Samudra SMS Sdn Bhd
Tel : 06-556 1086, 012-964 4932
016-663 6198 / 012-3232 055 (Office)
Email : chssb@hotmail.com
Website : www.chanhockseng.com
Penemuan nilai baru dalam tumbuhan mewujudkan ‘lautan biru’ yang mana eksploitasi selanjutnya mungkin membaloikan dari segi komersial. Di sisi ini, minyak pati gajus adalah suatu bahan bernilai perubatan seperti minyak tea tree yang telah dibangunkan sebagai bahan antiseptik.
Tumbuhan gajus (Anacardium occidentale) tumbuh liar di kawasan pantai berpasir dan banyak ditanam di kampung-kampung dalam negara. la berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan dan kini ditanam secara komersial di negara-negara seperti India, Sri Lanka dan negera-negara Timur Selatan Asia untuk pengeluaran biji yang dikenali sebagai cashew nut dalam bahasa Inggeris. Nama tempatannya termasuklah kereteh, jambu golok atau janggus dan merupakan tumbuhan dari famili Anacardiaceae.
Pokok gajus boleh tumbuh setinggi 40 kaki dan buahnya menyerupai jambu air, cuma di hujung buah terselit biji menyerupai buah pinggang berwarna kehijau-hijauan atau keperang-perangan dengan kulit yang keras. Buah ini justeru dikenali sebagai cashew apple dengan menunjukkan warna hijau semasa mentah dan menukar ke warna kuning atau merah apabila masak. Buahnya boleh dimakan segar atau sebagai sayuran manakala daunnya diambil sebagai ulam.
Dari segi ubatan tradisional, pokok gajus mempunyai banyak kegunaan. Umpamanya, air rebusan daun atau akarnya berguna untuk merawat cirit-birit. Pucuk daun dimakan sebagai ulam berfaedah untuk membersihkan darah, mengurangkan kolestrol, darah tinggi malah kemaluan berbau. Kulit pokok pula boleh digunakan untuk mengubati luka, melecur, gigitan serangga berbisa dengan memupuk kulitnya di bahagian bermasalah. Masalah kusta pula boleh menggunakan getah pokok untuk disapu di bahagian jangkitan manakala air rebusan daun dan kulit batang diminum akan meringankan sakit gigi.
 Â
Fungsi Baru Gajus
Penyelidikan ke atas gajus menunjukkan bahawa minyak pati yang diproses daripada pucuk daunnya berkesan sebagai antiseptik terhadap bakteria Meticillin Resistant Staphylococcus aureus (MRSA). MRSA merupakan patogen berbahaya yang boleh mengakibatkan jangkitan dalaman badan dan selanjutnya membawa maut.
Ketika taburan MRSA dalam bentuk biofilm wujud secara berpadu dan padat serta melekat dengan kuat antara satu sama lain akan meningkatkan rintangannya terhadap antibiotik. Di bidang perubatan, pembentukan biofilm ini memyebabkan infeksi berbahaya yang biasanya terjadi pada peralatan bedahan yang dimasukkan dalam badan manusia seperti saluran, tiub dan struktur sutur.
Dari sisi ini, minyak pati gajus dapat bertindak sebagai antipelekatan dan akan meleraikan struktur biofilm. Fungsi utama minyak pati gajus ini termasuklah perencatan pertumbuhan bakteria S. aureus kerana mengandungi sebatian y-terpinene yang dapat menjalankan fungsi tersebut.

Kimagri Corporation Sdn Bhd
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com
Website: www.kimagri.com
Bahan ini bersama bahan komponen sampingannya akan merencatkan bakteria melalui bakteriostatik dan bakterisidal yang dapat merosakkan dinding sel bakteria. Dengan kata lain, unsur gajus menunjukkan kesan antibiofilm dan antilekatan yang selanjutnya memusnahkan koloni bakteria dalam biofilm.
Ubatan antimikrob semula jadi khususnya yang diperolehi daripada tumbuh-tumbuhan sebenarnya lebih digemari oleh ahli perubatan jika dibandingkan dengan ubatan antimikrob sintetik yang mungkin membawa kesan sampingan negatif. Produk sealiran ini termasuk minyak tea tree yang telahpun dibangunkan dengan membawa fungsi antiseptik topikal.
Justeru itu, penemuan baru daripada gajus ini sebagai produk antiseptik, malah produk kesihatan dan selanjutnya produk kosmeseutikal menunjukkan potensinya untuk ditanam secara komersial.
Anggaran import minyak pati oleh Malaysia adalah RM30.5 juta pada tahun 2006 manakala eksport berkenaan mencatatkan sebanyak RM20.00 juta pada tahun yang sama. Potensi bahan-bahan seumpama ini untuk pasaran perubatan, farmakeutikal dan kosmeseutikal dianggarkan sebanyak RM6.37 bilion dan meningkat pada kadar 11% setiap tahun. Senario ini menunjukkan bahawa gajus merupakan salah satu hasil pertanian yang berpotensi untuk diterokai selanjutnya.
Sumber Maklumat :
Mohd Shukri dan rakan-rakan, “Antiseptik Topikal Daripada Minyak Gajus (Anacardium Occidentale Linn.) “, Prosiding Confertech 2010-Persidangan Kebangsaan Pemindahan Teknologi 2010, MARDI.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350