Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Tanaman ubi kayu amnya memerlukan tempoh kematangan sehingga 12 bulan. Jangka masa panjang ini menurunkan pulangan serta membelanjakan lebih baja untuk mengekalkan kelestarian pokok baik dari segi tumbesran mahapun hasil. Terdapat satu pakej teknologi baru bagi mengurangkan tempoh kematangan sehingga seawal 6 bulan serta memberi lebih hasil. Pakej teknologi ini menggunakan tanah gambut bersaliran baik untuk mengusahakan tanaman ini.
Tanah gambut umumnya digolongkan sebagai tanah bermasalah dan tidak sesuai untuk penanaman banyak tanaman. Namun tanah ini sesuai untuk tanaman ubi kayu setelah diubah suai secara minimum beserta dengan penaburan nutrien nitrogen, kalium dan beberapa nutrien surih ke dalam tanah tersebut. Kaedah penanaman ini dijangka mendatangkan hasil lebih baik berbanding penanaman di tanah mineral. Pakej teknologi ini diturunkan di bawah, seperti berikut :
1. Pemilihan kultivar ubi kayu yang matang awal
Kultivar MM 92 telah berjaya diterokai selepas beberapa pusingan ujian di ladang. Kultivar ini telah diperkenalkan serta dikomersialkan pada tahun 1992. Kelebihan kultivar ini wujud dari segi sistem akarnya yang kuat serta pengeluaran hasil yang tinggi berbanding kultivar konvensional serta kultivar lain yang pernah diperkenalkan oleh MARDI. Hasil kultivar ini boleh dikutip seawal 6 bulan selepas ditanam serta memberi hasil purata sehingga 36.2 tan setahun (dua pusingan penanaman). MM 92 juga boleh ditangguhkan kutipan hasil sehingga 12 bulan tanpa menjejaskan hasilnya yang tinggi, serupa dengan kultivar Perintis iaitu satu kultivar konvensional yang sama-sama berhasil tinggi.
2. Pembajakan minimum
Dahulu, penanaman ubi kayu di tanah gambut disyorkan supaya tanah dibajak piring dan bajak putar kemudian ditaburi kapur kemudian dibajak sekali lagi. 3 – 5 pusingan selepas itu, walaupun kapur tidak diperlukan dalam tempoh ini, satu bajakan tambahan masih diperlukan sebelum ubi kayu boleh ditanam semula. Pada hakikat, didapati pembajakan tidak mempengaruhi hasil secara ketara. Justeru itu, satu kali bajakan di musim penanaman pertama bersama pengapuran sudah memadai. Bajakan berlebihan sama sekali tidak perlu memandangkan tanah gambut adalah gembur.
Percambahan benih ubi kayu, ketinggian pokok dewasa, indeks hasil dan kandungan kanji dalam ubi kayu dalam ujian penanaman sudah dikenal pasti tidak terjejas daripada pengurangan pusingan pembajakan. Hasil terkumpul untuk dua pusingan penanaman juga tidak terjejas berbanding kaedah penanaman konvensional. Malahan amalan membajak dan mengapur sekali sahaja di musim pertama kemudian tidak melakukan pembajakan dan pengapuran di musim kedua memberi hasil terkumpul lebih tinggi.
3. Pengurangan aplikasi baja
Tanaman MM 92 membolehkan aplikasi baja dikurangkan separuh dalam tempoh pusingan penanaman ataupun mengurangkan pusingan pembajaan. Perbandingan telah dijalankan ke atas kultivar konvensional (Black Twig) yang ditanami di atas tanah gambut.
Kultivar ini mencapai kematangan selepas 12 bulan ditanam. Hasil terkumpul yang diperolehi ke atas MM 92 menyatakan dos aplikasi baja boleh dikurangkan separuh serta tanaman hanya perlu dibaja dalam pusingan berselang. Kaedah pembajaan baru ini tidak mempengaruhi aras hasil seperti mana aras hasil Black Twig yang dikultur selama 12 bulan. Penanaman Black Twig secara konvensional memerlukan jumlah baja 250kg N, 30kg P205 dan 160kg K20/ha.
Kajian seterusnya mendapati penanaman MM 92 yang matang dan hasil boleh dikutip dalam tempoh 6 bulan itu mendatangkan hasil sama berbanding Black Twig yang hasilnya dikutip selepas 12 bulan ditanam. Penemuan ini diperolehi melalui sejumlah pusingan menanam 24 bulan bagi kedua-dua kultivar ini dengan MM 92 menjana lebih pulangan sebanyak RM2,600/ha berbanding penanaman Black Twig di tanah mineral. Namun, kelebihan perolehan pulangan ini tidak termasuk kos penyediaan tanah gambut yang amnya lebih tinggi berbanding tanah mineral.
Sumber maklumat :
S.L. Tan, “Growing cassava on drained peat can be more profitabkle than on mineral soils”, Teknologi Pelbagai Tanaman, Jilid 11 (1995), MARDI.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com