih sesuai dan wajar untuk melestarikan prestasi pokok.

Selain itu, di peringkat pembentukan buah di atas pokok, penyemburan potassium nitrate (KNO3) atau baja foliar dalam kategori serupa membolehkan saiz buah menjadi lebih besar, isi buah juga lebih tebal serta biji buah yang lebih kecil (mungkin disebabkan oleh keguguran biji (seed abortion). Keadaan ini terjadi oleh kerana potassium nitrate telah menghalang pertumbuhan pucuk daun baru (leaf flushing) di peringkat pembuahan selanjutnya mengurangkan saingan nutrien dengan buah.

 

Sumber maklumat :

Michael J. Brown, Durio – A Bibliographic Review, International Plant Genetic Resources Institue, 1997, hal. 81-87.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Sila kongsi kepada kawan :