Berbeza daripada tembikai jari, tembikai mini bersaiz lebih besar tetapi masih jauh lebih kecil daripada tembikai biasa. Berat buah tembikai mini di antara 1 – 3 kg, jelas kelihatan ia lebih kecil sehingga 3 kali ganda berbanding tembikai yang biasa kini beli dan makan. Tembikai mini mempunyai isi buah serupa dengan tembikai biasa iaitu berwarna merah, berjus dan manis (12 – 13 brix). Tanaman ini biasanya dikultur di bilik hijau dan dibiar tumbuh secara menegak melalui pembinaan rangka penyokong untuk membolehnya bertumbuh ke atas. Hari ini, harga pasaran bagi tembikai mini ialah RM10 – RM12/kg. Adakah paras harga ini menarik?
Bentuk buah yang bulat dan canggih telah memperoleh nama tembikai mini sebagai “tembikai kekasih” di Jepun. Di Taiwan pula, ia turut dikenali dengan nama yang unik. Kandungan khasiat bagi tembikai mini dan tembikai biasa adalah serupa, iaitu mengandungi unsur lycopene dan karotena yang kononnya berfungsi anti kanser.
Di masa kini, corak saiz rumah tangga telah bertukar menjadi kecil dan keadaan ini memihak kepada tembikai mini untuk habis dimakan oleh sekeluarga tanpa perlu menyimpannya jika tembikai itu adalah besar. besar. Memandangkan keadaan sedemikian, kini wujud pekebun yang telah menggiatkan aktiviti penanaman tembikai mini untuk menampung permintaan di pasaran. Pada hakikat, penggunaan tembikai mini masih dikategorikan sebagai buah-buahan untuk pasaran nic kerana harganya yang lebih premium.
Menurut sumber, tembikai mini pernah dijual di Singapura dengan harga runcit sehingga RM178/biji. Di Malaysia, harga tembikai biasa yang beratnya di antara 5 – 6 kg dijual pada RM10 – RM20/biji manakala tembikai mini dengan berat 1 – 1.5 kg sudah dijual RM10 – RM15. Keadaan ini menyatakan nilai premium telah diraih oleh tembikai mini serta dibeli oleh mereka yang inginkan sesuatu yang lain daripada lain.
Satu pusingan penanaman tembikai mini berkehendakkan tempoh lebih kurang 80 hari bergantung kepada keadaan cuaca. Biasanya tanaman ini dikultur dalam bilik hijau dengan erti kata lain, hasil dan kualiti buah akan meningkat beberapa kali ganda berbanding penanaman di kawasan terbuka.
Banyak kelebihan boleh diperolehi melalui penanaman dalam bilik hijau termasuk peningkatan kualiti, hasil serta pengurangan serangan penyakit dan perosak. Tambahan, bilik hijau yang amnya dilengkapi dengan sistem fertigasi justeru memberi kelebihan dari segi perolehi buah yang lebih seragam, manis serta bernilai komestik yang lebih tinggi. Seperti diketahui ramai, tembikai yang ditanami di kawasan terbuka serta dibiar menjalar di atas permukaan tanah itu sukar mendapat buah berkualiti tinggi. Bagi tembikai mini yang dikultur dalam bilik hijau, buahnya digantung justeru warna buah menjadi seragam serta canggih.
Mengenai pendebungaan pula, seperti biasa, spesies tembikai dalam bilik hijau umumnya didebungakan sama ada melalui bantuan manusia melalui pendebungaan berbantu atau melalui pendebungaan lebah madu dan kelulut. Lebah madu atau kelulut ternakan hanya perlu dilepaskan dalam bilik hijau semasa pembungaan pokok. Selepas pendebungaan, ia dikeluarkan daripada bilik tersebut. Ada penanam yang juga menanam tembikai berisi kuning bagi meningkatkan kadar pendebungaan.
Pada hakikat, menurut sumber, pendebungaan tembikai boleh dilakukan dengan menggunakan debunga daripada baka sama atau berlainan baka. Semua tembikai tergolong sebagai baka sama justeru boleh saling mendebungakan di antara satu sama lain. Bagi melon wangi, ia bukan dari baka tembikai justeru debunganya tidak akan menjayakan pendebungaan ke atas tembikai sama ada tembikai biasa ataupun tembikai mini. Sungguhpun begitu, pendebungaan dari debunga berlainan jenis, misalnya yang berisi merah dan berisi kuning boleh didebungakan dan akan meningkatkan kadar kejayaan pendebungaan.
Bentuk buah tembikai mini atau tembikai biasa boleh dibentuk mengikut kehendak penanam. Misalnya ada penanam memasang acuan segi empat atau yang berbentuk hati ke atas buah yang sedang membesar dan berjaya menghasilkan buah segi empat atau buah berbentuk hati.
All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com