You are currently viewing Letup-letup Tumbuhan Herba Liar

Letup-letup Tumbuhan Herba Liar

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Samudra SMS Sdn Bhd
RM22 & 23, Jalan Rembia Hub Utama, Taman IKS Rembia Hub, 78000 Alor Gajah, Melaka, Malaysia.
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
    016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com

Website : www.chanhockseng.com

Tumbuhan letup-letup (Passiflora foetida) adalah unik dari segi buahnya disaluti oleh struktur berjaring. Daunya pula berbentuk tiga cuping, manakala bunga boleh memerangkap serangga yang hingggap di atasnya melalui pengeluaran sejenis bendalir berlekit. Perkataan ‘foetida’ dalam bahasa Latin bermaksud ‘stinking’ dalam bahasa Inggeris, merujuk kepada bau bangar yang dikeluarkan oleh daunnya yang rosak atau setelah diramas.

Keseluruhan tumbuhan ini berbulu halus dan banyak bahagian boleh dimakan oleh manusia, termasuk pucuk, daun dan buah. Buahnya adalah kecil, lebih kurang saiz buah ceri dan akan bertukar ke warna oren kekuningan atau merah daripada warna hijau apabila masak, bergantung kepada varieti.

Dalam buah terkandung biji benih dan isi buah berupa pulpa yang boleh dimakan dan memberi kemanisan sederhana apabila masak, manakala biji benih akan disebar oleh burung. Buah belum matang dikatakan bertoksik.

 

Tersebar Luas Di Dunia

Letup-letup berasal dari benua Amerika dan kini tersebar secara meluas di seluruh dunia. la mudah hidup dan boleh dijumpai di kawasan lapang, ladang, tepi jalan dan tanah terbiar. Sifatnya yang menumbuh secara menjalar menyebabkannya dianggap sebagai rumput liar oleh sesetengah pihak ekoran kebolehan memanjat pada tanaman yang belum tinggi lagi.

Walaupun letup-letup kepunyaan famili buah markisa (passion fruit) (Passifloraceae), tetapi ia lebih dikategorikan sebagai tumbuhan rumput berbanding dengan buah markisa. Batang dan daunnya mungkin bertoksik dan disyaki mengakibatkan masalah keracunan pada ternakan yang memakannya. Namun begitu, pucuk dan daun letup-letup tetap bernilai perubatan serta digunakan sebagai sayuran dengan cara merebuskannya secukup-cukup dan dimakan bersama sup.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


PPP Agricare Sdn Bhd
01-09, Block B, Permas City, Jalan Permas Utara, Kws. Perdagangan Permas Utara, Permas Jaya, 81750 Masai, Johor, Malaysia.
Tel : +6 012 237 6790 & +6 012 720 3301
E-mail :pppagricare@gmail.com

Website: www.pppagrotech.com

Berfungsi Perubatan

Di Negara Vietnam, daun kering letup-letup digunakan sebagai herba untuk mengubati masalah insomnia (tidak dapat tidur). Di tempat lain pula, keseluruhan pokoknya termasuk daun direbus dan diminum dikatakan dapat merawat masalah batuk. Air rebusan itu dapat mengurangkan gatal-gatal kulit jika digunakan sebagai air basuhan. Sekiranya terdapat luka kulit boleh menggunakan daunnya untuk dipupuk di tempat luka juga mendatangkan kesan rawatan.

Tumbuhan letup-letup juga digelar dengan nama-nama Love-in-a-mist, wild passion fruit, passion flower, wild water lemon, marya-marya (bahasa Filipina bermaksud ‘little Mary’), sekali gus mengimplikasikan tampilannya yang unik lagi indah.

 

Rujukan :

1. Musa Yaacob dan rakan-rakan, Tumbuhan Ubatan Popular Malaysia, MARDI, 2009.
2. Passiflora foetida-Wikipedia, the free encyclopedia.
3. Passiflora foetida-Aed with many Roles and Uses, laman web.

 

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


FGV Agri Services Sdn Bhd
Level 9 West, Wisma FGV, Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel : +603-2789 1000
Fax : +603-2789 0111
E-mail : fassbmarketing@fgvholdings.com

Sila kongsi kepada kawan :