You are currently viewing Tanaman Cempedak Buah-buahan Berpotensi

Tanaman Cempedak Buah-buahan Berpotensi

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my

Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/

Cempedak (Artocarpus champeden Spreng.) tidak asing lagi bagi kita. Rasanya yang sedap dan harum amat memikat hati. Tanaman monoesius ini yang menghasilkan jambak bunga betina dan jambak bunga jantan secara berasingan pada pokok yang sama memaparkan potensi komersial yang baik sama ada untuk kegunaan tempatan atau dijadikan buah-buahan eksport.

 

Klon Cempedak

Sejak tahun 1951, lebih daripada 37 klon cempedak telah didaftarkan oleh Jabatan Pertanian. Namun begitu, hanya beberapa klon yang dianggap berpotensi untuk dikomersialkan termasuk CH 28, CH 30, CH 33, Padang Terap, Gerdong, Batu 14 dan R4P6. Sehingga hari ini, terdapat klon-klon baru yang telah mendapat tempat di hati petani dan pengguna kerana menghasilkan rasa buah yang manis dan tekstur isi yang lebih menarik lagi.

 

Penanaman

Tanaman cempedak sesuai dengan iklim panas dan lembap. Taburan hujan tahunan di sekitar 2500mm akan menyediakan kelembapan yang baik untuk pertumbuhannya. Tanaman cempedak bermusim mengikut keadaan iklim khususnya musim kering akan memupuk pembungaan dan pembuahannya. Dengan itu, kawasan terdiri daripada dua musim kering singkat akan mempunyai dua kali pembuahan dalam setahun. Sebaliknya jika hanya ada satu musim kering, maka satu kali sahaja pembuahan yang ada.

Dari aspek tanah pula, tanah lanar bersaliran baik merupakan medium yang sesuai untuknya. Namun, tanaman cempedak dapat juga tumbuh pada tanah kurang subur seperti tanah laterik atau tanah pasir selagi baja secukupnya dibekalkan. Bagi mendapat bahan tanaman yang baik, cara pembiakan cantuman matatunas dan cantuman baji adalah disyorkan.

Cantuman Matatunas

Kaedah cantuman matatunas memerlukan pokok penanti. Pokok penanti ini boleh diperolehi melalui penyemaian biji benih cempedak atau nangka. Apabila anak benih tumbuh mencapai ketinggian 4 – 8cm, ia boleh diubah ke polibeg bersaiz 20 cm x 30 cm dan dibiarkan di situ selama 5 6 bulan tanpa lindungan. Anak pokok penanti yang hendak dicantumkan mesti sudah mempunyai batang berwarna perang dengan ketinggian sekurang- kurangnya 15cm dari permukaan tanah. Matatunas yang diperolehi harus berwarna hijau dan selepas dicantum pada pokok penanti, ia dibalut dengan pita plastik selama 3 minggu kemudian dibuka untuk menyemak sama ada telah berjaya atau tidak. Sekiranya matatunas sudah terbit, batang pokok penanti dipotong di paras 10cm di atas matatunas dan diselenggarakan seterusnya menurut kultur agronomi yang biasa termasuk kawalan serangga perosak dan penyakit melalui semburan racun perosak dan kulat.

 

Cantuman Baji

Cara pembiakan ini perlu memotong batang pokok penanti yang telah berumur 7 – 10 minggu ketika setinggfile:///C:/Year 2025/Blog Fruit/2025-03-09/malay/17 M 079.jpgi 20 – 25cm. Hujung yang telah dipotong itu dibelah sedalam 1.5cm dan dimasukkan dengan ranting pucuk berbentuk V berdaun 3-4 helai. Tempat cantuman kemudian dibalut dengan pita parafilem.

Anak pokok yang telah dicantumkan disusun 100 – 200 beg sekumpulan dan ditutupi dengan plastik lutsinar untuk mengekalkan kelembapan serta diletakkan di tempat bernaungan 70%. Selepas 40 hari dari tarikh cantuman, plastik penutup dibuka dan pokok penanti yang telah berjaya dicantum diurus seterusnya, iaitu dengan siraman air secukup-cukupnya serta mengurangkan naungan secara berperingkat.

Sistem Penanaman

Terdapat 3 sistem penanaman yang boleh digunakan untuk mengusahakan tanaman cempedak. la disyorkan melalui jadual 1 dan rajah 1-3. Sistem tanaman segitiga sama memberi kepadatan lebih tinggi daripada sistem segiempat sama. Manakala pada sistem siku keluang pula, tanaman cempedak merupakan tanaman sementara yang diselingi dengan tanaman kekal seperti durian, manggis atau duku langsat. Pokok cempedak dibuang lebih kurang 10 tahun lepas tanam bagi membolehkan tanaman kekal tumbuh dengan baik.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Union Harvest (M) Sdn Bhd
4th Floor, Block A, Menara PKNS - PJ, 17, Jalan Yong Shook Lin, 46050 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan,.Malaysia.
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com

Website : www.unionharvest.com

 

Pangkasan Pokok

Pokok cempedak harus dipangkas dari semasa ke semasa bagi mengekalkan bentuk pokok yang elok, di samping menjaga pengudaraan, kecergasan pertumbuhan, mewujudkan dahan yang kuat dan produktif serta mengawal ketinggian dan saiz kanopi pokok. Prinsip pangkasan pokok adalah memangkas dahan- dahan dan cabang-cabang yang tidak dikehendaki, khasnya cabang-cabang yang wujud di bawah ketinggian 0.75m yang mana ia merupakan ketinggian dahan sisi utama yang harus dikekalkan.

Pangkasan ini dijalankan berperingkat sehingga ketinggian pokok berada pada 3.3m atau 3 tahun umurnya. Luka pangkasan hendaklah disapu dengan cat dan tempat pangkasan harus rapat pada batang utama pokok. Demikian, setiap pokok dikekalkan 6 – 8 dahan sisi yang seimbang sudah memadai. Bagi klon CH 28 yang mana batang pokok lebih dominan daripada dahannya, batang utama dipangkas pada ketinggian 2 2.5m semasa pokok berumur 2 1/2 tahun.

 

Pembajaan

Sebagai tanaman buah-buahan, untuk mendapat penghasilan yang tinggi pokok perlu diselengara dengan baja yang mencukupi, merangkumi baja kimia yang memberi kesan cepat serta baja organik yang dapat menambah kualiti buah khususnya kemanisannya. Pembajaan baja kimia disyorkan sebanyak 4 kali setahun dan setahun sekali bagi baja organik dengan cara menaburnya di bawah kanopi pokok. Program pembajaan adalah disyorkan di jadual 2.


Kawalan Rumpai

Ladang pokok cempedak matang yang ditumbuhi rumput-rumpai boleh dikawal dengan semburan racun seperti glufosinate ammonium sebanyak 4 – 6 kali setahun. Racun harus disembur sebelum pokok berbunga untuk mengelakkan dari luruh. Jarak masa antara kutipan hasil dan penyemburan racun harus diperhatikan bagi menjaga keselamatan penggunaan buah yang akan dikutip nanti. Secara ringkas, tiada larangan masa kutipan hasil sekiranya menggunakan racun cuprous oxide. Bagi racun malathion pula, jarak masa semburan dan kutipan buah adalah 7 hari dan bagi racun glufosinate- ammonium jarak masanya adalah 14 hari.

Pokok cempedak akan mula mengeluarkan hasil pada tahun ke-3 lepas tanam. Namun begitu, pembuahan awal tidak memberi hasil yang banyak dan adalah lebih baik dibuang bagi menggalak pertumbuhan pokok yang lebih baik lagi. Jarak masa antara jambak bunga betina mula berkembang dan buah masak untuk dituai adalah 94 – 105 hari (bagi klon CH 28). Tarikh penuaian juga boleh ditentukan ketika salah satu daun pengasuhnya mula menukar daripada warna hijau kepada kuning, iaitu kira-kira 9 14 hari sebelum buah masak di atas pokok. Sekiranya buah dipetik pada masa ini, ia akan masak dalam masa 4 hari dalam keadaan ambien tanpa menjejaskan mutu. Potensi penghasilan tahunan tanaman cempedak adalah disyorkan di jadual 3.

Kegunaan Buah Cempedak

Buah cempedak selain dapat dimakan segar, ia mempunyai pelbagai kegunaan sebagai makanan dan minuman ringan. Umpamanya, ia boleh dijadikan puding cempedak, bingka roti cempedak, kek cempedak, pai buah cempedak, jus cempedak malah jem cempedak.

Kawalan perosak dan penyakit tanaman cempedak akan dibentangkan pada Isu akan datang (Isu 18) bersama artikel mengenai penanaman nangka, iaitu salah satu tanaman yang mempunyai potensi komersial yang cerah.

 

Sumber maklumat :

Pakej Teknologi Cempedak, Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia, 2001.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Fertitrade (M) Sdn Bhd
M-3-3, Blok M, Encorp Strand Garden Office, No. 12, Jalan PJU 5/1, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: 03-7666 8899 Fax: 03-7666 8891
E-mail : enq@fertitrade.com.my

Website: www.agromate.com.my/Fertitrade-M-Sdn-Bhd/