You are currently viewing Potensi Tanaman Buah Gac Di Malaysia

Potensi Tanaman Buah Gac Di Malaysia

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Simple Farm Sdn Bhd
Tel : 011-10709708 / 012-7699702
E-mail : mrbanana@simple-farm.com

Website: www.mrbanana.com.my

Buah Gac (Momordica cochinchinensis) sejenis buah-buahan yang unik tetapi jarang dijumpai di Malaysia walaupun tanaman ini berasal dari Asia Tenggara. Nama lain bagi buah ini ialah Tempurang atau Pupia. Ia juga dikenali sebagai Red Melon atau Baby Jackfruit atau Spinny Bitter Gourd dalam bahasa Inggeris. Buah Gac mudah dikenali kerana kulitnya berduri lembut, berwarna hijau semasa mentah dan menjadi warna kuning dan oren menjelang kematangan. Ketika masak, buah Gac berwarna merah. Semasa pemetikan, buah Gac masih keras tetapi cepat menjadi lembut selepas itu. Keadaan ini menimbulkan masalah dalam tempoh simpanan dan pengangkutan.

Isi buah Gac menyelubungi biji benihnya yang berwarna coklat atau hitam. Isinya memberi rasa agak pudar sedikit bagaikan memakan timun tetapi di Vietnam ia wujud sebagai buah-buahan penting yang diramu bersama beras pulut semasa musim perayaan khususnya penggunaan isi buah dan kulitnya kerana menampil warna kemerahan yang mempesonakan selain mengandungi pelbagai khasiat terutama vitamin A dan juga beta karotena. Oleh itu buah Gac juga diproses menjadi jus untuk pengurursan kesihatan badan.

Kandungan isi buah Gac merangkumi 10% – 24.6% daripada keberatan buah bergantung kepada kehilangan air semasa pengutipan dan tempoh simpanan. Bahagian isinya hampir 50% daripada berat buah manakala kulitnya lebih kurang 17% daripada berat buah. Walaupun kesemua bahagian ini termasuk biji benihnya adalah kaya dengan khasiat namun hanya bahagian isi buah sahaja yang umumnya digunakan dalam resipi makanan atau prosesan jus.

Pada hakikat, tanaman Gac adalah berasal dari keluarga labu (Cucurbitaceae) justeru itu merupakan sejenis tanaman menjalar yang mudah ditanam dalam suasana iklim tropika seperti di Malaysia. Tanaman ini biasanya dibiak melalui keratan batang berakar dan berbunga selepas 2-3 bulan ditanam. Bunga jantan dan bunga betina tumbuh pada pokok berlainan dan pendebungaan amnya dijalankan oleh serangga, semut atau angin. Pendebungaan berbantu juga boleh dijalankan. Setiap pucuk boleh menjalar sepanjang 20 m. Dalam satu musim satu pokok matang boleh menghasilkan 30-60 biji buah. Di Vietnam, buah Gac umunya berbentuk bulat manakala di India, sejenis buah Gac berbentuk bujur sudah dijumpai.


Buah Gac juga boleh dikeringkan dan diproses menjadi serbuk. Kelebihan serbuk buah Gac ialah keupayaannya untuk disimpan lama serta penjimatan kos pengangkutan dan simpanan. Serbuk ini mudah untuk digunakan sebagai perisa atau pewarna dalam minuman dan makanan dengan membawa khasiat yang tinggi. Memandangkan buah ini memiliki pelbagai kelebihan termasuk mudah ditanam, mudah diurus serta pelbagai kegunaan sebagai bahan penjaga kesihatan badan, maka potensi penanamannya kelihatan semakin cerah khususnya di zaman kini yang mana pengguna kian mementingkan perolehan khasiat semula jadi daripada tanaman.

Bahan rujukan :

Mohamad Osman et al., Transaction of Persatuan Genetik Malaysia, Number 7, 2018.

- - iklan - - maklumat lanjut, sila klik


Kimagri Corporation Sdn Bhd
PT 23081, Kawasan Perindustrian Tungzen, 31300 Kampung Kepayang, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Tel : +605 350 1032
Tel : 012-310 0715 / 016-442 8408
E-mail : kclee@kimagri.com

Website: www.kimagri.com

Sila kongsi kepada kawan :