You are currently viewing Perbandingan Kesan Pembajaan Sawit Di Lokasi Berlainan

Perbandingan Kesan Pembajaan Sawit Di Lokasi Berlainan

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com

Penaburan baja di tempat pertumbuhan akar kelapa sawit dapat meningkatkan kadar pengambilan baja oleh sistem akar serta meningkatkan penghasilan. Ini satu tanggapan yang umum. Aspek ini sebenarnya mempunyai kaitan yang rapat dengan taburan akar kelapa sawit serta juga dipengaruhi oleh faktor-faktor yang lain.

Dalam proses pembesaran, sistem akar pokok sawit malah boleh mengembang sejauh 21 meter daripada pangkal pokok. Pertumbuhan akarnya sama ada mendatar atau menegak ke bawah, adalah dipengaruhi oleh struktur, kesuburan dan kelembapan tanah termasuk faktor-faktor yang lain.

Secara amnya, akar pokok kelapa sawit adalah bertaburan di luar bulatan kanopi pokok atau di bawah pelepah-pelepah dipangkas yang tersusun di perantaraan barisan pokok. Lokasi ini telah menjadi tempat pembajaan. Jika mengambil kira kesemua lokasi tersebut di atas, ia sebenarnya telah merangkumi kebanyakan kawasan ladang tersebut. Justeru itu, banyak ladang telah menggunakan jentera untuk menyerak baja di ladang melainkan lorong lalu lintas. Cara pembajaan ini juga menampakkan kesan yang dapat diterima.

Beberapa ujian lepas telah meninjau kesan pembajaan terhadap pokok kelapa sawit yang matang dengan cara penaburan baja dalam bulatan merumput dan di ruang antara barisan pokok. Keputusan daripada kedua-dua ujian ini tidak menunjukkan perbezaan yang ketara.

Foster (1976), seorang pakar penyelidikan tanaman kelapa sawit, telah membuat kesimpulan bahawa taburan akar kelapa sawit akan bertumpu di kawasan yang mempunyai nutrien dan air yang munasabah. Maka dengan itu, Kesimpulan ini juga sekali gus menerangkan fenomena kebanyakan akar didapati tertumpu di bawah pelepah pangkasan disusun, berhampiran tempat takungan air atau di bawah tanaman penutup bumi. Tempat-tempat ini amnya adalah lebih lembap dan merupakan tempat tumpuan akar.

Daripada dua eksperimen berkaitan yang dijalankan pada tahun 1976 hingga 1980, data ujian tersebut menunjukkan hubungan antara lokasi pembajaan dengan pertumbuhan dan penghasilan tanaman. Eksperimen pertama merupakan pembajaan dalam bulatan merumput pada lima lot ladang kelapa sawit. Pada lot pertama, pembajaan dijalankan ke atas semua kelapa sawit. Pada lot kedua, hanya 50% kelapa sawit dibajakan, iaitu membaja secara berselang yang mana satu barisan pokok adalah dibajai dan barisan pokok sebelahnya tidak, begitulah seterusnya.. Pada lot ujian ketiga pula, sebanyak 67% pokok adalah dibajai tetapi tidak membajakan pokok pada setiap barisan ketiga. Ujian di lot ini juga termasuk tiada pembajaan dijalankan pada setiap pokok ketiga di setiap barisan pokok. Ujian pada lot keempat pula dengan sengaja tidak membajakan pokok pada setiap barisan keempat menjadikan pokok yang dibajai di lot ini adalah sebanyak 75%. Bagi lot kelima yang merupakan lot perbandingan, kesemua pokoknya tidak dibekalkan dengan baja sama sekali.

Keputusan eksperimen bagi kelima-lima lot tersebut telah dikumpulkan antara tahun1977 hingga 1980. Data menunjukkan bahawa ukuran panjang pelepah (frond) dan luas daun pelepah (leaf area of frond) yang dihasilkan tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan. Melainkan kaedah pembajaan pada setiap pokok yang telah menunjukkan pelepah yang lebih panjang, kaedah-kaedah lain yang digunakan pada lot-lot masing-masing sebenarnya tidak menunjukkan perbezaan yang ketara di antara satu sama lain.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Kaedah-kaedah pembajaan ini tidak menunjukkan perbezaan yang besar dalam penghasilan buah tandan segar. Perbezaan antara penghasilan yang terendah dan tertinggi (tan/ hektar/ tahun) masing-masing adalah 27.97 tan dan 33.33 tan (1977), 26.71 tan dan 29.31 tan (1978), 26.76 tan dan 29.70 tan (1979) serta 32.74 tan dan 34.32 tan (1980). Daripadanya, dapat diketahui bahawa penghasilan buah tandan segar yang terbaik bukan datang dari lot yang menjalankan pembajaan semua pokok, tetapi adalah daripada ujian lot keempat yang mana 75% kelapa sawit dibajai atau kaedah tidak membajai pokok di setiap barisan keempat dengan menunjukkan penghasilan (tan/ hektar/ tahun) 33.33 tan (1977), 29.31 tan (1978) dan 29.70 tan (1979). Penghasilannya pada tahun 1980 juga adalah baik, iaitu 33.11 tan, tetapi pengeluaran tertinggi pada tahun yang sama adalah 34.32 tan di lot ujian kedua yang menggunakan kaedah membaja pada 50% pokok atau membaja secara berselang barisan pokok (iaitu satu baris dibajai, satu baris tidak, begitulah seterusnya).

Semua eksperimen di atas telah menggunakan nutrien nitrogen, fosfat, kalium yang secukupnya. Bagi kelapa sawit yang dijalani pembajaan 100%, sebanyak 2.70 kg baja/ pokok/ tahun telah digunakan. Pada lot ujian yang hanya 50% pokok dibajai, jumlah baja telah meningkat kepada 5.40 kg/ pokok/ tahun. Begitulah penggunaan baja telah diselaraskan untuk mendapat perbandingan yang saksama. Baka kelapa sawit dalam semua ujian ini adalah DxP dengan kepadatan 148 pokok/ha. Kawasan ini terdiri daripada tanah siri Selangor.

Eksperimen serupa juga telah dijalankan dalam dua lot yang lain untuk tujuan perbandingan dengan menggunakan kaedah yang sama. Kedua-dua lot ini tidak sesubur tanah di lot-lot sebelumnya., oleh itu, dari segi kepanjangana pelepah, keluasan daun pelepah dan penghasilan buah tandan segar, ia adalah lebih rendah berbanding dengan lot-lot sebelumnya. Namun begitu, pembajaan secara 100%, 50%, 67% dan 75% ke atas pokok di lot-lot ujian berkenaan serta menabur baja pada lokasi berlainan, kesemuanya tidak menunjukkan perbezaan yang ketara di antara satu sama lain. Perbezaan yang tidak signifikan di antaranya adalah dibayangkan melalui aspek pertumbuhan vegetatif, penghasilan buah tandan segar dan tahap N, P dan K daun.

Satu ujian yang lain pula membandingkan dua kaedah pembajaan, salah satu kaedah tersebut meliputi pembajaan dalam bulatan merumput pokok, kaedah satu lagi adalah penaburan baja di ruang antara barisan pokok serta hanya membajakan pokok secara berselang. Keputusan ujian ini menunjukkan juga tiada perbezaan yang ketara di antaranya, tahap N, P, K Mg daun tidak banyak berbeza. Jenis baja NPK dan kadar penggunaannya adalah sama, tanah masing-masing adalah siri Carey dan Selangor, merupakan tanah pinggir pantai dengan kepadatan 148 pokok/ha. Pokok dalam kedua-dua lot ujian ini telah ditanamkan antara tahun 1969 – 1971. Keputusan ujian dikumpulkan daripada tahun 1977 – 1980 dengan purata penghasilan seperti disenarai dalam jadual 1.


Jadual satu menujukkan perbezaan yang tidak ketara di antara kedua-dua kaedah pembajaan yang dijalankan pada lokasi masing-masing. Namun begitu, didapati bahawa pembajaan di lokasi perantaraan barisan meskipun hanya meliputi sejumlah 50% pokok, penghasilannya malah lebih baik daripada pembajaan 100%, iaitu pembajaan pada setiap pokok. Kaedah ini tentu lebih menjimat tenaga buruh jika dibandingkan dengan kaedah yang perlu membajakan setiasp pokok.

Rujukan :

K.H. Yeow, Mohd. Hashim and P.Y. Toh, Fertiliser Placement Investigations in Mature Oil Palm Planting”, The Oil Palm In Agriculture In The Eighties, Volume II, Editors, E. Pushparajah & Chew Poh Soon, ISP, 1982.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
No.5, Jalan TP2, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350

Website: www.behnmeyer.com

Sila kongsi kepada kawan :