You are currently viewing Tumbesaran Sawit Belum Matang Lebih Bergantung Pada Baja Sebatian NPK Berbanding Baja Organik

Tumbesaran Sawit Belum Matang Lebih Bergantung Pada Baja Sebatian NPK Berbanding Baja Organik

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Yi Nong (M) Sdn. Bhd.
No 102, Jalan Kampung Raja, 39010 Cameron Highlands, Pahang, Malaysia.
Tel: +605-4981333
Fax: +605-4983199
Email: yinong.sdn.bhd@hotmail.com

Sektor pekebun kecil sawit di Indonesia merangkumi 41% jumlah keluasan sawit di negara tersebut. Prestasi hasil sawit berada di sekitar 3 – 4 tan/ha iaitu lebih rendah daripada potensi sepatutnya yang dianggarkan pada 6 tan/ha. Keadaan ini dipercayai berpunca daripada pembajaan yang tidak mencukupi serta tidak seimbang. Keadaan sama juga berlaku di Malaysia kerana sektor ini amnya kurang memiliki pengetahuan yang cukup mengenai pembajaan. Di sektor estet, mereka mempunyai ahli agronomi untuk merancang dan mengamalkan pembajaan mengikut jadual. Tambahan, aspek kewangan mungkin juga wujud sebagai salah satu faktor yang mempengaruhi perkara itu. Justeru itu, di sesetengah negara, pekebun kecil sawit terpaksa membaja dengan baja organik berasaskan tinja haiwan ekoran harga baja kimia yang susah ditanggungi.

Siallagan dan rakan-rakan (2014) pernah menjalankan eksperimen mengenai perkara ini. Beliau membandingkan aplikasi tinja lembu (baja organik) dan baja sebatian NPK ke atas tanaman sawit di peringkat umur satu tahun di ladang. Hasil eksperimen itu menunjukkan kedua-dua baja ini telah meningkatkan ukur lilit, ketinggian, kandungan nitrogen dan fosforus daun sawit. Rekomendasi pembajaan NPK untuk pokok sawit berumur satu tahun lalu dicadangkan pada kadar 1.9kg/pokok/tahun manakala baja organik ditetapkan pada 40.7kg/pokok/tahun. Apa kata dengan pembajaan pokok sawit berumur dua tahun?

Eksperimen terus dilanjutkan terhadap sawit berumur dua tahun. Eksperimen itu menggunakan beberapa dos baja organik (0, 25, 50 dan 75kg/pokok/tahun) dan juga beberpa dos baja sebatian NPK (0, 1.2, 2.4, 3.6 dan 4.8kg/pokok/tahun). Kedua-dua jenis baja ini masing-masing ditabur di peringkat 14 bulan dan 20 bulan. Data mengenai ketinggian, ukur lilit dan keluasan daun ke-9 pokok sawit dikumpul pada setiap dua bulan bermula bulan Mac 2014 hingga 2015 iaitu ketika pokok berumur 12, 14, 16, 18, 20, 22 dan 24 bulan.

Keputusan eksperimen ini menunjukkan baja organik tidak meningkatkan ketinggian pokok di peringkat umur ini. Keputusan ini selaras dengan kajian oleh Sudradjat dan rakan-rakan (2014) yang turut mendapati ketinggian pokok tidak terangsang selepas menabur 30kg/pokok/tahun baja organik. Baja organik dipercayai hanya memberi kesan di jangka masa panjang kerana pelepasan nutriennya lebih lambat dan menyebabkan kesannya kurang jelas di jangka masa pendek.

Sebaliknya, penaburan baja sebatian NPK berjaya meningkatkan tumbesaran pokok ke aras optimum selepas pembajaan. Dos yang lebih tinggi malah menunjukkan kadar peningkatan yang baik lagi. Kandungan kalium dalam rumusan NPK itu dipercayai telah memberi kesan tersebut. Magen (2008) pernah melaporkan bahawa kekurangan kalium dalam tanah akhirnya akan merendahkan kesuburan tanah dan selanjutnya merosotkan pengeluaran hasil sawit nanti.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Sehubungan itu, penaburan baja sebatian NPK turut meningkatkan ukur lilit pokok tetapi tidak pula dengan baja organik. Keluasan daun ke-9 juga bertambah berikutan penaburan baja sebatuan NPK. Namun dos NPK pada 4.8kg/pokok/tahun didapati sudah berlebihan. Tindak balas pokok belum matang terhadap nitrogen dapat dilihat melalui ukuran keluasan daun ke-9, warna daun tersebut serta jumlah pengeluaran daun secara keseluruhan yang lebih canggih berbanding pokok matang yang lebih sukar untuk dikesan. Baja sebatian NPK juga meningkatkan kandungan klorofil daun. Perkara ini telah dikesan di peringkat umur pokok 24 bulan.

Kesimpulannya, baja sebatian NPK memberi kesan optimum terhadap tumbesaran pokok sawit berumur 2 tahun. Ketinggian pokok, ukur lilit pokok, keluasan daun, kandungan klorofil dalam daun serta kandungan nutrien lain di dalamnya berada di aras yang lebih baik. Baja organik pula kurang menunjukkan kesan-kesan positif seumpama ini. Hal ini jelas menyatakan baja organik kurang memberi kesan secara langsung, sebaliknya hanya memberi kesan secara tidak langsung iaitu kesannya hanya wujud selepas penambahbaikan keadaan termasuk kesuburan tanah.

Maka itu, pemupukan tumbesaran pokok sawit belum matang hendaklah bergantung kepada baja sebatian NPK dan bukannya baja organik. Baja organik hanya memperbaiki keadaan tanah dan selanjutnya memudahkan pengambilan nutrien NPK oleh akar pokok. Rekomendasi pembajaan sebatian NPK untuk pokok sawit berumur 2 tahun justeru itu ditetapkan pada dos 3.5kg/pokok/tahun bagi mendapat tumbesaran optimum. Sebaliknya dos penaburan baja organik tidak dapat ditetapkan melalui eksperimen ini.

 

Sumber maklumat :

Lotte S. Woittiez et al., “Fertiliser application practices and nutrient deficiencies in smallholder oil palm plantation in Indonesia”, Asian Journal of Applied Sciences Vol. 03 June 2015.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Sila kongsi kepada kawan :