Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my
Website: www.aarsb.com.my
Potensi hasil sawit jika dilihat daripada perspektif pengeluaran jirim kering pokok sawit, maka sebanyak 44 tan/ha/tahun bersamaan hasilan minyak 18.5 tan/ha/tahun akan dikeluarkan. Jirim kering dimaksudkan sebagai berat kering pokok sawit. Kadar tumbesaran pokok sawit bergantung pada fotosintesis, nutrien, air dan CO2 yang diperolehi selain faktor-faktor sekunder seperti amalan agronomi, kepadatan tanaman, kesuburan tanah, cuaca dan sebagainya.
Pokok sawit didapati mengagihkan jirim keringnya ke bahagian-bahagian pokok mengikut keutamaan. Pengagihan utama akan disalurkan ke bahagian daun (38%), kemudian akar (36%) diikuti oleh buah tandan (17%), batang pokok (7%) dan akhirnya mayang jantan (2%). Dengan kata lain, zat makanan yang dijana oleh pokok akan terlebih dahulu disalurkan ke bahagian-bahagian pokok mengikut keutamaan seperti tersebut di atas. Konotasi bagi pernyataan ini ialah pokok sawit akan memperbaiki keadaan daun dan sistem akarnya dahulu melalui penyaluran nutrien dan air kemudian baru kepada mekanisme pengeluaran buah tandan.
1,2,3 – Pokok sawit mendahulukan penyaluran zat makanan kepada daun dan akar sebelum ke bahagian pengeluaran buah tandan.
Oleh itu, untuk mendapatkan hasil sawit yang baik, daun dan sistem akar perlu dilestarikan terlebih dahulu. Apabila daun dan sistem akar pokok sawit telah tumbuh subur, maka baru berpeluang mendapat hasil sawit yang baik kerana agihan makanan kepada pengeluaran buah tandan hanya akan berlaku sesudah pengagihan makanan ke bahagian daun dan sistem akar.
Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Inilah pandangan dari pihak penyelidik yang mengkaji potensi hasil sawit. Potensi ini walaupun hanya secara teoritikal tetapi ia mungkin akan dicapai kerana bahan tanaman sawit terkini telah berupaya menjana hasil buah tandan dan hasilan minyak yang tinggi. Menurut sumber, pokok sawit tunggal pernah mencatatkan hasilan minyak 12.2 tan/ha/year manakala progeni sawit terpilih pernah menghasilkan minyak sawit sehingga 10 tan/ha/tahun. Plot sawit terbaik juga pernah mencapai hasil buah tandan 39 tan/ha/tahun bersamaan hasilan minyak 8.6 tan/ha/tahun.
Namun, hasil ladang komersial sawit terbaik di kawasan pesisir pantai Malaysia yang pernah dicatatkan ialah 32 tan/ha/tahun (buah tandan) bersamaan hasilan minyak 5.0-6.0 tan/ha/tahun.
Oleh yang demikian, potensi hasil sawit ini seboleh-bolehnya dijadikan sasaran untuk memperolehi hasil sawit yang lumayan. Mengikut pernyataan di atas, sasaran ini jika ingin dijangkau maka pokok sawit terutama bahagian daun dan sistem akar hendaklah mendapat zat makanan yang mencukupi melalui penjanaan fotosintesis, bekalan air dan nutrien dalam tanah yang serba cukup. Pokok sawit yang daunnya tumbuh subur menghijau serta sistem akar yang sihat adalah syarat penting kepada pengeluaran hasil buah tandan yang lumayan.
Rujukan :
Mohd Haniff Harun, “Yield and Yield Components and Their Physiology”, Advances In Oil Palm Research, Editors Yusof Basiron et al., MPOB, 2000, hal. 148-150.
Applied Agricultural Resources Sdn. Bhd.
Tel : 03-61517924/25/26/27/28
Fax : 03-61517081
E-mail: sales@aarsb.com.my