Union Harvest (M) Sdn Bhd
Tel : +603-79572122
Fax : +603-79572630
Email : ask@unionharvest.com
Website : www.unionharvest.com
Secara umum, avocado digolongkan kepada 3 baka utama, iaitu baka Mexico, baka Guatemalan dan baka Kepulauan Indies Barat. Baka Mexico mempunyai ciri tahan lasak serta paling toleran terhadap cuaca sejuk. Baka Guatemalan pula berasal dari tanah tinggi tropika dan ia memerlukan suhu sederhana panas dalam iklim tropika. Baka Kepulauan Indies Barat pula lebih sesuai dengan iklim tropika di tanah rendah.
Kesemua baka avocado tersebut di atas masing-masing bersesuaian terhadap pelbagai
jenis cuaca tetapi digolongkan kesemuanya ke dalam iklim tropika dan sub-tropika. Purata suhu yang sesuai untuk tanaman ini ialah di antara 18°C – 25°C. Suhu ke bawah 14°C tidak sesuai untuk tanaman ini. Terutama semasa pembungaan dan pembentukan buah, kelembapan udara yang tinggi serta bekalan air diwajibkan. Tanaman avocado hendaklah dilindungi daripada tiupan angin kencang serta angin panas dan kering supaya dahannya tidak patah dan juga buah tidak mudah gugur.
Tanah lom berpasir yang nilai pH di antara 5.5 – 6.5 sesuai untuk pertumbuhan tanaman ini. Dari segi tekstur tanah, didapati tanah yang mengandungi liat 20 – 40% sangat baik untuknya. Avocado ditanam mengikut jarak di antara 10 – 12 meter. Jarak ini akan memuat 70 – 100 pokok/ha. Di bawah penerapan sistem tanaman padat, avocado juga ditanam rapat seperti jarak 12 x 6m, 10 x 5m dan 8 x 4m yang akan memuatkan 140 – 310 pokok/ha. Penanaman padat ini telah direalisasikan melalui adanya mesin cantasan serta penggunaan racun kimia untuk menyelaras pertumbuhan pokok.
Cara penanaman avocado hendaklah mencampurkan avocado kumpulan A dan avocado kumpulan B dalam kawasan yang sama. Keadaan ini wujud oleh kerana bunga avocado adalah bersifat hermafrodit (mempunyai organ jantan dan organ betina pada kuntum bunga yang sama) yang berkembang pada masa berlainan. Bunga kumpulan A akan mengembangkan bunga betina pada pagi kemudian menukar kepada bunga jantan pada petang esok. Varieti Hass, Gwen, Pinkerton, Reed, Snaheim dan Lamb Hass merupakan avocado yang memiliki bunga kumpulan A.
Bunga kumpulan B pula mengembangkan bunga betina di waktu petang kemudian menukar menjadi bunga jantan yang mengembang pada waktu pagi hari keesokan. Varieti tergolong dalam kumpulam B ini termasuklah Fuerte, Zutano, Bacon, Whitsell, Sir Price dan lain-lain lagi. Dengan cara ini, pokok kumpulan A dan kumpulan B akan melakukan pendebungaan silang pada masa sama justeru meningkatkan kadar kejayaan pedebungaan. Jika hanya menanam satu varieti sahaja, maka pokok akan kekurangan debunga dalam kelangsungan proses pendebungaan. Ramai pekebun memilih menanam lebih banyak avocado kumpulan B di kebun mereka kerana pokok akan mengembangkan bunga jantannya di waktu pagi justeru menyediakan debunga lebih banyak untuk agen pendebunga menjalankan pendebungaan.
Kebun avocado akan mendapat manfaat besar jika diternak bersama lebah madu di situ supaya meningkatkan kadar pendebungaan. Lebah menjadi agen pendebungaan utama bagi tanaman ini. Satu kajian telah menjelaskan bahawa pokok Zutano berjaya membentuk 120 biji buah dengan penyediaan lebah madu berbanding hanya 4 biji buah dengan tiada lebah madu disediakan di kebun. Begitu juga pokok Hass berjaya mengeluarkan 284 biji buah berbanding 5 biji dalam keadaan menyediakan atau tidak lebah madu di kebun.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350
Website: www.behnmeyer.com
Bekalan air diperlukan di peringkat pokok masih kecil. Pengairan berlebihan hendaklah dielakkan kerana kelembapan berlebihan mudah mengakibatkan kejadian reput akar. Ssitem pengairan titisan dianggap paling baik untuk tanaman ini kerana penyelarasan air dan baja boleh dijalankan pada bila-bila masa sahaja. Semasa pembungaan dan pembentukan putik buah, pengairan diberikan kepada pokok untuk menjamin kelestarian pembungaan serta pembentukan buah.
Adalah disyorkan supaya bekalan N tidak dilakukan ke atas pokok di peringkat 4 – 5 bulan selepas tanam. Hanya selepas itu, bekalan N (26%) diberikan pada kadar 60g/pokok pada setia 3 bulan. Baja berasaskan tinja haiwan yang sudah diproses juga boleh ditaburi di bawah pokok pada kadar 20 30kg/pokok. Pokok avocado dari bahan tanaman cantuman hanya mmerlukan 3 – 4 tahun untuk mula berbuah. Di peringkat belum matang, baja 15/15/15 diperlukan untuk menggalak pertumbuhan vegetatif. Di peringakt menjelang pembuahan, baja 12/12/17/2 pula digunakan. Semasa pembesaran buah, baja yang lebih tinggi kandungan kalium adalah penting untuk peningkatan kualiti buah.
Pokok avocado hanya perlu dipangkas secara sederhana sahaja. Pangkasan berlebihan akan mengaktifkan pertumbuhan vegetatif pokok. Oleh kerana tanaman ini mempunyai tabiat biennial (pembuahan dua tahun sekali), maka itu penjarangan buah semasa pembuahan genting hendaklah dilakukan untuk meminimumkan kejadian tersebut dan memupuk pembuahan seterusnya.
Avocado tidak masak ketika bergantung di atas pokok. Oleh itu, kematangan buah hendak dilakukan dengan memerhati tempat tangkai yang menyentuhi buah itu sekiranya sudah menukar ke warna hitam atau coklat maka menandakan buah sudah matang dan boleh dikutip.
Pada hakikat, terdapat dua jenis avocado yang biasa ditanami iaitu yang berkulit ungu dan berkulit hijau. Varieti berkulit ungu ketika matang akan menunjukkan kulit menjadi warna maroon manakalah yang berkulit hijau akan menukar ke warna kuning apabila masak. Kematangan buah boleh juga diketahui melalui penukaran warna kulit biji daripada putih kekuningan menjadi coklat gelap. Buah akan masak selepas dipetik daripada pokok. 5 10 hari kemudian, buah akan masak dan menjadi lembut.
Buah avocado mengambil masa yang agak panjang untuk matang. Masa tersebut adalah bergantung kepada varieti, misalnya varieti Fuerte mengambil 6 – 8 bulan untuk matang dikira daripada peringkat berbunga. Varieti Hass pula matang 8 – 9 bulan manakala Puebla juga perlu 8 – 9 bulan untuk buah mencapai kematangan. Hasil avocado yang boleh diperolehi adalah berbeza-beza mengikut varieti, namun secara purata 14 – 15 tan/ha boleh diperolehi.
Behn Meyer AgriCare (M) Sdn. Bhd.
Tel : 03-8026 3333
Fax : 03-8026 3350