You are currently viewing Kaedah Pembajaan : Satu Perbandingan Antara Pembajaan Menyerak dan Pembajaan Membenam

Kaedah Pembajaan : Satu Perbandingan Antara Pembajaan Menyerak dan Pembajaan Membenam

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Tanaman komersial memerlukan pembajaan yang cekap bagi memberi hasil yang lumayan. Justeru itu, banyak kajian telah dijalankan untuk menentukan jenis, kadar, masa, kaedah dan lokasi pembajaan yang paling berkesan untuk mendapatkan hasil yang optimum. Bagi tanaman kelapa sawit belum matang khususnya yang ditanam di kawasan pedalaman teres berbukit, satu kajian telah dijalankan oleh MPOB selama 6 tahun bagi membandingkan pembajaan secara berserak dengan pembajaan secara membenam ke dalam tanah di Stesen Penyelidikan Baja Hulu Paka, Terengganu. Plot kajian terdiri daripada tanaman sawit DxP yang ditanam di kawasan berbukit yang telah dibina teres. Kecerunan bukit adalah melebihi 20 darjah. Plot ini adalah hutan sebelumnya, kini telah dibersihkan untuk tujuan penanaman kelapa sawit.

Sebanyak 5 jenis sumber baja telah digunakan bagi tujuan perbandingan. Baja-baja ini terdiri daripada baja sebatian, baja lepasan kawalan dan baja tunggal yang masing-masing dibenamkan ke dalam 3 lubang tanah sedalam 10-15cm serta berjarak 1.5m dari pangkal batang pokok.

Dalam plot kawalan, baja sebaliknya diserak di bulatan merumput untuk tujuan perbandingan dengan baja-baja dibenam. Prestasi tanaman sawit kemudian dinilai dari aspek pertumbuhan vegetatif, pengeluaran buah tandan segar dan kandungan nutrien dalam daun.


Hasil Kajian

Tanaman sawit yang berumur 60 bulan selepas ditanam menunjukkan prestasi terbaik dari segi pertumbuhan vegetatif seperti panjang pelepah, jirim kering pelepah, pengeluaran pelepah dan keluasan daun di plot yang menjalankan pembajaan dengan menyerak berbanding dengan kelima- lima pembajaan secara membenam. Pertumbuhan vegetatif adalah lemah sekali bagi plot yang menjalankan pembajaan membenam dengan menggunakan baja tunggal.

Pengeluaran hasil buah tandan segar semasa 3 tahun pertama pengeluaran hasil (iaitu pada tahun ke-3, ke-4 dan ke-5 lepas tanam) menunjukkan plot yang dibajai dengan baja sebatian butiran secara menyerak adalah lebih tinggi pada 20.5 tan/ha secara signifikan pada tahun kelima lepas tanam berbanding dengan kelima-lima cara pembajaan membenam.

Mengikut data tahun ke-5 lepas tanam, pembajaan secara menyerak di bulatan merumput dengan baja sebatian menunjukkan pengeluaran hasil buah tandan segar sebanyak 13.6 tan/ha, iaitu lebih tinggi daripada pembajaan dengan baja lepasan kawalan pada 11.5 dan 12.3 tan/ha serta pembajaan dengan baja tunggal pada 8.5 tan/ha secara membenam kedua-duanya.

Sungguhpun baja tunggal dibenam tidak menunjukkan perbezaan hasil yang ketara dengan baja sebatian dan baja lepasan kawalan yang dibaja dengan cara membenam, namun pada tahun ke-5, prestasi hasilnya adalah paling rendah di dalam kumpulan keseluruhan.

Begitu juga dari segi komponen buah tandan dan kandungan nutrien dalam daun, didapati bilangan buah tandan dalam plot pembajaan menyerak menggunakan baja sebatian adalah lebih tinggi secara signifikan daripada plot-plot yang lain. Buah tandannya juga lebih berat. Kandungan nitrogen dan fosfat dalam daun didapati lebih tinggi di plot yang membaja secara menyerak.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


All Cosmos Industries Sdn. Bhd.
PLO 650, Jalan Keluli 7, Pasir Gudang Industrial Estate, 81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia.
Tel : +607-2523788
Fax : +607-2512588
E-mail : sales_marketing@allcosmos.com

Website: www.allcosmos.com


Kesimpulan

Dengan itu, pembajaan pembajaan secara menyerak terhadap tanaman sawit belum matang di kawasan berbukit teres didapati lebih berkesan daripada pembajaan secara membenam kerana kadar sentuhannya dengan sistem akar adalah lebih besar dan selanjutnya menambah kadar pengambilan nutrien oleh pokok. Baja tunggal didapati tidak menunjukkan kesan yang baik bagi kawasan serupa itu serta secara dibenam.

Pada hakikat, kedua-dua kaedah pembajaan tersebut mendapat perhatian berat daripada para agronomi dan penyelidik. Foster dan Goh (1975) umpamanya, telah menyarankan supaya pembajaan dijalankan secara menyerak bagi menambah kadar sentuhannya dengan akar penyerap nutrien pokok.

Di Sabah, Soon dan Hoong (2002) telah mendapati baja dibenam dalam tanah tidak menunjukkan manfaat ke atas pokok sawit belum matang atau pokok muda berbanding dengan pembajaan menyerak. Broeshart (1959) juga mendapati baja dibenam 10 cm dari permukaan tanah mengurangkan pengambilan nutrien oleh pokok.

Namun begitu, pembajaan secara membenam masih digemari oleh sesetengah pihak atas kemampuan kaedah ini menjimat pusingan pembajaan terutama semasa menghadapi masalah kekurangaan tenaga membaja.

Selain itu, baja dibenam ke dalam tanah dipercayai dapat mengurangkan kadar kehilangannya melalui hakisan dan larian air permukaan. Kepercayaan ini telah menjadi salah satu sebab utama yang melestarikan pembajaan secara membenam dalam industri penanaman sawit sehingga kini.

 

Sumber maklumat / rujukan :

Zin Z. Zakaria dan rakan-rakan, “Fetilizer Management For Immature Oil Palm Planted On An Inland Terraced Soil”, MPOB TT No. 307, MPOB Information Series, June 2006.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


TK Tani Enterprise Sdn Bhd
No. 6, Jalan SS2/39, 47300 Petaling Jaya, Selangor. Malaysia.
Tel : +603-7877 7366 / +603-7877 7466
    +6019-337 5570 / +6017-640 8982
Email : tktuntan@gmail.com
          inaiutamasb@gmail.com

Sila kongsi kepada kawan :